Setiap pasangan sudah berkahwin mahukan zuriat, bagi mereka yang tiada pengalaman awal kehamilan pasti akan rasa ragu-ragu serta malu untuk membeli alat pengesan kehamilan di farmasi.

Sebenarnya ada beberapa cara dan tips yang boleh dicuba untuk membuat ujian kehamilan tanpa perlu ke farmasi dan juga test pack.

Anda boleh melakukan sendiri sahaja di rumah. Selain tanda-tanda seperti sering mual, tidak datang bulan dan pertambahan berat badan, ada cara lain untuk mengetahuinya.

IKLAN

1. Ubat gigi

Foto: buatapayangdisuka.blogspot.com

Dikatakan ia merupakan cara terbaik untuk menguji kehamilan di rumah. Ambil beberapa titis urin anda campurkan dengan ubat gigi.

Biarkan selama beberapa minit. Jika ubat gigi berubah menjadi biru atau berbuih, maka kemungkinan anda hamil adalah positif.

IKLAN

2. Pemutih pakaian

Foto: bacaterus.com

Cecair pemutih pakaian juga boleh digunakan. Ambil sampel urin anda dan masukkan ke dalam cecair pemutih baju. Jika campuran itu berbuih, kemungkinan anda bakal menjadi ibu!

3. Gula

Foto: segifresh2u.com

Alternatif lain ialah menggunakan gula. Tadah urin dalam bekas dan tambahkan 2 hingga 3 sudu gula ke dalamnya. Jika gula itu tidak dapat larut, maka anda kemungkinan tinggi sedang hamil.

IKLAN

Jika anda masih rasa ragu-ragu akan keputusannya, anda boleh terus pergi ke klinik bagi mengesahkannya. Perkara biasa jika pasangan yang baru berkahwin merasa ragu-ragu, jika alami tanda-tanda seperti mual, pening kepala, haid datang lambat, sebaiknya berjumpa doktor dan mereka akan mengesahkannya.

Sumber dari Bm.cari.com.my