Sebelum anda dan bekas kekasih bertau semula selepas sekian lama berpisah, adalah sangat mustahak untuk anda kenl pasti motif mereka. Ramai bekas kekasih cuba untuk masuk semula dalam kehidupan anda dengan harapan mereka akan dapat peluang kedua. Tetapi sejauh mana yang anda boleh gerenti yang mereka sudah betul-betul berubah dan ikhlas untuk berbaik dengan anda semula?

Ada juga kes lain, bekas kekasih datang semula kerana mereka sudah benar-benar bermuhasabah diri untuk perbetulkan hubunga dirinya dengan anda. Boleh jadi hubungan itu nanti akan berjaya jika diperbaiki dengan cara betul.

Dah Putus Baru Nak Cari,  Kami Bukan Perempuan Biasa-Biasa Ok!

1 Jujur Dengan Diri Sendiri

Bila bekas kekasih muncul semula, anda yang bertanggungjawab untuk buat keputusan hubungan jenis apakah yang anda mahu jalinkan bersama bekas kekasih anda tu.

Sebab itu penting untuk anda ketahuan kemahuan hati dan berlaku jujur dengan diri terlebih dahulu. Fikir masak-masak sama ada anda mahu kembali kepadanya atau meneruskan kehidupan baru tanpa bekas kekasih.

Jangan fikirkan tentang orang lain, tak perlu rasa kesian dengan bekas kekasih atau rasa bersalah terhadapnya. Apa yang penting adalah kemahuan anda. Setelah anda ditinggalkan dan disakiti, adakah berbaloi untuk anda menerimanya kembali? Jika benar dia sudah SUDAH BERUBAH, teruskanlah jika hati anda masih mahukannya.

IKLAN

Tetapi jika anda menerimanya kembali kerana dia kata DIA MAHU BERUBAH dan anda mengasihaninya. Sila lupakan!

See… “SUDAH BERUBAH” dengan “MAHU BERUBAH” adalah dua perkara yang berbeza. Fikir sebaiknya okay?

Dah Putus Baru Nak Cari,  Kami Bukan Perempuan Biasa-Biasa Ok!

IKLAN

2 Buat ‘Bodoh’… Buat ‘Pekak’ 

Setiap orang mempunyai sisi ego. Inilah masa terbaik untuk anda jadi ego. Bunyi seperti kasar kan? Tapi untuk mengelakkan anda rasa bersalah, block sahaja nombor telefonnya dan block juga daripada akaun media sosial. Tutup segala jalan yang emmbolehkan dia mencari anda semula. Kali ini, jangan kasi peluang langsung. Buat apa terima dia jika dia sekadar mahukan peluang kedua tetapi tidak bersungguh-sungguh menyesal?

Anggaplah perpisahan anda berdua mempunyai hikmah yang tersendiri. Jika hati anda kuat mengatakan dia bukanlah orangnya. Jangan lagi tunggudan berasa was-was. Kata hati selalunya benar belaka.

Fokus pada masa hadapan dan suatu hari nanti, anda akan bertemu dengan orang yang sebenar-benarnya. Percayalah pada takdir yang tuhan telah tentukan untuk kita. Sesungguhnya ketentuan tuhan adalah yang terbaik untuk diri.

IKLAN

3 Dengar Dahulu Apa Yang Mereka Mahu Katakan

Antara pilihan lain yang anda ada sekiranya anda melihat gerak-geri dia sudah benar-benar menyesal akan kesilapannya terhadap anda selama ini, adalah wajar untuk memberinya peluang duduk dan berbincang.

Dengar dahulu apa yang perlu dikatanya kerana kesilapan yang dilakukan mungkin bukanlah kehendak dirinya tetapi telah dipengaruhi emosi yang sedang marah atau tertekan waktu itu sehingga dia pergi meninggalkan anda.

Biarkan dia luahkan segalanya dan setelah itu barulah anda membuat keputusan sama ada untuk menerimanya kembali atau memaafkannya tetapi membawa haluan masing-masing.

Namun, jika anda masih keliru, anda boleh cuba berbaik semula dengannya sebagai kawan. Bina semula hubungan itu berdikit-dikit dan jika suatu hari anda lihat dia sudah berubah dan ikhlas untuk mencintai anda. Teruskanlah 🙂

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI