Dah Jumpa Jodoh Tapi Masih Ragu-Ragu? Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

Share

Sebagai seorang manusia kita juga mempunyai niat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Bagi pasangan yang sedang menjalani proses pengenalan antara satu sama lain khususnya wanita yang sering diselebungi rasa ragu-ragu kerana memikirkan adakah dia yang terbaik untuk anda.

Mungkin anda boleh melakukan 5 perkara ini yang boleh memberi bayangan adakah dia sesuai untuk anda sebelum ke langkah seterusnya.

1. Melakukan Istikharah

Mungkin pelbagai lagi soalan yang akan bermain di fikiran anda yang anda sendiri tidak mampu menemui jawapannya. Disebabkan itulah ada orang mengatakan, perkahwinan itu satu pertaruhan. Sebab itu anda di galakkan untuk membuat solat istikharah kerana hanya Allah S.W.T yang ada jawapannya.

2. Lakukan Proses Takruf Dengan Bijak

Jika seseorang ingin mengenali anda, sepatutnya mereka perlu meminta izin dan bertemu dengan keluarga. Jika tidak maka jelaslah seseorang itu masih belum serius mahu mengambil anda sebagai pasangan hidup untuk ke peringkat yang seterusnya.

3. Jangan Terlalu Percaya Pada Harapan Atau Janji

Perkara yang sering terjadi adalah bila anda telah suka pada seseorang dan kadang-kadang lupa akan keburukan pasangan. Namun, anda dinasihatkan agar tidak terlalu percaya dengan ‘janji-janji manis’ oleh pasangan anda sehingga melupakan segala-galanya.

4. Mendekatkan Diri Kepada Allah

Gunakan masa perkenalan tersebut untuk mendekatkan diri lagi kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan segala keputusan yang dilakukan diberkati dan diberikan kemudahan oleh Allah. Selain itu, penting juga untuk berdoa bagi mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. supaya keputusan yang dilakukan terhindar dari kesilapan.

5. Sentiasa Memperbaharui Niat

Betulkan niat anda agar ianya sentiasa ikhlas dan diredhai oleh Allah. Namun, niat itu terletak pada hati anda sendiri di mana sifat hati itu boleh berbolak-balik. Sebab itu pasangan tidak digalakkan bertunang dalam tempoh masa yang lama.

IKLAN