Hubungan rumah tangga yang teguh, aman dan kekal mesra, menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri terutama yang sudah menjangkau usia lebih 10 tahun perkahwinan.

Untuk memperoleh hubungan rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara pasangan berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka tidak kira berapa lama usia perkahwinan.

Bukan Semua Mampu Pergi Berbulan Madu, Janganlah Merungut Pada Suami

Walaupun sekadar hal kecil pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya ia dibiarkan berlarutan.

Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengetepikan sikap emosi dan pentingkan diri sendiri selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

Bukan Semua Mampu Pergi Berbulan Madu, Janganlah Merungut Pada Suami

Antara cara serta kaedah yang boleh digunakan bagi mengecapi kebahagiaan berpanjangan adalah:

1. Saling mempercayai dan menghargai

Saling percaya mempercayai menjadi kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting contohnya sekiranya anda mendengar pasangan anda berdampingan dengan individu lain di tempat kerja.

Sekiranya masih meragui, tanya sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata. Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun, jangan terus percaya tanpa usul periksa dan perhatikan gerak-gerinya.

IKLAN

2. Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan

Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji tidak mengulanginya ternyata penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesalahan. Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada suka dan duka meningkatkan lagi kerukunan rumah tangga.

Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun. Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk memberi semangat, menjadi penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

3. Belajar terima kekurangan.

IKLAN

Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan kerana dia juga perlu melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain kerana semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

4. Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif

Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia rasa terkongkong. Cuba bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan dan jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

IKLAN

5. Semakin lama semakin mesra.

Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.

Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Anda hanya perlu tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.

6. Kejutan menggembirakan dan kotakan janji.

Buatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal dan tulisan kata-kata cinta juga sudah memadai. Janji penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal atau membelikan hadiah dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.

7. Pergi berbulan madu

Pergilah berbulan madu berdua saja ke tempat yang paling romantis untuk menjalin kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu semoga hubungan anda semakin intim dan mesra.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI