Mula-mula kahwin, perasaan cinta dan sayang sangat hangat lagi. Tapi bila dah masuk tahun ke-10 misalnya, kasih sayang tu makin menipis. Tak semestinya awal-awal kahwin je boleh pergi berbulan madu. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin lebih digalakkan untuk top-up kasih sayang.
Kredit foto: Facebook Mona Din
Cuba ingat balik, bila kali terakhir anda dan pasangan keluar berdua? Mesti dah lama kan? Seperti tip yang dikongsikan Puan Mona Din, sungguhpun sudah berkahwin lebih 30 tahun, dia dan suami pasti akan merancang percutian berdua setiap kali hari ulangtahun perkahwinan. Tak kisah sama ada di dalam atau luar negara, kesempatan masa untuk berdua dengan pasangan wajib ada!
Kredit foto: Facebook Mona Din
Alhamdulillah, asbab sejak kahwin 30 tahun yang dulu, saya dan Mr Hubby telah merancang setiap tahun masa wedding anniversary kami wajib pergi bercuti berdua. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Dan Alhamdulillah, semua impian tersebut betul-betul dapat dilaksanakan. Maka sukalah saya nak share tips how to make a memorable honeymoon, untuk panduan semua.”
Perancangan enam bulan sebelum ulangtahun perkahwinan
Kenal pasti bajet anda. Kalau ada duit lebih, boleh melancong ke luar negara. Kalau bajet kecil, cukuplah bercuti dalam Malaysia sahaja.
Honeymoon berdua
Belajarlah tinggalkan anak-anak untuk seketika. Sekurang-kurangnya satu malam. Kalau anda terpaksa bayar orang untuk jaga, bayarlah.
Pilihan hotel
Pilih hotel yang kecil comel. Ada privasi untuk anda dan pasangan. Elakkan hotel yang ramai dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Hardrock Hotel. Semak untuk honeymoon kalau suasana terlebih meriah. Hilang nikmat syahdu suasana tenang.
Ads
Kalau boleh cari Boutique Hotel yang agak sunyi dan privasi. Dan mesti ada bath tub di dalam bilik.
Lokasi honeymoon terbaik
The best place untuk honeymoon adalah sama ada di tepi laut atau di pinggir tasik. Boleh je memilih di atas bukit yang bercuaca sejuk.
Maklumkan pada hotel
Semasa anda booking hotel, maklumkan pada mereka yang anda datang untuk honeymoon. Minta mereka sediakan sepotong kek bertulis happy anniversary, katil yang mempunyai sepasang angsa (dekorasi paling biasa disediakan semua hotel yang menerima tempahan honeymoon). Minta juga taburan kelopak ros di katil dan bath tub.
Ini semua wajib ada. Kalau mereka tak beri percuma, beritahu yang anda boleh bayar servis ini (tapi selalunya percuma!)
Honeymoon di luar negara
Ads
Kalau kita ke luar negara contohnya selama tiga malam, kalau boleh setiap malam tidur di hotel berbeza. Dan di setiap hotel, minta mereka sediakan perkara yang sama supaya kita akan dapat mood honeymoon yang berterusan sepanjang percutian.
Dengan cara ini, kita dapat rasa pengalaman yang berbeza di hotel yang berbeza. Best sangat tau!
Tempahan
Sebaik sahaja check-in, terus buat tempahan candle light dinner untuk malam itu. Minta pihak hotel tunjukkan atau cadangkan beberapa lokasi romantis yang terbaik di hotel kemudian buat pilihan.
Mintalah menu, pilih dan temoah siap-siap makanan yang diingini. Beritahu mereka, tepat jam lapan malam, kita akan turun. Bersiaplah cantik-cantik, mungkin suami isteri boleh pakai pakaian putih, enjoy makan malam romantik. Candle light dinner!
Sarapan privasi
Ads
Malam itu, beritahu pihak hotel anda mahukan sarapan pagi yang privasi, tidak mahu bufet. Minta ala carte, sama ada dalam bilik (kalau bilik cantik), atau mana-mana tempat yang privasi seperti di bahagian terrace tepi kolam.
The best place to honeymoon, pada pendapat peribadi saya, adalah Indonesia! Negaranya sangat besar, sangat banyak places yang boleh kita pilih untuk pergi.
Selain itu, resort-resort eksklusif di sana, tersangat banyak! Kadang-kadang boutique hotel yang kecil pun dah sangat cantik, serta menyediakan layanan peribadi yang sangat eksklusif, tanpa kos yang mahal.
Begitu juga, lenggok melodi bahasanya seperti “Silakan ibu, silakan bapa..” sudah cukup untuk kita rasa seperti ayanan 5 bintang.
Mudah mendapat halal food.
Citarasa mereka sangat hampir dengan citarasa kita. Kerana itu, kita boleh enjoy masa-masa honeymoon dengan menikmati sajian-sajian yang terhidang cantik, dan lazat. Ini dapat menambah rasa bahagia kala berbulan madu.
Tukar tempat honeymoon
Saya dulu bermula dengan Medan, kemudian Padang, Bandung, Phuket, Bali, Jogja, Surabaya, kemudian Bali semula. Sepuluh tahun pertama, saya hanya bhoneymoon negara-negara jiran terdekat saja. Bila dah makin lama, jika ada rezeki lebih, baru bercuti semakin jauh, dan semakin lebih tempoh masa.
My favorite honeymoon places, Bali, Bandung & Jogja. Jangan menginap dalam bandar. Ambil hotel yang out circuit sikit, sebab hotel di sana sangat banyak. Semua best-best. Semua has its own aura & persona, tak pernah jemu pergi lagi dan lagi…
Itu antara pengalaman saya.
Semoga bermnafaat buat yang mahu mencubanya..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga tangan adalah pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan persekutuan.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan karektor mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
BUNGA ROS
Warna beige: Kesopanan
Warna putih: Kesucian
Warna merah: Cinta dan kebahagiaan
Warna merah jambu: Menarik
Warna jingga: Terpesona
Warna kuning: Persahabatan
BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri
BUNGA CARNATION: Keberanian
BUNGA ORCHID: Kecantikan
BUNGA TULIP: Cinta
BUNGA LILY: Keangungan
BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri
BUNGA PEONY: Aura positif
BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan
BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan
BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis kali pertama untuk seumur hidup, siapa yang tak berdebar kan? Inilah majlis yang kita asyik fikirkan dan bayangkan unutk menjadi sesempurna yang boleh. Majlis kahwin ni tak boleh nak buat hentam keromo je kerana ia melibatkan banyak pihak.
Persediaan kahwin ni bukan sekadar pergi spa buat rawatan, sediakan tubuh untuk kecantikan atau pilih baju kahwin dan fitting semata-mata. Ia lebih dari itu. Nasihat dari CSM Cahaya Sakinah ni walaupun tahun 2018 tetapi masih lagi relevan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri.
Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
Sunway Lagoon
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan. Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!
Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
Waterworld @ I-City
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
Wet World Water Parks Shah Alam
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!