Dalam rumah tangga, suami isteri mesti sama-sama memainkan peranan masing-masing kerana masing-masing saling memerlukan. Baik suami mahupun isteri, masing-masing punya kelemahan.
Jika kita hanya mencari kesempurnaan, kita akan mula nampak atau ternampak kekurangan masing-masing. Mulalah nampak perkara-perkara kecil yang menjadi kekurangan seperti sikap malas membantu membuat kerja rumah, suka melawan, suka mengungkit dan sebagainya yang negatif tentang pasangan kita.
Bagaimanapun jika kita fokus pada perkara yang besar dan lebih penting, yakni tentang hala tuju keluarga, maka perkara-perkara kecil itu tidak menjejaskan apa-apa pun dari segi hubungan dan perasaan. Tetapi, kalau kita sibuk dengan perkara yang kecil-kecil dan remeh-temeh, akhir perkara itu menjadi besar dan mendatangkan kesan yang besar.
Istilah ‘Isteri Cerminan Suami’ seakan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Bagaimana seorang melayan isteri maka begitulah yang akan dilakukan oleh si isteri. Pendek kata sikap isteri sangat bergantung pada sikap seorang suami.
Namun ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan ungkapan ini termasuklah Cikgu Mohd Fadli Salleh
Cukup terkenal menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem pendidikan negara, pendidik ini juga gemar melontarkan pendapatnya berkaitan isu-isu semasa.
Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Aiman Tino telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syarah Haifa. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat disatukan dalam sebuah majlis akad nikah, semalam.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di The Astana, Bamboo Hills, Segambut, Kuala Lumpur tersebut disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd. Azri Ahmad Kamil Al-Hafis.
Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM5,000 dan seutas gelang emas kepada pengantin perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan dan pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran.
Majlis resepsi penyanyi berusia 25 tahun ini bersama pasangannya akan diadakan di Shah Alam, Selangor. Dijangkakan tetamu jemputan seramai 750 orang membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei ini.
Berikut dikongsikan serba sedikit latar belakang Syarah Haifa:
1. Nama sebenar: Che Syarah Haifa Che Isa
2. Nama komersial: Syarah Haifa
3. Umur: 25 tahun
4. Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Filem Dan Televisyen Dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
5. Merupakan rakan kongsi perniagaan Aiman Tino.
6. Perniagaan biskut yang diusahakan bersama-sama dengan Aiman membuahkan rasa cinta antara keduanya.
7. Aiman Tino dan Syarah Haifa dipertemukan oleh seorang rakan. Aiman Tino mempunyai ramai rakan di ASWARA.
8. Pada mulanya Aiman menjadi ‘pengikut’ di Instagram Syarah Haifa. Pada tahun 2020 mereka memulakan perniagaan bersama. Hubungan mereka menjadi serius pada 2022.
Akhirnya ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani iaitu Suliza Salam kembali bergelar isteri bersama pilihan hati, Ismail A. Samad.
Suliza Salam yang juga merupakan seorang penyanyi era 80-an itu kembali bergelar isteri selepas dua tahun bergelar ibu tunggal.
Suliza Salam Kembali Bergelar Isteri
Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan artis menerusi satu hantaran di Instagram. Majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
Untuk rekod, Suliza bernikah dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.
Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada banyak fungsi wooden storage bench dalam hiasan rumah, bukan sekadar tempat duduk tetapi boleh juga diletakkan barang yang anda rasa sesuai.
Adanya bangku jenis ini, bukan sahaja menjadikan masalah storage dapat diatasi malah secara tidak langsung menaikkan seri rumah.
Pilih Wooden Storage Bench Sebagai Hiasan Dalam Rumah
Tidak perlu beli di kedai perabot, anda boleh lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini.
Cerita suami isteri ini, “Kami bermula dengan projek DIY kecil kecilan di kuaters guru. Masih banyak lagi ilmu bidang pertukangan yang boleh dipelajari.”
Melihat hasil DIY yang kemas dan cantik, membuatkan ramai yang teruja untuk turut memiliki ruang penyimpanan seperti ini.
Apatah lagi kos untuk menyiapkannya tidaklah mahal, difahamkan kos kayu yang digunakan hanya RM 400 sahaja.
Menyempurnakan lagi rekaan storage bench turut digunakan kayu jenis rubber wood sebagai kemasan top.
Jadi, kalau anda suka ruangan seperti ini, boleh lah tiru dan cuba letakkan di tempat yang sesuai.