Hubungan

Cabaran Fasa Pertama Perkahwinan Adalah Tunjang Untuk Anda Teruskan Sehingga Akhir Hayat

Share

 

Fasa perkahwinan mana paling mencabar bagi anda!

Kredit: CST Production

Fasa 1 <5 tahun pertama>

Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan sebagainya. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2 <5-10 tahun>

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing,sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara untuk mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas untuk merajuk pada fasa ini. Anak-anak juga sudah semakin membesar. Rumah tangga pada fasa ini juga sudah semakin stabil.

Fasa 3 <10-15 tahun perkahwinan>

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tetapi suami isteri dalam fasa ini perlu berhati-hati. Memasuki usia 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling orang lain. Mugkin juga berlaku kerana suamiatau isteri lebih beri perhatian kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja atau pun yang berkerjaya.

Fasa 4 <15-20 tahun>

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar penceraian berkurangan pada fasa ini. Ada juga konflik dan krisis yang berlaku pada fasa ini tetapi agak jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini, maka bersyukurlah dan jagalah keharmonian rumah tangga dengan sebaiknya.

IKLAN