Kehadirannya dalam dunia seni tidak begitu disedari namun bakatnya mampu mencuri perhatian peminat dari pelbagai lapisan usia. Vokalnya yang merdu sentiasa menjadi halwa telinga orang ramai khususnya anak muda.

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ,25 tahun. Merupakan pelakon, penyanyi dan duta bagi sesetengah jenama. Manis menyusun kata, menjadi seorang salebriti, dirinya harus menjaga disiplin dan imej diri dengan baik, biarpun masih muda, Daiyan pandai membawa diri.

IMPIKAN PERKAHWINAN OUTDOOR

Melihat dirinya yang sentiasa tersenyum, saya mengusik tentang perkahwinan idaman Daiyan.

“Saya sukakan perkahwinan outdoor. Cukup dihadiri teman dan keluarga terdekat sahaja. Namun jika berpeluang untuk mengadakan majlis lain, sudah tentu Daiyan tidak melupakan peminat Daiyan.” Ujarnya lagi dengan mengimpikan perkahwinan di Santorini.

KAHWIN DI USIA MUDA

Berada di usia muda sudah tentu ada sesuatu pandangan yang boleh dikongsi bersama. Terutama berkaitan kahwin usia muda yang semakin hangat diperkatakan. Malahan ramai gadis seusianya sudah mendirikan bahtera rumah tangga.

IKLAN

“Bagi Daiyan kahwin muda tak salah janji tidak menyusahkan sesiapa terutama keluarga. Jangan semata-mata ikut trend atau kawan-kawan yang sudah berkahwin. Paling penting, financial kena kukuh. Fikir betul-betul sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Kita berkahwin bukan untuk setahun dua, tapi kita berkahwin untuk selamanya bersama pasangan kita.

Apabila ditanyakan tentang lelaki idaman, Daiyan menjawab, dia tidaklah memilih paras rupa. Baginya akhlak amat dititik beratkan.Pandai mengambil hati dan menghormati orang tua terutama ibu bapa Daiyan dan yang penting matang.

IKLAN

Mengimpikan berbulan madu di luar negara, bagi Daiyan bulan madu begitu penting untuk dihayati oleh kedua-dua pasangan selepas kahwin. Sebenarnya jika tidak di luar negara, dalam Malaysia pun tiada masalah. Apa yang penting dapat menikmati masa berdua dalam suasana romantis setelah bergelar suami isteri.

Bukan semua mempunyai pandangan yang sama, Daiyan juga menambah,dirinya tidak percaya tentang cinta pandang pertama dan apabila di soal apa komennya  bertemu jodoh dengan kawan baik atau artis, Daiyan lebih tenang tidak menjawab kerana dia tiada yang khusus tentang lelaki pilihannya. Apa yang penting, Daiyan akan tertarik dan jatuh cinta pada budi pekerti seseorang lelaki itu. Dia juga tidak menolak jika ibu bapa memilih pasangan hidupnya kerana dia kenal ibu bapanya.

IKLAN

“Mereka akan pilih tetapi akan memberi peluang pada Daiyan untuk membuat keputusan. Paling  penting Daiyan tidak mahu baru berkenal dan terus berkahwin lebih selesa dengan mengikat tali  pertunangan dulu bagi mengenali pasangan”

Dia juga menjawab reaksi jika dilamar di set pengambaran.

“Bagi Daiyan kalau betul dengan orang yang dicintai, apa salahnya.” Ujarnya sambal tersenyum manis.

Pemilik nama Daiyan Trisha ini juga tidak menolak jika menerima mana-mana tajaan untuk perkahwinannya. Baginya ia adalah satu rezeki. “Rezeki jangan di tolak”

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI