Sejuk rasanya hati para suami bila isteri mencium tangan suami ketika suami hendak melangkah ke tempat kerja, kemudian mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman.

Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Dahsyatnya Doa Seorang Isteri Antara Kunci Kejayaan Seorang SuamiSelangkahnya suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad oleh Allah SWT. Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai isteri melayani dan mempersiapkan segala keperluannya.

Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim :“Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad”.

Dahsyatnya Doa Seorang Isteri Antara Kunci Kejayaan Seorang SuamiIsteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada disisi.

IKLAN

Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah kat suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. Wassalam.

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

Sumber : Rumah tangga bahagia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI