Bertemu jodoh adalah satu rezeki. Tak kisahlah berapa lama usia perkenalan asalkan ada keserasian bila bersama. Dah pasang niat untuk berkahwin, kena juga pasang niat untuk menjadi isteri terbaik untuk suami.

Ads

 

Ads
Ads
Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan oleh isteri agar menarik bagi suami, iaitu:
 
1. Menyambut kedatangan suami dengan senyuman
Tanggung jawab suami adalah mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga. Oleh  itu, mereka bekerja  untuk mendapatkan wang. Hal inilah yang membuat mereka penat ketika pulang dari pekerjaannya. Sesampainya di rumah, seorang isteri harus menyambut kedatangan suami dengan senyuman yang ikhlas.
Secantik apapun seseorang, tidak akan menyejukkan hati suami jika ia tidak senyum di hadapan suami. Ketulusan senyum membuat kepenatan suami berkurang kerana merasa seronok melihat istrinya itu. Cara menjadi isteri idaman suami dapat dilakukan dengan hal ini.
2. Merendahkan suara di hadapan suami
Suami adalah ketua keluarga yang harus dihormati oleh isteri. Bahkan Allah memerintahkan kepada isteri untuk merendahkan suaranya ketika di depan suami. Meskipun sedang dalam keadaan marah sekalipun, seorang isteri juga harus berkata-kata dengan lembut agar masalah tidak semakin besar kerana emosi suami yang terganggu.
Selain itu, dengan berbicara lemah lembut kepada suami untuk mencerminkan rasa hormat kita pada suami. Inilah isteri idaman kebanyakkan lelaki.
3. Memperhatikan keindahan dan kebersihan tubuh
Pastinya kita selalu ingin melihat suami dengan kesegakkannya dan kebersihan. Begitu juga dengan suami yang menginginkan isterinya berpenampilan demikian. Tanggung jawab sebagai seorang isteri adalah mengerjakan urusan rumah, seperti memasak, mencuci, dan banyak lagi.
Meskipun demikian, seharusnya tanggung jawab itu tidak menghalang kita untuk melakukan tanggung jawab lain iaitu membuat suami bahagia dengan berpenampilan cantik. Namun, kita juga tidak harus membazir wang hanya untuk melakukan perawatan. Masih banyak perawatan yang boleh kita lakukan tanpa menghabiskan banyak wang. Ini dilakukan agar tubuh kita nampak cantik di mata suami.
4. Mengendalikan kewangan keluarga
Cara lainnya adalah isteri harus bijak mengatur kewangan keluarga dengan sebaik mungkin. Suami sudah bekerja keras untuk mendapatkan wang. Jadi, kita harus pandai-pandai menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan suami. Keperluannya harus lebih diutamakan daripada keinginan.
5. Membuktikan kemampuan dalam mengurus rumah
Rumah merupakan tempat dimana kita tinggal. Setelah suami bekerja di luar maka ia akan menghabiskan waktunya di rumah. Oleh itu, rumah harus bersih dan indah agar suami seronok untuk tinggal di rumah. Hal ini merupakan kewajiban isteri untuk menguruskan kerja-kerja rumah, seperti meyapu, membersih dan lain-lain.
Selain itu, masaklah makanan kesukaannya. Ia juga menjadi cara untuk belajar menjadi isteri yang solehah. Dengan cara ini, suami akan sering di rumah sehingga hubungan suami isteri dapat terjalin dengan baik dan harmoni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI