Pantang tengok perempuan dahi licin!”
“Lelaki semua sama!”
“Lelaki memang macam tu. Jantan tak guna!”

Dan pelbagai lagi kata-kata yang biasa terpacul daripada mulut perempuan apabila mendapat tahu pasangannya curang. Persoalan agung yang biasa berlegar di pemikiran wanita (mahupun lelaki) adalah mengapa mereka sanggup berlaku sebegitu? Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Lelaki ini kongsi sebenarnya curang itu adalah perbuatan yang sia-sia.

 

“Curang adalah perbuatan orang tak beriman…”

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Al-Tahrim : 6

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”

Melalui perintah Allah s.w.t di dlm ayat diatas, Allah menyuruh kita memelihara diri kita sendiri serta ahli keluarga dari api neraka…

Bagaimana?

IKLAN

Dgn melakukan kebaikan, dgn menjauhi maksiat, kejahatan dan kemungkaran…ikut apa yg Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang…

Simple n straight to the point…

Mudah ja apa yg Allah suruh kita buat…

Berlaku curang itu adalah sebahagian drpd sifat yg buruk…ianya satu kejahatan kerana bila anda curang, maka anda telah mengkhianati kepercayaan org lain, anda dah berdusta dgn pasangan anda…

IKLAN

Kebiasaannya utk org yg curang ini, perbuatan pertamanya akan bermula dgn berbohong…dia berbohong utk menyembunyikan apa yg dibuatnya di belakang pasangannya…

Bohong, menipu bukan sifat org yg beriman kerana org beriman sesekali takkan berdusta atau menipu atau berbicara palsu utk apa yg dilakukannya…jadi sifat ini sifat org jenis apa…

Munafik…

Tidak ada dlm kamus org beriman, istilah curang…

IKLAN

Kenapa dia curang?

Lemahnya iman, kurang rasa takut kpd Allah s.w.t, tiada kesungguhan dlm sesuatu perhubungan, kurang mensyukuri nikmat yg Allah telah berikan dan kecintaan kpd perkara2 duniawi…

Bagaimana utk menghadapi kecurangan?

Tiada senjata yg lebih berkuasa melainkan berdoa kpd Allah s.w.t…doa inilah yg akan menjadi kekuatan dan perisai utk menghadapi sebuah kecurangan kerana org yg curang, hidupnya takkan tenang, hatinya takkan tenteram bila doa org yg dicuranginya sampai kpd Allah s.w.t…

Dia akan menerima balasan diatas kecurangan yg dia lakukan… ✌️

Kredit Penulisan : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI