Bagi wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang dioleskan pada wajah setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit terutama kanser kulit. Terdapat pelbagai macam jenis sunblock yang terdapat di pasaran dengan jumlah SPF yang berbeza, bergantung pada jenis kulit dan aktivit yang kita lakukan.

Jadi sebelum nak membeli tu, anda perlu ambil tahu dulu sunblock mana yang paling sesuai dengan kulit anda.

Jom kita sama-sama tambah ilmu kecantikan dengan membaca info yang dikongsikan oleh Dr.Erna Nadia ini.

Bukan Semua Sunblock Boleh Tempek Dekat Muka

TIPS MEMILIH SUNBLOCK

Apa Yang Dimaksudkan Dengan SPF?

SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Pemakaian sunblock setiap hari adalah sangat penting kerana lapisan atmosfera kita yang dah semakin menipis. Ianya dah diibaratkan seperti kewajipan dalam rutin penjagaan kulit.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?

Kerana kulit akan semakin menipis dan juga sebagai langkah untuk mengurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat, kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau anda perasan pada packaging produk sunblock ada tertulis SPF15, SPF30, SPF50. So yang mana yang sesuai dengan kulit anda?

Sebelum Kak Dela beritahu jawapannya, jom kita kenali dahulu apa itu SPF.

SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit anda dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit anda.

Bukan Semua Sunblock Boleh Tempek Dekat Muka

Contoh Pengiraannya adalah:

1.Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit anda:

Sebagai contoh kita gunakan SPF 15.

Tolakkan satu daripada nilai SPF tersebut.

IKLAN

Cara pengiraan : (15 – 1) / 15 = 0.93.

Bermaksud, 93% sunblock itu dapat melindungi kulit anda dari sinar UV.

Jika nilai SPFnya 30, maka ianya akan menjadi sebanyak 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV. Dibawah ini adalah jenis kulit dan ketahanannya berada di bawah sinaran matahari tanpa menggunakan sunblock. Selepas dari jangka masa tersebut kulit akan mengalami sunburn yang menyebabkan rasa perih pada kulit.

Kulit putih : 10 minit

Kulit kuning langsat : 15 minit.

Kulit sawo matang : 20 minit.

Secara ringkasnya , semakin gelap kulit kita, semkin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh Kiraan:

IKLAN

Jika anda yang memiliki kulit putih dan menggunakan SPF 15, makan sunblock itu akan mempunyai masa lebih kurang 15 x 10 = 150minit untuk bertahan di bawah sinar matahari

Untuk kulit sawo matang, 15 x 20 = 300 minit.

Ok, anda boleh faham tak setakat ini?

Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah , ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B.

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi ianya akan menyebabkan kulit terbakar (sunburn)

Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan UVA & UVB juga.

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ SAHAJA?

PA itu adalah kiraan untuk UVA.

IKLAN

+++ pula bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.

Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA+++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Jadi anda sekarang sudah faham bagaimana mahu memilih sunblock yang sesuai dengan anda?

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF 30 sudai memadai, melainkan jika anda memiliki kulit putih, SPF 50 sememangnya untuk anda.

Beza pada SPF hanyalah jangkamasa sahaja. Kekuatannya adalah lebih kurang sama. Jadi jika anda tidak terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari, tak perlu lah anda merosakkkan kulit anda dengan SPF yang terlalu tinggi.

Bagi mereka yang melakukan aktiviti di dalam air, anda perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.

Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’

Tips Menggunakan Sunblock oleh Dr. Erna Nadia

Sapukan sunblock 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV
Sapukan pada semua permukaan kulit yang terdedah, termasuk di pelipat.
Sapu juga lipbalm yang mengandungi SPF, UVA & UVB
Gunakan berulang kali (biasanya 3-4 jam sekali ). Gunakan lebih kerap jika anda kerap berpeluh dan jika anda melakukan aktiviti di dalam air atau berenang.
Sebelum guna,pastikan tarikh luput di semak, lihat teksturnya dan bau. Jika bau dan teksturnya sudah berubah, terus buang produk tersebut.
Jenis Sunblock Mengikut Kulit

Kulit kering – Cari sunblock berbentuk krim atau lotion.
Kulit berminyak- Cari sunblock berbentul gel atau oil-free
Kulit sensitif – Cari sunblock berbentuk gel dan tidak mempunyai pengawet / bau.
Kulit berbulu – Cari sunblock berbentuk gek atau spray
Kulit gelap – Cukup dengan SOF 15.
Jangan lupa minum air kosong secukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

Lindungilah kulit anda dari sinaran berbahaya, dan jangan biarkan kulit anda mengalami proses penuaan sebelum waktunya!

Semoga bermanfaat.

Sumber : Erna Nadia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI