
Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubahlah dahulu tabiat-tabiat ini. Supaya bila sudah bergelar suami, anda akan menjadi ketua keluarga yang efisen dan teratur. Ingat rumahtangga itu satu amanah, anda adalah nakhoda yang membawanya ke syurga.
1. Solat
Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat di awal waktu, tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tidak akan dapat bertahan lama kerana imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
2. Kerja
Bila nak kawin, pastikan anda sudah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tidak boleh ikut suka hati, sekejap berhenti, sekejap menganggur sehingga jumpa kerja yang sesuai yang ikut citarasa anda sendiri. Tidak boleh begitu, sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang anda perolehi setiap bulan. Jadi pastikan anda mempunyai pekerjaan yang stabil sebagai pendapatan bulanan tetap anda.
.
3. Perangai bujang
Perangai bujang ini yang banyak kalau boleh disenaraikan Merempit, melepak, keluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya, maka kita perlu ubah semua itu. Perlu ubah gaya hidup kita dengan bawa motor secara lebih berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar umah pada masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam, didik diri untuk selesa dengan amalan begitu supaya apabila kita sudah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai masa kita bujang dulu.
4. Belajar mengemas
Jangan terus letak dalam minda bahawa kerja rumah adalah kerja isteri, sebgai lelaki juga perlu tahu untuk membuat kerja-kerja rumah, perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita sudah biasa buat, sudah selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyk 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu utk buat kerja-kerja rumah…
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan
Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama “kawan”…tp bila dah berkahwin, kita dh tak bleh kluar dgn perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sbb kita dah beristeri, dan tiada keperluan utk kita ada kwn perempuan yg kita masih rapat lagi…kwn perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda sudah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.
Perkahwinan merupakan ikatan yg suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semat-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat- tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga.
kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
Ameer Hamzah Mohamad
Nak Isteri Nampak Muda, Ramping & Cantik, Suami Kenalah ‘HULUR’ DUIT. Bukan Main ‘Minta’ Je.

“ SAYA NAK ISTERI CANTIK, RAMPING, NAMPAK MUDA SELALU”
Mudahnya membuat pesanan tapi besar kerjanya untuk melaksanakan. Wahai suami, nak isteri sihat sempurna kena ingat, banyak benda dia laksanakan untuk rumahtangga itu, jangan kita terus minta apa yang kita mahu. Cukup memahami dia dengan jaga waktu tidurnya, ajar lelaki ini.
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye.
Suami Nak Sangat Kahwin Lain, Isteri Banyak Bunyi! Apa Hukumnya?

SOALAN
Apakah hukumnya jika isteri melarang suami untuk berpoligami?

JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.
Tidak berdosa hukum ke atas seorang isteri untuk melarang suaminya untuk berpoligami apabila terdapat keperluan untuk membantahnya.
Hanya sanya perkara yang dilarang oleh Hukum Syarak adalah mengharamkan apa yang Allah Taala telah halalkan dan menghalang suami daripada berkahwin lain dengan tindak tanduk yang tidak mematuhi Syarak seperti mengugut mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Adapun jika melarang dengan menjustifikasikan dengan perkara-perkara yang disyariatkan maka adalah dibenarkan dan dianjurkan. Misalnya, jika berpoligami akan menyebabkan kezaliman pada nafkah dan qismah (pembahagian hari antara isteri) isteri-isteri, atau nafkah anak-anak dan ibu bapa, maka perbuatan melarang serta menghalang itu adalah adalah suatu nasihat yang terpuji dalam agama.
Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu.

RASULULLAH PERNAH MELARANG ALI MEMADUKAN FATIMAH
Berdasarkan berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sahaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”
Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”
Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا يَعْنِي أَنَّهَا لَا تَصْبِرُ عَلَى الْغَيْرَةِ فَيَقَعُ مِنْهَا فِي حَقِّ زَوْجِهَا فِي حَالِ الْغَضَبِ مَا لَا يَلِيقُ بِحَالِهَا فِي الدِّينِ
Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”
Rujuk Fath al-Bari (9/329)

Dalam hadis riwayat Muslim menyebut bahawa Ali bin Talib telah meminang anak Abu Jahal (yang sudah Islam), sedangkan beliau telah bernikah dengan Fatimah, anak perempuan Rasulullah ﷺ. Apabila Fatimah mendengar hal itu, beliau berjumpa Nabi ﷺ dan berkata kepada beliau: “Sesungguhnya kaummu telah mengatakan bahawa engkau tidak marah demi anakmu, apabila Ali bernikah dengan anak Abu Jahal.” Berkata Miswar (perawi hadis): Lalu Nabi ﷺ bangkit dan aku mendengar baginda bersyahadah kemudian berkhutbah:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنِّي أَنْكَحْتُ أَبَا الْعَاصِ بْنَ الرَّبِيعِ، فَحَدَّثَنِي، فَصَدَقَنِي وَإِنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ مُضْغَةٌ مِنِّي، وَإِنَّمَا أَكْرَهُ أَنْ يَفْتِنُوهَا، وَإِنَّهَا، وَاللهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللهِ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ أَبَدًا
Maksudnya: “Amma ba’du, sesungguhnya aku telah menikahkan Abu al-`Aas bin al-Rabi’ (suami Zainab) lalu memberitahuku dan membenarkanku. Sesungguhnya Fatimah binti Muhammad adalah segumpal daging dariku, dan sesungguhnya aku benci apa sahaja yang membawa fitnah kepadanya. Demi Allah, tidak akan berhimpun anak Rasulullah dengan anak musuh Allah di sisi seorang lelaki selama-lamanya.”
Berkata al-Miswar: lalu Ali meninggalkan pinangannya.
Riwayat Muslim (2449)
Dalam riwayat al-Bukhari disebut:
وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلاَلًا، وَلاَ أُحِلُّ حَرَامًا، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لاَ تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang halal dan tidak menghalalkan apa yang haram, tetapi demi Allah, tidak akan berhimpun anak Rasulullah dengan anak musuh Allah di sisi seorang lelaki selama-lamanya.”
Riwayat al-Bukhari (no. 3110)
Berkata Imam al-Nawawi: “Ertinya aku tidak ada berkata suatu perkara yang bertentangan dengan hukum Allah, maka apabila Allah hukumkan perkara itu adalah halal maka aku tidak akan mengharamkannya, dan jika perkara itu Allah haramkan aku aku tidak akan menghalalkan dan aku tidak akan diam daripada mengharamkannya kerana diamnya aku adalah penghalalan baginya. Dan menjadilah daripada kalangan wanita yang diharamkan berkahwin ialah menghimpunkan antara anak Nabi Allah dan musuh Allah.”
Rujuk al-Minhaj Syarh al-Nawawi `ala Muslim (4/15-16)
HUKUM POLIGAMI BAGI LELAKI
Jika kita melihat daripada sudut fiqh, ternyata poligami pada hukum asalnya adalah diharuskan sahaja. Namun begitu dalam beberapa hal yang mendatang, hukumnya boleh berubah kepada tiga (Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/25-26;
Disunatkan: Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya.
Ini kerana terdapat keperluan yang diraikan Syarak seperti meramaikan anak, dan inilah yang menjadi pedoman ramai Sahabat Rasulullah ﷺ, Para Tabi’ie dan generasi selepas mereka.
Dimakruhkan: Jika semata-mata untuk berlazat-lazat dan berhibur, atau syak terhadap kemampuannya untuk berlaku adil antara isteri-isteri.
Ini kerana tidak ada keperluan untuknya. Juga kerana terdapat kemungkinan berlakunya mudarat ke atas isteri-isteri kerana tidak mampu berlaku adil.
Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “Dan disunatkan untuk tidak menambah isteri lebih satu tanpa ada keperluan yang zahir.“ Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/127).
Diharamkan: Jika diyakini bahawa lelaki tidak mampu berlaku adil lantaran kelemahannya, atau kerana hilangnya kepercayaan terhadap dirinya daripada bertindak bias dan pilih kasih, atau kerana keadaannya yang fakir.
Ini kerana poligami itu akan mengakibatkan mudarat kepada orang lain.
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan membalas mudarat dengan mudarat yang lain.”
Riwayat Malik (31) dalam al-Muwatto’
Ini sesuai dengan firman Allah ﷻ:
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُو
Maksudnya: “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
(Surah al-Nisa’: 3)
Maksud “keadilan” yang dijadikan kriteria di atas ini adalah tanggungjawab ke atas lelaki dalam keadilan dan sama rata dalam pemberian nafkah, tempat tinggal, kehidupan bersama yang berkualiti, dan menunaikan hak-hak isteri.
Manakala soal hati dan perasaan adalah perkara yang relatif dan sukar dikawal. Oleh itu, perbezaan dalam hal emosi tidak membawa kepada dosa, sekiranya dijaga aspek zahir dan tidak membawa kepada kezaliman dan penganiayaan.
Ini yang dimaksudkan dalam firman Allah ﷻ:
وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Nisa’: 129)
Oleh sebab itu, Rasulullah ﷺ sendiri adalah seorang yang paling adil terhadap isteri-isteri baginda pada memberi mereka pembahagian hari dan muamalat yang baik, namun baginda lebih menyayangi Aisyah R.Anha.
Baginda berdoa:
اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِي فِيمَا أَمْلِكُ، فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ
Maksudnya: “Ya Allah, inilah pembagianku yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela aku pada sesuatu yang Engkau mampu dan tidak aku mampu.”
Riwayat Abu Daud (1822). Beliau berkata; “yaitu hati.”
Kembali kepada perbincangan asal, apabila hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi mubah, sunat dan haram, maka tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

SEORANG ISTERI BOLEH MENYUARAKAN PENDAPAT & MEMASTIKAN HAK MEREKA TIDAK DITINDAS
Justeru, ia bukan sahaja masuk dalam bab nasihat yang baik antara Muslim, tetapi juga adalah sebahagian perlaksanaan konsep Syura yang dituntut oleh Syarak.
Ini kerana seorang wanita apabila mengetahui suaminya ingin memadukannya, perlu memastikan hak-hak dirinya seperti nafkah yang telah ditentukan mengikut uruf dan persetujuan bersama, tidak dilanggar atau ditindas apabila berlakunya poligami.
Dalam erti kata lain, seorang isteri ada hak menyuara pendapat yang berbeza dalam sesi syura bersama suami untuk berkahwin lain.
Hak kebebasan berpendapat dalam sistem Syura ini dinaskan dalam al-Quran. Firman Allah ﷺ:
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maksudnya: “Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
(Surah Ali Imran: 159)
Berkata Syeikh Muhammad Tohir Ibn Asyur: “Maka telah jelaslah bahawa musyawarah yang disuruh oleh ayat ini di sini adalah musyawarah pada hal ehwal umat dan maslahat-maslahatnya. Allah telah mengarahkan perlaksanaannya di sini dan telah memujinya ketika menceritakan tentang kaum Ansar dalam firman-Nya Ta’la yang lain:
وَأَمْرُهُمْ شُورى بَيْنَهُمْ
Maksudnya: “dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;”
(Surah al-Syura: 38)
dan Allah telah mensyaratkannya dalam urusan keluarga seperti mana firman-Nya:
فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ
Maksudnya: “Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya);”
(Surah al-Baqarah: 233)
Maka Allah telah mensyariatkan dengan ayat-ayat yang telah disebutkan tadi perlaksanaan musyawarah pada pelbagai lapisan maslahat; iaitu maslahat keluarga, kabilah, negeri dan maslahat umat keseluruhan.”
Rujuk Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir (4/147-148)
KESIMPULAN
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum isteri melarang suaminya untuk berpoligami tidak berdosa, sekiranya dibuat atas dasar nasihat, Syura demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap haknya.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan masyarakat agar sentiasa mendidik wanita dengan keperibadian Muslimah dan menjaga hak-hak mereka daripada ditindas atau dilanggar.
Inilah pesanan Rasulullah ﷺ dalam khutbah terakhir beliau yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA:
اتَّقُوا اللهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah tentang urusan wanita, sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah, dan telah halal bermesraan secara seksual bagi kaum dengan kalimah Allah… dan ke menjadi tanggungjawab kamu untuk memberikan nafkah rezeki kepada mereka dan pakaian dengan ukuran yang makruf.”
Riwayat al-Nasaie (no. 9135)
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua.
*Sumber pautan asal: Al Kafi #1398: Hukum Isteri Melarang Suami Berkahwin Lain
Bahaya Ubat’Pengetat’ ‘Pemutih’ ‘Jamu Timbang Kilo’ Kalau Ambil Sebelum Kahwin

Ini adalah perkongsian dari Najwa Zaidi di Facebook miliknya akibat taasubnya terhadap kecantikan. Bakal pengantin jangan nak cepat cantik dan ambil jalan mudah, beli produk kana ada ilmu ya.
———————————————————————————–
Bersyukur la bila ada orang remind, orang upkan tentang bahaya produk kilo, jamu ketat sana sini, ubat ketat melekat poenn and suppliment over claim ni. Tak kisah la cara dia remind tu kasar ke or dia sendiri tak berapa nak betul tapi ambil part yang betul tu, terima and hadam. Jangan ambil part yang negative. Senang cerita selagi tak kena selagi tu orang tak akan percaya dan terus jual atau pakai. Saya salah seorang yang degil dulu. Saya jual produk timbang kilo dan saya suka makan suppliment putih kulit, kurus dan macam2 lagi tapi bukan dalam satu masa. Saya guna segala bagai jamu mak nenek , gel itu ini masuk lubang sana sini konon nak ketat kemut la.
Akibatnya??kulit dari normal jadi super sensitive sebab pakai produk timbang kilo, kulit jadi nipis, pedih yang ada kelulusan katanya. Makan tahun nak elok balik tapi still effect nya sampai sekarang terasa. 😑
Bacaan darah dan hati terlampau tinggi,ni yang nak nangis!!alhamdulillah lepas operate je bacaan hati dan ok, syukur. Disebabkan effect long term suka makan suppliment, yea semua suppliment tu ada kelulusan katanya yea, siap boleh keluar tv sana sini, taja sana sini. Wawa ni dah keluar masuk hospital sebab masalah hati ni since diploma tahun 2009 lagi sebab masa tu dah consume macam-macam suppliment tapi yealah kesedaran tak ada lagi dan terus kan makan lagi dan lagi dan lagi. Start awal tahun ni 2018 makin teruk sampai tahap tak boleh bangun, tak blh bernafas, sakit terlampau sakit rasa nak hilang nyawa, jadi pergi la check, and doc kata dah teruk. Tapi hempedu kena buang, tak berfungsi, tak boleh diselamatkan dah hempedu tu plus ada batu, jadi buang terus. Now dah sihat.
Gel, jamu kemut2, ketat itu ini, effect nya?kena jangkitan kuman dekat poeennn, tobat tak pakai dah.
Saya pernah bodoh dan dah dapat pun effectnya , lepas dapat effect macam biasa la baru reti nak cerdik sikit. Jadi maybe anda nak tunggu hilang organ2 or muka jadi mak lampir baru nak sedar la kot kan. Tak pe saya faham sebab saya juga pernah “bodoh” macam ni dulu.
Boleh nak sokong produk orang kita tapi sokong la yang betul-betul ada kelulusan dan berkualiti, contoh nya Simply siti, Annona,dermags dan byk lagi produk2 yang berkualiti. Anda sedar atau tak dengan membeli produk yang tidak berkualiti anda bukan bantu menyokong “orang kita” tapi anda membantu membinasakan diri sendiri serta orang lain. Dalam masa yang sama anda sokong “founder puaka” ni terus menyebarkan keburukan pada orang lain. Anda rasa perkara itu bagus?fikir kan .
Semoga perkongsian saya membuka mata anda supaya tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan perkataan “nak bantu” masalah anda. No mereka hanya nak kenyang perut mereka sendiri dan tidak sedikit pun mereka peduli kalau anda sakit, founder sampah ni juga tak akan bantu anda bayar bil hospital effect dari produk sampah mereka. Saya tak mention produk sebab saya tak mahu burukan sesiapa, cukup sekadar memberi kesedaran kepada anda . Saya share bukan sebab nak memperbodohkan sesiapa tapi nak elakan anda dari diperbodohkan oleh “Mereka”.
Btw, bil hospital utk buang hempedu tu total RM 17 ribu, yes insurans yang bayar, bukan founder sampah yang bayar. Tak payah la sibuk kejar reward RM21K tu sampai lupa nak simpan duit utk berubat kemudian hari nanti. Boleh je nak pergi hos gov tp kena tunggu giliran la and tahan la sakit tu.
Ambil yang positive!!
psstt: Tu gambar hempedu wawa yang dah dibuang, bawah tu gambar asid dalam perut sbb mula-mula ingat gastrik tp bukan, seksa tau kena masuk camera dalam perut!!
Pada yang tak setuju and nak kecam saya tu tak apa sebab saya faham, pandangan kita pernah sama bahawa lain kulit lain penerimaan, lain badan lain penerimaan tapi ianya jadi berbeza selepas saya dapat effectnya 😊
Edit post: Sambungan part 2.
Since ramai tanya tanda-tanda sakit tu macam mana. Kenapa boleh jadi semua. Terkejut ramai yang share, niat nak bagi kesedaran supaya tak ada lagi yang ulang kesilapan saya tapi kena kutuk balik. Sebab tu malas bagitau produk apa yang wawa consume sebab nanti lagi ramai mak cik bawang cakap macam-macam.
Untuk pengetahuan semua saya suka consume suppliment jamu, collagen and macam-macam lagi since 2009, masa tu saya baru 18 tahun!!budak lagi dan tak tahu apa-apa. Ada orang kata dah bagitau byk kali pun otak letak dekat mana, macam2 kutuk saya. Saya just nak bagitau masa 2009 tu tak ada pun squad pengguna bijak cerdik, masa tu tak ramai yang share keburukkan thru media sosial ni. Bila dah start ada orang yang share tentang keburukkan produk ni dalam tahun2 lepas slowly saya stop, tp masih ambil collagen and jamu2 ni, produk kilo memang stop terus. Masa tu hati saya mmg dah start ada masalah, tak silap masa 2010-2011 mmg dah start keluar masuk hospital tapi tak tau punca apa jadi teruskan consume. Then dalam 2 tahun lepas masa dah ada anak, ramai dah doc dan aktivis yang share semua keburukkan ni. Saya stop terus suppliment putih2 ni semua. Allah nak tunjuk, lepas stop semua tu saya start sakit teruk, teruk sgt sampai setiap kali serangan sakit tu sampai saya terduduk rasa putus nyawa. Paling teruk saya disahkan preggy anak nombor 2 dan serangan tu bertambah teruk. Saya ingat alahan preggy, blh dikatakan setiap bulan saya kena serangan mcm gastrik, tulang belakang macam kena rentap, muntah-muntah, tercirit merata-rata, ada sampai satu tahap sampai berguling sebab terlampau sakit!! mati-mati ingat alahan preggy tapi lepas anak wawa lahir sakit tu datang lagi. Wawa pergi check merata, doc kata gastrik. Satu hari tu dah tak tahan sangat sebab terlampau seksa, sakit makin teruk. Wawa tercirit dan muntah merata-rata, tak boleh tahan, boleh dikatakan 1 bulan 2 3 kali kena serangan ni.
Last pergi klinik ni dia kata ni bukan sakit biasa, dia tulis surat untuk refer pakar. Bila jumpa pakar wawa warded, ambil darah, scan, buat scope untuk check gastrik,buat MRI semua end up yes bacaan darah tak cantik, hati pun sama, hempedu ada batu. Doc tanya awak ada ambil suppliment and dengan malunya saya akui mmg silap sendiri. Doc kata kena buang hempedu. Saya dengan sedihnya redha. Alhamdulillah sekarang dah tak sakit lagi, dah sihat. Allah beri peluang kedua. Now saya tak ambil lagi suppliment2 ni, dah stop lama pun. Saya tegaskan saya dah stop semua tu dan saya bertambah sakit since saya stop consume produk2 tersebut.
Sekali lagi saya tak pernah kata pun semua produk “orang kita” sampah. Baca elok2, fahamkan. Bukan tak nak share produk apa yang sampah tu tapi saya tak ada masa nak layan kerenah founder sampah yang suka sgt nak saman orang atas kesalahan sendiri yang jual produk sampah. Maaf yang minta share produk tu or pm private, bkn saya tak nak share tp lbh baik saya elak dari saya kena fitnah. Bukan tak kuat nak hadap pencinta produk sampah kecam tp saya takut saya terbalas dgn kasar, ending sama2 berdosa. Biar la saya share sekadar memberi peringatan. Utk mengetahui senarai produk yang bahaya boleh tengok di laman web NPRA,Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling selamat tanya la doc sebelum consume mana2 produk. kalau tiada keperluan tak perlu la consume produk2 tersebut, itu lebih baik. Amalkan gaya hidup sihat itu kalau anda nak sihat. Saya tak suka cari gaduh dengan siapa2 dan jaga la bahasa anda kalau nak komen di wall saya. Petua pelik2 minum air 10 gelen ke nak consume mana2 produk saya rasa tak perlu kot. Nak share info saya amat mengalu-alukan tapi please info tu biar la dengan fakta yang betul supaya tak membahayakan kesihatan dan nyawa orang lain. Wall saya bukan tempat untuk anda membawang.
Terima kasih, sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya. Kalau ada yang salah maafkan saya.
SUMBER : Perkongsian di Facebook Najwa Zaidi