Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.

Rumah tangga yang berjaya juga bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah. Saling melengkapi, bekerjasama, toleransi, memahami dan paling penting menghargai pasangan anda. Itu kunci rumah tangga bahagia.

Bukan Susah Nak Bahagiakan Isteri. Bangun Tidur Kemas Katil Pun Dah Boleh Buat Isteri Gembira
gambar sekadar hiasan

Ada orang berpendapat dengan duit beli kebahagiaan, bila tiada duit itu yang kucar kacir rumah tangga. Tanggapan yang tidak betul sama sekali. Tidak dinafikan dalam kehidupan kita memerlukan wang tetapi bukan itu terletaknya keharmonian dalam rumah tangga. Hadamkan perkongsian oleh saudara Firdaus Mokhtar ini tentang bagaimana cara nak buat rumah tangga bahagia dengan percuma.

Petang itu ada kawan cakap ke aku, “Dia boleh lah banyak duit. Kejap surprise kan isteri beli kasutlah, beli cincin lah, beli kereta lah. Pernah sekali surprise beli tiket kapal terbang berjalan ke Bali. Aku ni mana ada duit sangat. Duit hujung bulan pun tak cukup.”

Aku balas ke dia; “Nak hiburkan isteri ni macam macam cara. Kau tak ada duit, banyak lagi benda percuma kau boleh buat jadikan surprise. Kau pernah basuh kain baju dekat rumah? Kalau tak pernah esok cuba kau buat, siap sidai dah kering kau lipatkan pula. Itu pun surprise.

Kau pernah tak bangun tidur kemas katil sendiri selama kahwin ni? Biasa kau bangun tinggal terus, tahu-tahu dah cantik tegang je cadar katil kan? Apa kata kau pula yang kemaskan katil. Masa isteri dalam bilik air tu, kau kemas siap-siap. Dia keluar tengok dah kemas. Surprise juga kan?

IKLAN

Lepas makan, kau angkat semua pinggan mangkuk. Kau tunggu dekat sinki dapur. Bila isteri datang bawa bekas makanan yang dah guna, kau suruh isteri basuh tangan dan pergi rehat dekat depan tv. Kata lah biar kau yang handle dapur. Pun kejutan yang sangat membahagiakan isteri.

Bukan Susah Nak Bahagiakan Isteri. Bangun Tidur Kemas Katil Pun Dah Boleh Buat Isteri Gembira
gambar sekadar hiasan

Kau tengok, ada guna duit? Tak ada. Ada banyak hal dalam rumahtangga yang kita boleh jadikan kejutan istimewa buat isteri. Atas kau sahaja yang nak buat atau tidak.” Dia mengangguk tanda setuju. Lama lepas tu dia termenung.

Agaknya berfikir benda apa yang dia nak buat dekat rumah nanti. Aku kata ke dia lagi, “Kita selalu fikir benda yang tak ada. Sedangkan depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. Tuhan bagi siap dah.”

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Sumber : Firdaus Mokhtar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI