Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.
Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal. Cewah. Kemain intro gua ni ek. Kakaka.
Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang gah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.
Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.
Jadi, apa kau boleh buat apabila baru berkeluarga;
***
Merangka Bajet Keluarga
Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.
Merekod Perbelanjaan
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.
Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;
-Barang dapur
-Belanja makan
Ads
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
Ads
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah
.
Simpanan Dan Melabur
Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.
.
Perlindungan Takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini Astro mampu bayar, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.
.
Ads
Hindari Hutang
Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.
.
Kad Kredit Cukup Satu
Jika pasangan kau ada dua kad kredit, kau pun ada satu, bila dah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu je. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau kau tak reti kawal penggunaan kad kredit, takde langsung pun molek juga.
***
Korang kena ingat tindakan kewangan korang sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.
Pada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru gua ucapkan. Kalau bergaduh tu biasalah. 1-5 tahun tu, proses kau orang nak mengenali hati budi pasangan masing-masing.
Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua hati yang berbeza latar belakang. Kah!
P/S: Silakan tag, share kepada suami / isteri korang tu. Nak tag tunang, bakal zaujah pun boleh. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu!!!
Masa bercinta semuanya indah dan ‘sweet’. Segala yang dikatakan akan dituruti oleh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.
Baca perkongsian tentang realiti hidup selepas berkahwin yang dikongsi oleh baitulmuslim.com tentang cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumahtangga. Jangan risau atau takut pula nak berkahwin , artikel ini sebagai pengetahuan buat bakal pengantin.
Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang
Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak. Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan atau diinginkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.
Pembahagian tugas dan peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan. Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.
Selalu berbeza pendapat
Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua
Sumber:https://baitulmuslim.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kedengaran agak janggal bila garam boleh digunakan untuk rawatan wajah. Tahukah anda ada beberapa manfaat garam untuk wajah. Selain mudah , hanya menggunakan kos yang sedikit anda untuk mendapatkan wajah yang mulus.
1. Garam Dapat Mengurangkan Jerawat Di Wajah
Salah satu manfaat garam untuk wajah berjerawat ialah mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ini disebabkan kandungan potasium mahupun belerang yang terdapat di dalam garam. Dua komponen ini akan bekerja untuk menyeimbangkan konsentrasi air di dalam kulit serta menghilangkan kotoran yang boleh membuat jerawat bertambah parah. Untuk menghilangkan jerawat menggunakan garam, sebenarnya cara yang perlu dilakukan tidak sukar. Siapkan 2 hingga 3 sudu makan garam terlebih dahulu.
Tambahkan 150 mililiter air ke dalam garam dan panaskan campuran air garam tersebut di periuk. Ambil sehelai tuala untuk menjaga rambut agar tidak jatuh ke area kening, ikat tuala tersebut, kemudian hadapkan muka ke periuk berisi air garam. Biarkan wap air garam tersebut terkena di wajah selama 15 hingga 20 minit. Perlu diingat bahawa pengguna contact lense sebaiknya dibuang terlebih dahulu sebelum membuat rawatan ini. Pastikan juga sebelumnya bahawa wajah yang akan diwap dengan air garam sudah bersih. Oleh itu, bersihkan terlebih dahulu wajah anda dengan sabun pembersih wajah.
Garam Mampu Mengawal Kandungan Minyak Di Wajah
Manfaat garam untuk wajah berminyak ialah mengawal minyak di wajah kita dengan baik. Alasannya sama dengan alasan untuk wajah berjerawat, iaitu kerana garam mengandungi potasium mahupun belerang di dalamnya. Cara mengawal minyak menggunakan air garam ini sangat mudah, wapkan wajah menggunakan air garam setiap malam hari sebelum tidur atau dengan membilas wajah menggunakan air garam. Lakukan sesuai dengan waktu anda. Wajah tidak akan nampak berkilau dan anda pun akan merasa jauh lebih percaya diri.
Garam Berperanan Sebagai Detoks Wajah
Khasiat garam untuk wajah yang lain adalah mendetoksifikasi segala sesuatu yang buruk di wajah dengan baik. Caranya juga cukup sederhana, ikuti saja langkah-langkah berikut ini dengan teratur. Pertama, siapkan 2 hingga 3 sudu makan garam. Campurkan garam tersebut dalam air yang suam sampai larut.
Basuh wajah dengan air garam tersebut lalu biarkan selama 10 minit atau kurang. Wajah akan terus terasa lebih segar kerana kotoran mahupun racun di wajah sudah hilang. Agar wajah lebih anjal dan bersinar, lakukan rawatan ini setiap 2 hari sekali. Wajah juga akan bebas dari jerawat kerana dibersihkan secara mendalam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila nampak harga emas turun, berpusu-pusu pelanggan masuk untuk membeli. Tak kurang juga bakal pengantin yang inginkan perhiasan emas menjadi hantaran. Tetapi, ada triknya juga untuk membeli barang kemas agar berbaloi dengan harga di bayar.
Mana-mana kedai emas sekarang ni penuh dengan pelanggan. Tak cukup beratur di dalam kedai, di luar kedai sudah tersusun kerusi untuk pelanggan menunggu. Macam nak masuk kedai makan pula. Tetapi adakah anda membeli emas hanya bersandarkan harga semasa yang dipromosikan?
Melalui perkongsian SyaQiela Fendy, membeli emas juga perlu ada ilmu. Bagus betul perkongsian ini kerana sekurang-kurangnya kita akan buat kiraan Matematik. Tak susah pun.
Menurut SyaQila, sebelum ini dia juga tidak ambil peduli tentang harga dan kiraan jual beli emas. Disebabkan ingin membantu seseorang membeli emas, akhirnya di amula pandai membuat kira-kira untuk membeli emas.
“Tadi dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yang selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni? Dan balik dari kedai tu sempat juga singgah kedai emas yang berdekatan dengan rumah semata-mata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guys..
-Kedai A harga Rm225/gm -Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan? Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050.”
Tidak habis di situ, SyaQiela berkunjung ke kedai emas lain untuk membuat perbandingan. Apabila ditanya tentang harga semasa, staf beritahu RM238/gm.
Yelah, tadi RM225 je kan… Jauh kan beza. Takpa, kita teruskan misi. Maka di sini adalah huraiannya.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. Anda rasa murah ke mahal?
Meh check kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga semasa Rm238/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm230.
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
Harga upah boleh dirunding
Apa yang penting di sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm900 lebih dan sebagai pelanggan, anda BOLEH menurunkan harga upah mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.”
Kredit: Facebook SyaQiela Fendy
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!