Mencari pasangan hidup bukan mudah. Berusaha untuk menjadikan seseorang sebagai pasangan ke akhir hayat ada ciri-ciri tertentu. Buat seorang wanita, inilah antara ciri-ciri suami yang menjadi dambaan untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.

 

Ciri-Ciri Suami Mithali

Dahlah ‘Elok’, Soleh Pula. Siapa Tak Nak Approve Jadi Menantu!
PPN_20190101_6_94TO95_IMG_6289

1) Seorang yang soleh

• Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada.

• Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik.

• Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya.

• Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa.

2) Berwajah manis

• Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri.

• Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir :

i. Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri.

ii. Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu. iii. Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah.

3) Panggilan mesra

• Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna.

i. Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik.

ii. Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut.

IKLAN

iii. Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut.

iv. Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai.

v. Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya.

4) Tolong-menolong

• Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga.

• Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain.

• Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat.

• Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian.

Dahlah ‘Elok’, Soleh Pula. Siapa Tak Nak Approve Jadi Menantu!

5) Bersuka ria

• Bergurau senda dan bersuka ria menurut Rasullah merupakan tiang kebahagian dalam membangunkan sebuah tuntutan rumahtangga.

IKLAN

• Di antara perkara-perkara yang harus diperhatikan:

i. Beristirehat di sebuah taman dapat menghilangkan penat dan jemu setelah melakukan pekerjaan seharian. Tetapi hendaklah dengan menghindari kebiasaan membuka aurat dan perilaku maksiat serta menghindarkan diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

ii. Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasullah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri.

iii. Mandi dalam satu bilik mandi sambil bergurau tidak dilarang oleh Islam kerana dapat menghidupkan rasa bahagia dalam kehidupan rumahtangga seperti saling bergantian dalam menyiramkan air ke atas tubuh dan saling menggosok badan dengan tangan.

iv. Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan oleh Islam. Hal tersebut harus dipegang teguh sehingga dalam bergurau tetap tidak menyimpang dari kebenaran serta mengandungi hikmah dan makna.

6) Bermusyawarah

• Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagian dalam mengharungi hidupn berumahtangga.

• Musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam baik dalam rumahtangga mahupun yang lain.

• Musyawarah merupakan sebahagian tuntutan Rasullah dalam pergaulan antara suami isteri dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan. • Bermusyawarah dapat mencipta ketenangan dan ketenteraman di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai terhadap suami.

• Musyawarah juga dapat mengabdikan hubungan cinta kasih antara suami isteri.

Dahlah ‘Elok’, Soleh Pula. Siapa Tak Nak Approve Jadi Menantu!
sekadar gambar hiasan

7) Memberikan nafkah

IKLAN

• Kewajipan yang paling penting bagi suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi isteri pula, pemberian nafkah adalah hak yang mesti harus diterima.

• Seorang suami harus memiliki sifat pemurah dalam hal member nafkah. Islam menjanjikan pahala yang besar kepada suami yang memberikan nafkah kerana ini dapat membangunkan kebahagian rumahtangga.

• Orang yang bertanggugjawab serta tidak bakhil dalam memberikan nafkah adalah lebih baik daripada orang yang bakhil lagi tidak bertanggungjawab.

• Seorang suami harus selalu berusaha memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada keluaraga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan oleh Islam.

• Suami yang member kelonggaran dalam hal nafkah, maka akan diberi kelapangan rezeki pula oleh Allah. Sebaliknya, bila dia bakhil, akan diberi kesempitan rezeki.

• Seorang suami yang memberikan nafkah secara baik kepda keluarganya akan mendapat hisab secara mudah.

• Seorang suami yang berupaya memenuhi kewajipannya dapat menambah rasa cinta kasih, melahirkan kebahagian, menegakkan ketaatan dan menabur kesetian kepada isteri.

• Seorang suami yang soleh akan menjauhi perangai syaitan dan menghindari penterbukaan.

• Seorang suami harus berbuat ekonomi tanpa harus bakhil dan murah hati tanpa harus terbuka.

• Semua ini dapat membahagiakan isteri agar mereka tidak merasa bosan dalam mencari nafkah dan dalam mencukupi keluaraga.

8) Menjaga rahsia

• Menjaga rahsia adalah sebahgian dari cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami isteri.

• Membuka rahsia keluarga terutamanya kenikmatan bersenggama kepada orang lain adalah hal yang sangat tidak terpuji.

• Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan sikap yang bijak serta rahsia tersebut benar-benar dijaga.

 

Kredit foto utama: Instagram Aeril Zafril

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI