
Bukanlah mahukan pasangan yang sempurna, cuma mahukan yang selalu serasi bila bersama. Inilah yang difikirkan oleh ramai lelaki dibenak hatinya. Buat anda yang masih mencari pasangan sejati, berikut ini perkongsian tips mudah mencari kekasih yang tepat.

Ringkas
Kebanyakan wanita yang ringkas dan bersederhana, mereka bijak tentang pengurusan kewangan dan suka berdikari. Carilah kekasih yang bersederhana sebabnya senang nak jaga. Tak minta benda bukan-bukan pada diri anda.
Low profile
Mereka ini biasanya ada wang simpanan sendiri. Bukan harapkan bakal suami 100%. Pandai menyimpan dalam kata mudah. Tak membazir pada benda yang bukan-bukan. Lebih pentingkan aurat daripada fesyen. Asalkan pandai aurat terjaga.
Solekan ringkas
Kadangkala mereka malas nak bersolek. Paling ringkas sekalipun, sekadar gincu, bedak, dan foundation. Tak beli minyak wangi yang mahal sampai RM300 lebih sebotol. Harga alat solekan pun murah-murah.
Imun jualan murah
Tidak meminta-minta belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan tak minta hadiah. Tak suka minta itu-ini. Tak manja sangat, malah nak buat kerja pun tak rimas.
Kecantikan semulajadi
Selalu mereka tidak akan menyusahkan lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu pasangan dia ramai adik-beradik yang dia kena tanggung. Dia lagilah akan bersama-sama kumpul duit untuk berkahwin.
Usahlah Ditinggalkan Isteri Yang Sudah Tidak Cantik Seperti Awal Perkenalan Atau Perkahwinan

Golongan suami, hargailah isteri yang telah berkorban melahirkan zuriat anda. Selain bergadai nyawa, mereka jugalah yang menjadi tulang belakang suami, yang membantu suami menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak, mendidik anak-anak dan bermacam-macam lagi. Usahlah ditinggalkan isteri yang sudah tidak cantik seperti awal-awal perkenalan atau perkahwinan. Sebaik-baiknya bantulah mereka, manjakanlah mereka, kerana itu teman sehidup dan semati anda. Seperti kisah yang diceritakan oleh Intan Dzulkefli ini, semoga ramai golongan suami yang mengambil iktibar dan tauladan dari kisah ini. Semoga bermanfaat.

Sejak bersalin anak ketiga, wajahnya memang kusam teruk. Selepas habis berpantang, perutnya buncit. Yarabbi. Rambut dia banyak gugur, dah nampak seperti orang baru selesai jalani kimo terapi. Bila balik ke kampung, semua tegur muka dia nampak tua. Umur dia baru 20-an, tetapi dah nampak macam hujung 30-an. Bila berdiri di sebelah suami, nampak seperti dia kakak kepada suaminya sendiri. Komen-komen orang di sekeliling, benar-benar membuatkan dia rasa rendah diri di depan suami.
Saya tanya, suami dia pernah complaint ke? Dia jawab, tak pernah.
"Tiada apa yang berkurangan, malah kadangkala tengah malam selalu terasa suami mencium wajah saya sambil ucapkan terima kasih sebab menjadi isteri dia dan mendidik anak-anak sementara dia bekerja. Dia bacakan doa pada ubun-ubun," katanya.
"MasyaAllah. Beruntungnya akak," kata saya. Baru-baru ini, dia bercerita lagi.
"Hari tu, masa balik cuti beraya, ada ahli keluarga perli saya nampak seperti sudah beranak 10 orang. Perut buncit macam mengandung lima bulan. Mereka suruh saya makan jamu sebab takut nanti suami mencari yang lain kerana tak berselera dengan saya. Mereka juga suruh saya pergi ke Spa sebab muka kusam.
"Saya menangis masuk bilik. Suami ikut saya masuk apabila dia menyedari saya kelihatan lain macam. Saya marah-marah suami dan mula menuduh suami. Saya rasa memang betul apa yang mereka cakap. Mungkin suami hanya bersimpati dengan saya sebab saya bersusah payah melahirkan anak-anaknya.
"Mungkin dia juga sudah hilang nafsu pada saya. Saya dah buruk, saya dah gemuk, saya dah hodoh dan muka kelihatan tua. Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Kenapa wanita lain yang lagi ramai anak daripada saya tetapi tetap kelihatan cantik? Kenapa saya buruk sangat?
"Akhirnya suami saya peluk saya sambil menangis. Dia kata dia tidak pernah pun terfikir apa yang saya cakap. Langsung tidak pernah terlintas di hatinya. Suami kata, sayalah satu-satunya yang paling cantik dalam hatinya.
"Intan, saya takkan lupa apa yang suami katakan:
"Setiap kali abang nampak sayang, abang hanya nampak wanita yang bersusah payah untuk abang. Bila nampak rambut sayang gugur banyak di lantai, bentuk badan sudah berubah, abang rasa abanglah yang bersalah sebab sayang jadi begini selepas melahirkan anak-anak abang, susukan anak-anak, jaga anak-anak.
"Abang masih ingat betapa cantiknya sayang masa kali pertama abang tengok sayang semasa kita solat jemaah bersama-sama selepas nikah.
"Abang minta maaf, abang salah. Abang cuba tolong apa yang patut tetapi kadang-kadang anak-anak nak melekat dengan sayang juga. Apa yang mampu abang buat, abang hanya mampu mendoakan sayang setiap hari dan cuba mengembirakan hati sayang.
"Abang minta maaf kalau abang tak cukup tunjukkan kasih sayang abang selama ini. Abang minta maaf tetapi percayalah abang sayang pada sayang. Hari-hari abang doa semoga sayang satu-satunya isteri abang di dunia akhirat."
Demi Allah, saya yang membaca, saya menangis. MasyaAllah, mulianya hati suami ini. Suaminya hantarkan juga isterinya buat treatment di atas permintaan si isteri. Tetapi niatnya lebih kepada mahu menghargai kesetiaan suaminya itu, selain untuk sihat beribadah kepada Allah. Subhanallah. Suami isteri yang berlumba-lumba mahu menggembirakan hati pasangan masing-masing, inshaAllah Allah akan berikan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga mereka, kan? Semoga rumahtangga kita juga begitu. Amiin.
Cerita sahabat ini memberi pengajaran yang besar buat diri ini. Janganlah kita sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menjatuhkan air muka seorang isteri, apatah lagi di hadapan suami dan anak-anak. Kita tidak tahu natijah perkataan demi perkataan yang kita lemparkan itu mungkin menyebabkan seseorang suami memandang rendah kepada isterinya.

Kadangkala, selain dari mulut orang sekeliling yang sangat suka memberikan komen yang menyakitkan hati, ayat-ayat promosi produk di media sosial juga terlalu memprovok sehingga menimbulkan syak wasangka isteri pada suaminya sendiri.
Maaf saya cakap, terutamanya produk kewanitaan dan kecantikan. Terlalu banyak yang condemn sehingga isteri menjadi hilang keyakinan diri.
Selalu sangat mengugut kaum isteri:
"Nanti suami lari dengan janda meletop sebelah rumah."
Nanti suami cari orang lain sebab bau kepam awak tu"
"Nanti orang fikir uolls mak sedara suami sebab muka nampak tua"
Maaf cakap, mungkin yang gelojoh nafsu itu hanya suami awak, bukan suami orang lain. Saya percaya, masih ramai lagi suami yang hanya memandang isterinya sahaja yang cantik dalam dunia ini. Bukan hanya berpura-pura mahu menjaga hati isteri atau hanya baik di depan tetapi di belakang suka cuci mata memandang wanita lain.
Tetapi cinta dan belas ehsan yang ikhlas dari hati. Betul-betul isterinya seorang itu yang dia mahu menemankannya di syurga, jadi penghulu bidadari. MasyaAllah. Inilah bezanya lelaki beriman, baik dan soleh dengan lelaki yang jahat. Maka janganlah disamakan antara keduanya. Sebagaimana ada wanita baik dan wanita jahat, begitu jugalah para lelaki.
Semua orang punyai nafsu, namun orang beriman mengawal nafsunya dengan mujahadah dan melunaskannya dengan cara yang dibolehkan, yang halal baginya. Takkan sama seperti orang fasik, munafik dan tidak beriman. Allahuakbar.
Sesungguhnya tiadalah dapat dinafikan lagi. Nikmat kebahagiaan terbesar seorang isteri setelah iman dan Islam adalah dipinjamkan seorang suami yang soleh, yang mencintai, mengasihi dan menyantuninya kerana Allah, menjadi sahabatnya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.
Sumber: Intan Dzulkefli
Jangan Sia-Siakan Dia Yang Telah Kamu Miliki Kerana Dahulu Kamu Pernah Berharap Untuk Milikinya

Pasanganmu adalah rezeki terbaik yang telah diberikan oleh Allah. Dia takdirmu, dia juga amanah yang sampai bila-bila pun perlu kamu jaga dengan baik. Jangan pernah sia-siakan dia dan setiap kali kamu terasa ingin mengabaikannya, ingatlah bahawa satu masa dahulu kamu sangat menginginkannya.
Ingatlah betapa besarnya perjuangan kamu dahulu untuk memilikinya. Siang dan malam namanya ada dalam perbualan kami, bahkan dalam setiap doa yang kamu panjatkan, pasti akan diselitkan namanya. Jadi, kenapa setelah Allah beri, kamu menyesalinya? Hanya kerana kamu sudah kenali si dia luar dan dalam.
Hargailah Dia
Setiap kali kamu ingin melupakan segalanya hanya kerana perselisihan faham yang berlaku, ingatlah kembali saat anda memintanya dulu pada Allah. Bukankah kamu pasrah meminta yang terbaik namun dalam keadaan yang memaksa? Maka, setelah diberi hargailah si dia dengan bijak.
Berkat doamu meminta pada Allah untuk mengabulkannya, Allah telah mengizinkanmu bersatu dengannya. Mengapa kamu perlu mengabaikannya dan tidak bersyukur dengan anugerah yang telah Allah berikan kepadamu hanya kerana kamu tahu kekurangannya?
Bersyukur Dengan Segala Kekurangannya

Seharusnya kamu bersyukur dan terus bersyukur di atas apa yang telah kamu dapatkan, di atas apa yang telah Allah berikan kepadamu. Biarpun banyak kekurangan di dalam dirinya yang mungkin tidak kamu sukai.
Sedarlah bahawa setiap individu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jadi tak perlu menjadikan ia sebagai satu masalah yang besar. Mengapa? Kerana kamu juga sama sahaja, memiliki kekurangan dan kelebihan.
Ingatlah, Dulu Kamu Begitu Menginginkannya
Jangan sesekali kamu berniat untuk melepaskannya. Tetapi, carilah solusi agar kamu biasa menerima semuanya dengan penuh keikhlasan.
Teruslah ajar hatimu untuk mengingati betapa kamu begitu menginginkannya dulu sehingga namanya kamu sebut dalam doa siang dan malam. Setiap saat namanya sahaja yang kamu ingat.
Maka, tidak harus kamu lepaskannya dan menyerah kalah hanya kerana sebuah kesalahan yang dilakukan tanpa dia sedari. Belajarlah untuk berfikir secara bijaksana bahawa dialah pilihan terbaik Allah, ertinya dialah penyempurna terbaik dalam hidupmu.
Seberapa banyak godaan untuk mengabaikannya, kamu tidak akan mampu melakukannya di saat kamu tersedar bahawa dialah anugerah terindah Allah yang harus selalu kamu jaga dengan baik dan penuh kasih sayang.
Dah Kahwin, Bukan Diri Sendiri Je Nak Kena Jaga. Jangan Terbawa-Bawa Perangai Bujang Bersama

Siapa yang tidak inginkan hubungan cinta itu berkekalan sehingga ke jinjang pelamin? Sebut sahaja pasal kahwin, pasti ramai yang masih bujang mengimpikannya. Namun, perlu diingatkan dalam pada kita nak berkahwin tu kita kena fikir masak-masak adakah kita sudah bersedia?
Sudah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sepenuhnya? Kerana berkahwin ini bukanlah satu perkara yang mudah. Anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kahwin ni bukan macam ‘couple‘ dulu-dulu dah. Kerana dialah insan yang anda pilih untuk sehidup semati.
Bagi lelaki, tanggungjawab amat berat kerana anda adalah ketua keluarga. Anda yang akan membentuk bagaimana keluarga anda nanti. Jadi, ianya bukan perkara yang mudah. Oleh itu, untuk menjadi ketua keluarga yang bagus, haruslah mengubah tabiat-tabiat lama anda. Apa dia? Jom kita lihat di bawah ini.
Solat

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat di awal waktu. Tapi, kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumah tangga yang akan didirikan, maka rumah tangga itu takkan dapat bertahan lama, sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
Kerja

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka. Tak boleh kerja sekejap, berhenti. Kemudian menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut cita rasa anda sendiri.
Tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
Perangai Bujang

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan. Contohnya, merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka, kita perlu ubah semua ini. Perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.
Belajar Mengemas

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat. Bila dah selalu buat tu percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja rumah.
Berhenti Jadi Buaya Darat, Jaga Pergaulan

Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”. Tapi, bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah S.W.T.
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Sumber: Peguam Syarie Khidmat Masyarakat