Dalam banyak banyak bulan, bulan yang sentiasa dinanti oleh kita, dah tentulah bulan Ramadhan. Bulan di mana jika kita berdoa, Allah makbulkan inshaAllah. Baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.
Abang,apa doa abang dalam Ramadhan ini?doakan makbul sentiasa..tanya bidadari saya masa Ta’lim..
Abang doakan syurga Firdaus buat bidadari abang..abang nak pimpin tangan sayang masuk syurga..abang doakan bidadari abang sihat sentiasa. Doa bahagia sentiasa. Doa bidadari abang sentiasa diampunkan Allah. Doa sentiasa cantik dan menawan sampai syurga…
Saya fikir manalah datang kekuatan seorang wanita. Hebatkan..Allah yang beri kekuatan itu dari hati yang ikhlas.
IKLAN
Masa saya duduk dengan seorang pakcik umur lebih 60 tahun berdakwah jauh. Beliau angkat tangan nak masak. 2 hari beliau nak masak. Biasa kami gilir-gilir masak. Tapi pakcik tadi nak masak lagi dan kemas-kemas semua dengan dibantu 2 anak muda tapi agak nakal sikit.
Tengah hari masa masak. Dengar orang menangis dekat bilik air. Pakcik tadi menangis masa basuh baju. Kuat pakcik tadi menangis..
IKLAN
Saya peluk pakcik tadi. Dia cakap ustaz. Penat masak. Penat basuh baju. Susahnya dekat sini. Saya berdosa. Dosa banyak pada isteri saya. Lebih 30 tahun isteri saya masak. Basuh baju. Kemas rumah. Besarkan anak-anak. Urus anak-anak.Takde sehari pun berehat. Ramadhan lagi lah. Tak sempat tidur. Dari pagi siapkan sahur. Asyik terjaga-jaga. Risau suami dan anak-anak tak sahur. Ustaz saya jarang tolong isteri saya. Tak tak cakap terima kasih. Ya Allah apa saya dah buat ustaz. Anak saya semuanya dah besar-besar dah..terima kaseh Allah beri saya isteri yang sangat baik.
IKLAN
Begitulah abang. Allah sayang abang..
Ramadhan ini bulan kasih sayang. Rahmat Allah. Ringankan beban pekerja kita dapat pahala. Inikan beban isteri. Beban suami. Bantu pasangan dalam Ramadhan ini..
Makan berjemaah dan saling suap menyuap dengan rasa sayang. Maafkan pasangan. Masa yang paling berharga ialah saat kita menghargai keluarga yang kita sayangi dan cintai.
Jom jaga solat awal waktu berjemaah dan bantu isteri dapat solat awal waktu. Solat tarawih di masjid. Tolong juga jaga anak supaya isteri dapat tarawih walau di rumah. Sama-sama atau gilir-gilir atau sekali sekala bantu siapkan sahur dan berbuka. Selalulah doakan isteri kita. Doa itu ubat dan doa itu melapangkan membahagiakan. Dengari mereka bila mereka memerlukan. Barangsiapa tak mengasihi dia tak dikasihi- ebitlew
Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting. Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.
.
Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.
Perkara yang terletak dalam kategori PENTING adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) – (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)
.
5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.
Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING adalah:
1. Sistem Audio (PA Sistem)
2. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
3. Candy Buffet
4. Photo Booth
5. Bertukar-tukar persalinan
6. Photografi
7. Ustaz Pembaca Doa
7 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.
Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.
Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:
Jam 1.30 petang – Sanding
Jam 1.35 petang – Bacaan Doa
Jam 1.40 petang – Acara Merenjis
Jam 2.00 petang – Majlis Makan Beradab
Jam 2.30 petang – Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)
Perkahwinan ibarat mengemudi kapal. Ada masa ia berjalan dengan lancar dan ada masa dilanda ombak. Jangan sangka hanya perkara yang indah sahaja akan terjadi dalam perkahwinan. Hakikatnya, banyak perkara yang akan kalian lalui bersama, sama ada susah atau senang.
Mudah sahaja kita hampir putus asa bila segala persediaan kahwin kita mengalami dugaan dan rintangan yang memeningkan kepala. Lelaki ini kongsi, biasanya lima tahun pertama dugaan hebat betul. Dah lepas lima tahun kalau kau dan pasangan terselamat menghadapi cabaran hidup bersama, korang akan kekal bahagia.
Kau baru bina masjid tu, banyak lagi dugaan perkahwinan kau akan hadapi. Kalau kau tak bersedia dan kuat untuk hadapi cabaran, bahtera perkahwinan kau akan tenggelam di dasar lautan.
Biasanya lima tahun pertama dugaan hebat betul. Dah lepas lima tahun kalau kau dan pasangan terselamat menghadapi cabaran hidup bersama, korang akan kekal bahagia.
Kredit: Tangkap Pictures
***
Antara panduan untuk membina keluarga bahagia adalah:
Kalau boleh solat bersama. Tak boleh lima waktu, solat Isya dan Subuh berjemaah okay lah. Biar sinar agama hadir dalam keluarga korang. Barulah setan nak hasut, nak fitnah macam-macam lari jauh-jauh.
Mendalami ilmu untuk jadi yang terbaik. Ilmu Tuhan ini luas. Belajar ilmu agama. Ilmu memasak, ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya. .
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa pasangan kita adalah yang terbaik ketentuan dan anugerah terindah daripada Tuhan.
Senyumlah apabila sampai ke rumah. Hal ehwal kerja letak tepi bila dah jejak kaki ke rumah. Masalah kerja jangan bawa masuk ke rumah.
Sentiasa berbual dengan pasangan setiap hari. Kalau gaduh pun berkomunikasi guna pen dan kertas pun tak apa. Gaduh manja tu perkara biasa. Tapi jangan gaduh lama-lama.
Telefon, mesej ataupun WhatsApp jika pasangan berjauhan dengan korang. Tanya la khabar ke dah makan ke. Alah, macam kau bercinta dulu-dulu. Masa bercinta sapa nak letak telefon dulu pun boleh gaduh.
Sentiasa hiburkan hati pasangan dengan lawak hambar korang. Bergurau senda. Kau tak kelakar pun takpe. Janji kau mampu buat si dia tersenyum. Setiap gurauan manja mengeratkan hubungan suami isteri.
Amalkan makan bersama setiap hari. Makan sambil cerita apa yang dia dah buat hari ini. Secara tak langsung kau tahu masalah dia.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Kau tak perlu jadi sado untuk menyapu rumah. Kau tak perlu ada six pack untuk kemas rumah. Tolong dia memasak pun okay. Jadi tukang kacau jadilah daripada duk main Fesbuk manjang.
Tegur kesilapan pasangan dengan cara terbaik. Beri nasihat secara berkasih sayang. Jangan tegur secara kasar.
Kredit: Tangkap Pictures
***
Jom berkongsi lagi di ruangan komen supaya boleh dijadikan amalan bersama.
Ayuhlah kita sama-sama menuju kebahagiaan rumah tangga. Kah!
Kebanyakan wanita zaman sekarang cenderung memilih untuk bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri. Ia adalah perkara yang bagus dalam usaha memperkasakan wanita dan mengukuhkan lagi kesamarataan gender. Namun, ia mungkin mendatangkan stres buat individu yang bergelar suami. Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini!
Kajian terbaharu di Amerika
Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan terhadap 6,000 pasangan suami isteri di Amerika oleh University of Bath, UK, suami didapati akan mengalami stres apabila gaji isteri besar dan mampu menampung perbelanjaan keperluan rumah sebanyak 40%.
Kajian yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini menunjukkan pola yang menarik. Suami akan stres jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Jika isteri bekerja dan gaji mereka hampir mencecah 40% perbelanjaan isi rumah pula, stres suami akan berkurangan.
Namun, stres suami akan kembali meningkat jika gaji isteri mula melebihi 40% perbelanjaan isi rumah. Menurut Dr Joanna Syrda yang merupakan seorang pakar ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh suami berkaitan gaji isteri yang besar adalah berbahaya kepada kesihatan mereka!
Impak kesihatan yang mungkin dialami oleh kaum Adam akibat daripada situasi ini adalah masalah kesihatan pada aspek fizikal, mental dan sosial mereka. Dr Syrda menegaskan bahawa isu gaji isteri yang besar mungkin akan membuat lelaki berasa rendah diri, sekali gus mencipta jurang yang agak luas dalam perhubungan mereka.
Dalam erti kata yang lain, suami akan berasa seperti diri tidak berguna dan stres kerana terpaksa bergantung kepada isteri untuk menanggung perbelanjaan isi rumah yang semakin mahal zaman sekarang.
Trend kini yang tidak sama seperti dulu
Zaman sekarang, kebanyakan wanita bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre pada tahun 1980 di Amerika, 13% daripada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang lebih besar dari suami. Menjelang tahun 2017 pula, statistik tadi semakin meningkat dan dijangka akan terus menaik menuju tahun-tahun yang berikutnya.
Dr Sydra menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan pengkajinya amat berminat untuk melihat bagaimana trend ini memberi kesan kepada perhubungan suami isteri.
“Gaji isteri yang lebih besar dari suami akan menyebabkan satu trend yang dikenali sebagai ‘gender role reversals’. Trend ini sebenarnya agak berbahaya kepada kaum lelaki kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan mereka dari aspek fizikal, mental, sosial dan lebih menakutkan, mengakibatkan penceraian”, kata beliau lagi.
Jadi, apa perlu buat untuk elak suami stres?
Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan para suami sebagai ketua keluarga. Namun situasi ini adalah realiti dunia yang berlaku pada hari ini. Jika isteri anda mempunyai gaji yang besar dan mampu menanggung separuh atau lebih daripada perbelanjaan isi rumah anda, jangan stres. Ini apa yang perlu dilakukan oleh kedua pasangan.
#1. Jangan terlalu merendah atau meninggi diri
Perkara ini adalah norma yang agak normal pada zaman sekarang. Sebagai suami, jangan terlalu merendah diri. Jika gaji anda lebih kecil dan tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan isi rumah, jangan sesekali anda berasa stres. Sebaliknya, tolong hargai usaha dan pengorbanan isteri dalam membantu menjana pendapatan isi rumah anda.
Meskipun situasi seperti ini dianggap sebagai satu kebiasaan kini, adat dan agama masih perlu dititikberatkan. Sebagai isteri, jangan sesekali meninggi diri jika gaji anda lebih besar dari suami kerana mereka tetap ketua dalam keluarga yang perlu dipatuhi dan dihormati. Kerjasama memang diperlukan dalam rumah tangga, bukan?
Pun begitu, jangan pula suami berasa terlalu selesa, ya? Tanggung jawab memimpin dan menanggung keperluan keluarga ada berada di bahu anda!
#2. Elak pertelingkahan berkenaan kewangan di hadapan individu lain
Ini adalah perkara yang sangat perlu pasangan suami isteri elakkan terutamanya di hadapan anak-anak dan juga individu luar!
Ya, memang perselisihan faham biasa terjadi dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, ia perlu dielakkan di hadapan individu lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal kewangan.
Ini kerana semasa bertengkar, kita mungkin tidak dapat mengawal perkataan kita ekoran perasan marah yang sedang membuak-buak. Jadi, kemungkinan untuk pasangan mengungkit tentang gaji masing-masing juga ada.
Oleh itu, cuba kawal perasaan marah anda dan jangan sesekali bertengkar berkenaan kewangan di hadapan orang lain, ya?
#3. Wujudkan simpanan kewangan bersama
Apa maksudnya? Anda dan pasangan sebenarnya boleh membuat simpanan bersama-sama di dalam satu tabung. Anda mungkin boleh mewujudkan satu akaun bank khas untuk simpanan masa hadapan. Kemudian, setiap bulan suami dan isteri perlu menyimpan sejumlah wang yang sama amaunnya di dalam akaun tersebut. Bekukan, kemudian gunakan pada hari senja kelak.
Dengan usaha ini, mungkin tiada lagi istilah mengungkit atau bergaduh sesama pasangan mengenai gaji masing-masing lagi.
#4. Tetapkan peruntukan yang berbeza
Sebagai contoh, suami mungkin boleh membelanjakan gajinya untuk hal keperluan rumah seperti membayar bil, ansuran kereta dan rumah serta perbelanjaan dapur. Manakala gaji isteri mungkin boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan serta shopping! Sudah lumrah wanita gemar membeli-belah, bukan?
Cuma sebagai suami, anda perlu ingat duit anda adalah duit isteri juga manakala duit isteri adalah duit isteri sahaja. Jadi, jangan terlalu bergantung pada isteri. ya?
#5. Saling membantu antara satu sama lain
Pernah dengar lagu tema Wonderpets? Apa yang penting, kerjasama! Ya, begitulah juga dalam kehidupan suami isteri. Jika suami di dalam kesulitan dari segi kewangan, isteri boleh membantu dan begitulah sebaliknya. Jangan pula anda berasa s dan usah pula anda berasa pasangan anda itu menyusahkan.
Kehidupan suami isteri perlulah erat dan jitu. Sebagaimana aur dan tebing, kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain.
Konklusi
Kesimpulannya, gaji isteri yang besar tidak sepatutnya mendatangkan stres kepada suami. Apatah lagi membuat suami stres. Ia sepatutnya menjadi satu motivasi buat para suami untuk bekerja dan berjaya lebih lagi dalam kerjaya mereka.
Sebenarnya, ia juga adalah satu kelebihan untuk suami. Sekiranya anda berada dalam kesulitan, maka sentiasa ingat yang isteri anda selalu ada untuk membantu anda. Namun, jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada mereka pula ya!
Suami adalah nakhoda kapal layar yang sedang menuju ke pulau kebahagiaan. Pastikan anda sebagai suami mengawal navigasi kapal itu supaya tetap kekal di landasannya. Sebagai isteri pula, sentiasa sokong suami anda dari belakang. Dengan ini, nescaya perhubungan anda berdua boleh kekal sehingga ke jannah.
Tak pelik bila ada suri rumah burnout akibat membuat rutin yang sama dalam rumahtangga. Bukan kerana tidak pandai bergaul, tetapi lebih kepada tiada kawan untuk dibuat sembang.