Seorang wanita berkongsi satu kisah di mana dia sering diganggu dan diminati oleh guru kelas agama di kawasan rumahnya. Memandangkan dia merupakan pelajar paling muda dan belum berkahwin, guru yang digelar ustaz itu didakwa ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Lebih mengejutkan, ustaz tersebut sudah mempunyai isteri.

Saya bukanlah seorang wanita yang begitu gorgeous atau hot. Saya biasa-biasa saja. Siapa yang kenal saya dan pernah jumpa depan-depan, tahulah. Tapi, saya pernah diuji dengan hadirnya seorang Ustaz yang begitu mengambil berat tentang diri saya. Kisahnya bermula apabila saya mula menghadiri kelas Tajwid bertahap yang dianjurkan oleh Ustaz tersebut. Kelasnya agak popular di tempat saya tinggal. Dalam keadaan saya baru sahaja tamat pengajian di sebuah politeknik ketika itu, maka saya turut sertai kelas Tajwid tersebut.

Memang saya yang paling muda. Dan sayalah satu-satunya yang masih belum berkahwin ketika itu. Walaupun saya baru sahaja sertai kelas tersebut, sayalah yang paling menonjol. Dek kerana saya selalu mendapat markah penuh bagi ujian Tajwid bertulis yang diadakan di dalam kelas. Bukanlah niat saya untuk menonjolkan diri, tapi ketika itu saya jawab soalan ujian berdasarkan apa yang saya telah pelajari.

Namun, saya tak sangka, saya menjadi perhatian Ustaz. Saban hari, Ustaz semakin mengambil berat tentang keadaan diri saya. Semakin kerap Ustaz hantar WhatsApp malam-malam. Hampir setiap hari Ustaz WhatsApp saya dengan soalan-soalan yang tak penting. Husna dah makan? Husna, kamu dah nak tidur ke? Husna, saya tengah free.

Bukanlah Semua Lelaki Nampak ‘Alim’ Itu Ciri Suami Pembimbing Ke Syurga!
.

Ads

Datang meminang

Awalnya, saya anggap biasa, walaupun saya memang balas ala kadar. Sampailah suatu masa, saya perasan yang Ustaz akan mesej saya setiap kali pukul 11 malam. Saya mula syak sesuatu, maka saya tanya, hanya untuk memancing kepastian. Ustaz sekarang ada kat mana? Saya baru habis mengajar. Masih di tempat mengajar. Kenapa?balas ustaz di dalam mesej tersebut. Tepat! Sangkaan saya tepat! Ustaz akan rajin mesej saya ketika dia bukan berada di rumah, bukan berada berdekatan dengan isterinya.

Lama kelamaan, Ustaz kemudiannya berani bertanya di mana saya tinggal, alamat rumah saya dan seumpamanya. Saya tanya kembali, untuk apa Ustaz nak tahu? Manalah tahu ada orang nak datang meminang kamu nanti”, katanya. Saya tak anggap itu suatu gurauan. Apatahlagi sejak dua menjak ketika itu, Ustaz kerap menceritakan perihal anak-anaknya umur sekian sekian, bersekolah di tempat sekian sekian, dan semakin kerap bertanyakan hal-hal peribadi saya. Pernah dia bertanyakan pendapat saya tentang poligami. Lantas apa saya buat?

Saya berhenti hadirkan diri ke kelasnya. Ustaz call saya, berkali-kali, tapi saya tak angkat. Saya mengelak. Cukuplah. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan menghargai harga diri wanita lain, saya memilih untuk tak melayan. Saya cuba meletakkan diri saya di tempat isterinya. Luluhnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk bermesej dengan wanita lain pada waktu malam, siang dan tak kira waktu. Hancurnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk-sibuk mengambil berat tentang wanita lain ketika isterinya tidak di depan mata. Saya cut off terus. Terus tak munculkan diri di hadapan Ustaz dan langsung tak layan mesej-mesejnya.

Ads

Banyak Tawaran Diberikan

Kalau diikutkan, Ustaz pernah menawarkan kepada saya untuk dapatkan tauliah mengajar dengan cepat pada ketika itu, dan beliau akan bantu saya perluaskan lagi perkhidmatan mengajar al-Quran yang saya buat dan turut menawarkan peluang untuk saya bekerja di pusat mengajarnya. Banyak peluang yang dia cuba tawarkan kepada saya pada ketika itu. Kalaulah saya lebih memikirkan tentang tawaran Ustaz pada ketika itu, mungkin keadaan akan lebih parah. Sebab itu, saya cut off terus. Saya lebih memikirkan perasaan isterinya ketika itu. Kadangkala, saya lihat, ada sesetengah lelaki apabila sudah berada di zon selesa, dia lupa siapa yang menerima dirinya ketika dia tak punya apa-apa. Dia lupa, siapa yang banyak berkorban untuknya. Dia lupa, siapa yang banyak mendukung dia sehingga dia berjaya sampai ke tahap yang selesa.

Dan sesetengah lelaki juga, lebih sibuk memikirkan sunnah poligami sampai lupa sunnah monogami. Lupakah kalian bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menduakan Khadijah r.a sepanjang hidup Baginda? Lupakah kalian duhai lelaki, Rasulullah s.a.w hanya berpoligami hanya selepas kewafatan Khadijah r.a itupun atas perintah Allah s.w.t, bukan kerana nafsu semata? Lupakah kalian?

Bukanlah Semua Lelaki Nampak ‘Alim’ Itu Ciri Suami Pembimbing Ke Syurga!
.

Jangan layan dan lebih berperikemanusiaan

Perkara yang paling membangkitkan emosi saya adalah apabila ada segelintir lelaki yang hanya fokus pada sunnah poligami hanya untuk menghalalkan perbuatan cubaan curang mereka. Dengan mudah, si suami biarkan perasaannya beralih arah. Andai ditanya, pastinya akan dijawab, Perasaan ini tiba-tiba ada. Tidak. Sama sekali tidak. Perasaan itu tidak akan ada dengan tiba-tiba. Melainkan telah dibuka ruang untuknya. Ya, ada melayan. Kalau melayan, apa jadi? Kamu buka ruang dan jalan untuk perasaan itu wujud.

Ads

Bila sudah melayan walaupun hanya sedikit, maka perasaan itu akan timbul sedikit demi sedikit sehinggalah menular sampai ke tahap mabuk kepayang, walaupun ketika itu kamu sudah ada isteri di depan mata dan melayani dirimu sehabis baik yang boleh si isteri laksanakan. Mata dan nafsu yang liar, tidak akan pernah merasa cukup. Dan ingat, syaitan itu licik! Jadi buat wanita di luar sana, sekiranya anda diuji dengan kehadiran suami orang yang menunjukkan minatnya terhadap diri anda, JANGAN LAYAN.

Cut off terus conversation tersebut apabila semakin melalut, walaupun dia adalah seorang ustaz. Sentiasa letakkan diri kita di tempat orang lain, supaya kita lebih berperikemanusiaan untuk tak mengkhianati perasaan orang lain. Benarlah kata-kata yang pernah berbunyi, “Kesetiaan wanita teruji apabila lelaki tidak memiliki apa-apa.
Kesetiaan lelaki teruji apabila dia telah miliki segalanya.”

Semoga Allah bantu kita untuk sentiasa merasa cukup dengan pasangan yang kita ada sekarang, sentiasa nampak kelebihannya biarpun ada kekurangan, sentiasa bersyukur dan sentiasa setia dengannya sampai hujung nyawa, sampailah ke syurga-Nya. Allahumma aamiin.

Sumber: Husna Layyinah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI