Siapa yang tidak mengenali Maudy Ayunda, seorang penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia. Baru-baru ini dia mengumumkan tentang adiknya, Amanda Khairunnisa yang selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka berketurunan Inggeris bernama Tavan Dutton.
Tentunya foto-foto majlis pernikahan dan resepsi Amanda menjadi tumpuan media memandangkan Amanda dan Tavan sungguh sepadan, bagai pinang dibelah dua!
Tentunya sebagai kakak, Maudy begitu gembira saat adiknya bergelar isteri. Dalam postingnya, Maudy mengatakan dia sangat gembira dan bertuah kerana berpeluang membesar bersama-sama adik tersayang.
Ads
“I cannot believe my baby sister is all grown up and married!!! I am the luckiest sister to have had the honor to grow up alongside you, see you bloom, find love in @tavankkd, and sing as you walk towards him. Congratulations my loves.”
Kalau perasan, solekan Amanda tampak begitu cantik. Dengan tema Hollywood Glam, jurusolek terkenal Indonesia, Bennu Sorumba menjadikan Amanda salah seorang pengantin paling cantik sekali!
Air kelapa muda antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Banyak khasiat air kelapa muda. Minuman ini bukan sahaja sedap diminum tetapi rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral.
Khasiat lain air kelapa ialah mampu menurunkan tekanan darah, sakit kepala atau pening. Buah lemon pula kaya dengan Vitamin C, sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit. Madu pula menguatkan sistem imun badan.
Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin
RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak)
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.
2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.
3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.
Kalau nak pikat suami tersayang, sesekali isteri kena ubah suasana bilik. Jangan pandang remeh, ini pun salah satu cara buat pasangan rasa tenang dan rasa relaks bila balik rumah untuk berehat.
Jadi kalau anda nak dapatkan bilik tidur yang cantik, boleh guna idea yang dikongsikan Puan Nur Diyana ini.
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!
Suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan, kewajipan nafkah tetap dipangku oleh suami.
Sehubungan dengan itu, majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
1. Makanan
2. Barang-barang dapur
3. Pakain
4. Tempat tinggal
5. Alat-alat untuk membersihkan diri
6. Barangan rumah
7. Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
Namun kefahaman masyarakat kita hari ini ialah nafkah yang perlu diberi seorang suami kepada isterinya termasuklah duit poket untuk isteri berbelanja.
Seorang peguam syarie menjelaskan mitos tentang nafkah yang setiap pasangan perlu tahu.
Berikut huraian lengkap daripada Peguam Syarie dari Syazmee Sapian & Associates, Syazmee Sapian
“Nafkah isteri mesti diberikan duit sekelepuk. Duit poket untuk isteri gunakan sesuka hati. Ini baru nafkah.”
Ini pun satu lagi Mitos Undang-undang syariah.
Tuan puan,
Nafkah isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi 4 perkara iaitu: -Makan minum -Pakaian -Tempat tinggal -Perubatan
Banyak yang mengadu, mengatakan suami tidak memberikan nafkah kepadanya. Bila saya tanya barang dapur siapa yang beli? Katanya suami.
Sewa rumah/ansuran rumah dan bil utiliti siapa bayar? Katanya juga suami. Kalau sakit pergi klinik, siapa bayar? Jawabnya suami. Pergi shopping beli pakaian, siapa bayar? Suami juga katanya.
Ha kalau dah begitu keadaannya, dikira suami tersebut telah memenuhi tanggungjawab memberikan nafkah.
Tapi duit poket takde dia bagi.
Duit poket BUKAN NAFKAH puan.
Jika suami mahu berikan duit poket sahaja dan suruh puan belikan semua 4 perkara itu pun boleh.
Yang dikatakan tidak memberikan nafkah itu adalah bila mana, dah lah duit poket tidak diberi, barang dapur, sewa rumah, pakaian, sakit pening semua isteri tanggung.
Buat kaum suami,
Ada 2 pilihan untuk menunaikan nafkah. Sama ada diri sendiri uruskan 4 perkara di atas atau berikan sahaja duit untuk kaum isteri belikan 4 perkara di atas.
Suami yang kerja keras dengan ikhlas dan niat untuk menafkahi ahli keluarga, percayalah, rezeki sentiasa dicukupkan.
Isteri dan anak-anak itu pintu-pintu rezeki. Usaha keras dan keikhlasan kita kaum suami itulah kunci kepada pintu-pintu tersebut.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...