Lagi lama berkahwin, kena lagi mesra. Dah ada pasangan halal, dah kenal hati budi masing-masing malah dah tahu apa yang boleh membahagiakan pasangan. Ingat tak bila kali terakhir anda berpegangan tangan dengan pasangan?
Kredit foto: Instagram @awalashaari
Kebanyakkan pasangan ‘tenggelam’ dalam cinta dan kasih sayang hanya pada lima tahun pertama. Sedangkan ketika itu, kita baharu hendak mula mengenali pasangan masing-masing. Tak sama tau kenal masa zaman bercinta dengan kenal bila dah tidur sebantal.
Bagi pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, 10 tahun usia perkahwinan diraikan dengan kemeriahan walaupun hanya bersama keluarga kecil mereka.
Ads
Kredit foto: Instagram @schaalyahya
“Bila dah kahwin 10 tahun, kita lebih mengenali pasangan. Untuk buat majlis persandingan kali kedua tu, mungkin belum lagi buat masa sekarang kerana bila ada anak-anak, Scha tak menang tangan!
Alhamdulillah baru-baru ni Scha dan Awal menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10. Orang kata bila dah 10 tahun ni kita lebih mengenali pasangan dan kami sendiri ada juga caranya untuk mengekalkan kasih sayang di antara satu sama lain.”
Ads
Kredit foto: Instagram @schaalyahya
Tip Kekalkan Kasih Sayang Dengan Pasangan Dari Scha
Selalulah berpegangan tangan dengan pasangan. Bawalah kembali saat-saat bercinta tu dalam rumahtangga.
Ads
2. Kami selalunya akan ambil kesempatan untuk bercuti. Percutian kami biasanya ada dua versi, iaitu pertama bercuti bersama keluarga dan kedua bercuti berdua-duaan. Dari situlah kita boleh luangkan masa bersama pasangan.
Kredit foto: Instagram @schaalyahya
Lain orang, lain cara untuk menunjukkan apresiasi kasih-sayang. Ada bajet lebih, buatlah lebih. Jika tidak, cukup sekadarnya sesuatu yang membahagiakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jerawat boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh termasuk di bahagian punggung. Jerawat belakang tidak akan membahayakan kesihatan anda, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.
Bagi bakal mempelai, anda jangan hanya memberikan perhatian pada penjagaan di bahagian wajah sahaja. Bahagian punggung juga perlu diberikan perhatian. Jerawat di bahagian punggung tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat kerana ia boleh melarat dan menjadi bertambah teruk.
* Mempunyai sejarah jerawat di bahagian punggung dalam keluarga.
* Perubahan hormon.
* Geseran antara kulit dan pakaian, peralatan sukan, atau beg yang menyebabkan jerawat kembali dan menyebabkan keradangan.
* Rambut kotor atau berminyak yang menyumbat pori-pori di bahagian belakang tubuh termasuklah di bahagian punggung.
* Pengambilan ubat-ubatan tertentu yang mencetuskan jerawat atau menyebabkannya alahan seperti kortikosteroid.
* Penggunaan cadar, tuala atau pakaian yang kotor. Ia boleh memerangkap peluh di bahagian belakang tubuh sehingga menyebabkan pori-pori tersumbat.
* Penggunaan produk penjagaan kulit yang menyumbat pori-pori di belakang termasuk losyen dan krim.
* Hiperhidrosis atau keadaan yang menyebabkan penghidap berpeluh berlebihan.
Apabila punca jerawat dibahagian punggung tidak dirawat dengan baik, jerawat akan menjadi lebih teruk dan akan berasa sakit apabila kulit tersentuh pada pakaian.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan jerawat di bahagian punggung:
* Mengelakkan pendedahan matahari secara langsung dalam tempoh yang lama supaya jerawat tidak bertukar warna menjadi gelap.
* Mengelakkan tabiat memicit jerawat supaya tidak menjadi lebih teruk dan meninggalkan parut.
* Menjaga kebersihan tubuh dengan cara mandi lebih kerap terutama selepas berpeluh.
* Menggunakan pakaian yang longgar supaya kulit mudah bernafas.
* Elakkan produk kecantikan yang akan menyumbat pori-pori dan tidak mengandungi minyak.
* Pastikan tuala, cadar dan pakaian sentiasa bersih dengan menukarnya secara berkala.
Cara menghilangkan jerawat di bahagian punggung sebenarnya tidak susah kerana kuncinya adalah dengan menjaga kebersihan.
Bagaimanapun jika jerawat di bahagian punggung tidak juga hilang, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat atau krim bagi merawat masalah jerawat yang ‘membiak’ di bahagian punggung.
Ada pasangan suami isteri pilih bercerai secara baik apabila sedar perasaan cinta tak lagi wujud dalam rumahtangga.
Pelik, ingat disebabkan orang ketiga atau masalah kewangan, tetapi rupanya cuma disebabkan tiada lagi perasaan sebagai suami isteri yang saling mencintai dan yang tinggal hanya perasaan sebagai kawan.
Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, tak ada gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.
Siap kadang bila masuk satu famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce.
Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya memang tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul.
Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri dan seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni?
Dan suami jawab, ya saya sanggup. Saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.
Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah 3 anak sebanyak RM500 sahaja. Hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je untuk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.
Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas dan saling bertolak ansur.
Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”
Jawapannya…
“Tiada persefahaman” “Tak sehaluan”
Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, tak ada masalah, kenapa nak bercerai?
Tak semua yang kita lihat di mata kasar adalah apa yang sebenarnya berlaku.
Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.
Ada seorang suami tu, katanya, dia dan isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.
Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri macam jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.
Tak ada istilah rindu dah. Jumpa, jumpa lah. Tak jumpa pun tak apa. Ada hal penting, wassup je.
Risau? Pandailah si dia jaga diri.
Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.
Jawapannya, entahlah. Tak ada rasa apa-apa pun.
Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri. Senang cakap, suami atau isteri tu ada dengan tak ada, sama je. Tak ada beza.
Kenapa perkara ini terjadi?
Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain.
Yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak, dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.
Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak. Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.
1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun. Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.
Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.
Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka dan duka. Teman susah dan senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai dan menghargai. Jika semua tu dah tak ada, apa guna lagi sesuatu hubungan.
Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap, sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.
Semoga perkongsian ini membuka mata dan hati pasangan suami isteri di luar sana. Jaga dan hargailah selagi masih ada cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah seharian berpuasa, tentunya kita inginkan minuman yang dapat menghilangkan dahaga. Air Soda Laici antara minuman yang cukup menyegarkan. Terasa segar ditekak bila dapat minum terutama ketika cuaca panas.
Jika anda bukan jenis orang yang ‘tabah’ beratur panjang di bazar Ramadan untuk membeli Air Soda Laici, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Nak buat pun tak susah. Hanya dengan beberapa langkah mudah, korang dan boleh nikmati minuman yang ‘super sedap.’
Berikut resipi Air Soda Laici seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda
1 tin laici
2 batang serai diketuk
1/2 biji lemon hiris bulat
Asam boi
Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1. Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2. Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...