
Ummi selalu pesan;
“Cerita hal rumahtangga ini dengan Allah. Dia yang izinkan ujian ni, Dia juga ada jalan selesaikan. Jadi minta dengan Dia.”
Rumahtangga mana yang tidak diuji Tuhan. Mesti ada sahaja yang Tuhan beri, supaya kita suami isteri saling bergandingan selesaikan setiap liku ujian.
Maka, atas setiap ujian, suami isteri kena sama-sama berdoa dan merintih, minta Allah yang tolong selesaikan urusan rumahtangga kita.
Ummi pesan juga, “isteri kita ini manusia, dia ada hati. Kena ingat hati ini milik Allah. Kalau hari ini dia marahkan kita, kita cuba pujuk dia tak pedulikan, berdoalah.
Kita minta pada yang menjadikan hati isteri tu. Kita merayu pada pemilik sebenar hati tadi. Pada Allah. Usah rasa kita pandai selesaikan semua benda.”
Kawan-kawan yang dikasihi, nak fahamkan begini;
1. Tuhan kalau nak bolak balikkan hati, bila-bila Dia boleh buat. Sekarang isteri marahkan kita, kita minta Tuhan lembutkan hati dia dan terima maaf kita.
2. Buat sedikit tebus dosa kita, pergi sedekah atau pergi cuci tandas masjid contohnya. Sebagai tanda usaha kita ke arah kebaikan.
Lepas tu cubalah berbincang balik. InsyaAllah Tuhan akan mudahkan. Kan hati itu milik Dia.
3. Elakkan sekali-kali pergi bercerita masalah rumahtangga kita ke kawan-kawan berlainan jantina, yang tak ada kena mengena hubungan dengan kalian. Bahayanya besar.
Contohnya suami ada masalah terus keluar rumah, pergi cerita dekat kawan perempuan. Bukan selesaikan masalah, ini menambah beban.
Begitu juga isteri, jangan bawa cerita gaduh dengan suami ke bos lelaki dekat pejabat. Masuk mulut buaya namanya.
4. Atas setiap ujian rumahtangga, penghujungnya suami dan isteri semakin mengenali kekurangan diri. Bertambah pandai juga menerima setiap yang lemah.
5. Tuhan tak akan sia-siakan setiap perkara yang terjadi. Sekali pun sebuah kisah pergaduhan dalam rumahtangga. Mesti ada benda baik dihujungnya nanti.
Sumber : Firdaus Mokhtar
UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa Dimakbulkan

Pasangan selebriti terkenal yang baru bergelar suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi satu hantaran video berdurasi 7 minit di Instagram, Uqasha memaklumkan perkara tersebut ketika dia dan Kamal berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut mengambil peluang memohon maaf kepada orang ramai jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan selama ini.
Uqasha juga memaklumkan, mereka akan menunaikan solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir yang kini sedang menghadapi musibah. Rata-rata para pengikutnya menitipkan doa buat pasangan ini di ruangan komen agar dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang mabrur.
Istimewanya lagi, Uqasha dan Kamal juga memaklumkan mereka memilih Mekah sebagai lokasi pra bulan madu demi memperoleh keberkatan. Menurut Uqasha, sebelum ini dia pernah 2 kali ke Mekah menunaikan umrah iaitu pada bulan puasa. Antara doanya ialah mengenai jodoh. Atas rasa kesyukuran dan doanya telah dimakbulkan Allah SWT, Uqasha merasakan ibadah umrah kali ini cukup istimewa apabila dapat melakukan bersama suami tersayang.
“Saya ajak Kamal pergi buat umrah sebagai tanda syukur.”
Manakala Kamal ini adalah pengalaman kali pertamanya menjejakkan kaki ke Mekah. Menurutnya, Uqasha amat teruja untuk mengerjakan umrah bersamanya berkat doa yang dipanjatkan di tanah suci sebelum ini.
Tak ketinggalan, Kamal turut memuat naik video yang serupa di Instagramnya dengan kapsyen:
“Bismillahirahmanirrahim.. kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah ..maafkan kami semua.. salam takziah untuk semua mangsa2 banjir kami akan doakan Allah akhirkan benjana ni insyaallah.. salam semuaa.. terima kasih untuk ucapan kawin kami”
Terdahulu, selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan mereka sudah pun sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021. Majlis akad nikah diadakan secara tertutup dihadiri hanya 100 tetamu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.
Dengan 2 kali lafaz, Uqasha sah bergelar isteri kepada Kamal. Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.
Pada majlis bertemakan dalam taman, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.
Uqasha dan Kamal bertunang pada April 2021 dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 pada Disember tahun lalu. Bibit cinta antara mereka mula tercetus selepas digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.
Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Korang Suami Idaman Bila Ada Semua Ni, Isteri Pasti Jadi Insan Paling Terbahagia

Membina sebuah keluarga yang bahagia menjadi tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan. Sebuah keluarga diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang mengharungi lautan. Suami adalah nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut, sedangkan isteri adalah anak kapal yang membantu suami sehingga kapal tetap sejahtera.
Semak tip berikut sama ada korang miliki seorang suami yang mithali menurut Islam. Jika belum miliki ciri ini, masih belum terlambat untuk korang membaiki diri menjadi suami yang terpuji.

MEMBINA IMAN DAN TAKWA
Seorang suami yang baik menurut Islam ialah mereka yang selalu taat pada Allah. Imannya yang kuat pada sang Pencipta membuatnya tidak pernah lalai menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Bila suami selalu rajin beribadah, segala urusan peribadi mahupun urusan keluarganya akan dimudahkan oleh Allah.
MENJADI PEMIMPIN KELUARGA
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya bahawa suami adalah seorang nahkoda yang memimpin perjalanan mengharungi lautan agar sampai pada tujuan iaitu keluarga yang sakinah, mawadah, dan wa rahmah. Menurut Islam, kelak di akhirat nanti suami akan dimintai pertanggungjawabkan sebagai seorang pemimpin keluarga. Ia seharusnya boleh membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suami juga perlu boleh membuat keputusan-keputusan yang memerhatikan hak dan kewajipan setiap anggota keluarga.
MEMBERIKAN NAFKAH YANG HALAL
Seorang suami yang baik wajib memberi nafkah kepada keluarganya dengan cara-cara yang halal termasuk memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang layak. Pemberian nafkah perlu sesuai dengan keperluan, tidak berlebihan dan tidak kekurangan.

MEMULIAKAN ISTERI
Dengan memiliki akhlak mulia, suami akan selalu menjaga hubungan baik dengan orang lain mahupun dengan Allah. Memiliki akhlak mulia juga bererti menghindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang kotor. Suami yang berakhlak mulia akan selalu lembut dan baik kepada isterinya.
MENJAGA PENAMPILAN
Menjaga penampilan bererti tampil rapi, bersih dan wangi. Selain itu, seorang suami yang baik juga perlu berpakaian sesuai syariat Islam. Mengapa demikian? Ini kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bila suami tampil bersih dan berpakaian kemas, tentu akan memberikan kesempurnaan dalam keluarga. Seperti halnya suami yang menginginkan isteri tampil cantik, begitu pula isteri pun ingin agar suami dapat menjaga penampilannya.
MENJAGA AIB KELUARGA
Dalam kehidupan sehari-hari, jarang seseorang terjebak oleh keinginan memperkata kekurangan pasangannya. Seorang suami yang baik menurut Islam tidak boleh mengaibkan keluarga. Keluh kesah mengenai hal-hal buruk isteri justeru menjadi petanda kurang baik bagi keharmonian keluarga. Bukankah sejak awal ketika anda memintanya sebagai isteri, anda sudah siap menerimanya dengan segala kelebihan mahupun kekurangannya? Maka bila suatu kali anda tergoda untuk membicarakan kekurangan isteri, ingat lagi komitmen perkawinan anda.

SELALU MENEPATI JANJI
Karakter inilah yang perlu dimiliki oleh seorang suami Islam yang baik. Ia perlu sentiasa boleh memanfaatkan waktu dengan baik dan menepati janjinya kepada siapa pun. Dalam Islam, waktu amatlah berharga sehingga manusia perlu memanfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senggang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.
MEMBANTU ISTERI MELAKUKAN KERJA RUMAH
Masih banyak yang faham bahawa pekerjaan rumah tangga biarlah menjadi urusan isteri semata-mata. Padahal untuk menjaga keharmonian keluarga perlukan kerjasama yang baik antara suami dan isteri. Sebagai bentuk kepedulian anda terhadap isteri, bantulah dia mengerjakan kerjaan rumah ketika anda memiliki kesempatan. Dengan begitu, anda telah menjadi seorang suami yang baik di mata isteri.
MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN BAIK
Suami juga berperanan dalam mendidik anak-anak. Suami yang baik ialah yang boleh membuat anak-anaknya mencintai ilmu serta mengamalkannya bagi bangsa, negara dan agamanya. Mendidik keluarga dengan ajaran Islam dan mengajak mereka menjalankan perintah Allah akan menjaga mereka dari api neraka.
MELUANGKAN WAKTU UNTUK ISTERINYA
Tersenyumlah dan peluklah isteri anda sekerap mungkin. Ungkapkan rasa cinta dan terima kasih anda atas semua yang telah istri anda lakukan. Suami yang baik akan selalu meluangkan waktu untuk bersama dan mendengarkan apa yang menjadi permintaan isterinya.
Kredit foto (top image): Pexels
Mulut Suami Berbau, Isteri Tetap Setia, Walaupun Terpaksa Bertahan

Malas menggosok gigi terutama selepas makan dan sebelum tidur boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa. Ini termasuklah penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan strok, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta menyebabkan selulit pada wajah.
Dalam kehidupan berumah tangga, rata-rata lelaki (Suami) paling malas dalam perkara ini, mengambil mudah terutama jika anda seorang perokok. Bau rokok dan makanan kadang kala membuatkan isteri jadi tidak selesa. Ada kalanya mereka segan untuk memberitahu kebenaran, namun sebagai menjaga kebersihan dan kesihatan, buatlah demi diri sendiri.
Bakteria yang terkumpul di dalam mulut yang tidak dibersihkan akan masuk ke dalam salur darah dan melekat pada organ seperti jantung.
“Sekiranya seseorang itu ada masalah gusi atau gigi tidak dibersihkan, terdapat bakteria yang dikenali sebagai bakteria bergred rendah atau bakterimia yang berkumpul di situ.
“Apabila ia masuk ke dalam salur darah, seterusnya ke jantung di mana keadaan jantung yang memang sudah lemah akan memburukkan lagi keadaan.”
Bakteria yang melekat kepada jantung akan membentuk koloni di kawasan berkenaan, membiak dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung dan mengancam nyawa seseorang.
Merebak dalam organ badan
Bakteria ini juga akan mengikut aliran darah dan berhenti pada organ lain seperti buah pinggang dan paru-paru.
Memberus gigi saja tidak mencukupi dan menjamin keseluruhan kawasan di dalam mulut bersih.
“Bagi mendapatkan mulut yang sihat dan bersih dalam jangka panjang, amat penting untuk mempunyai rejim lengkap penjagaan mulut secara rutin iaitu memberus, menyikat dan berkumuh dengan pembersih mulut.
“Memberus gigi saja tidak mencukupi kerana tidak semua kawasan di dalam mulut dapat dicapai oleh berus gigi terutama di bahagian belakang hujung gigi.”
Katanya menyikat gigi dengan menggunakan ‘floss’ dapat mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi dan mencegah pengumpulan plak yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat apabila memasuki aliran darah.
Selepas gigi disikat, tindakan seterusnya adalah dengan membersihkan keseluruhan mulut dengan menggunakan cecair berkumuh yang mengandungi antibakteria.
Rutin memberus, menyikat dan berkumuh dengan cecair antibakteria perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur pada sebelah malam.

Berus berkumuh, bersih sempurna
Bagaimanapun, memberus gigi sebaiknya turut dilakukan selepas makan tengahari dan berkumuh.
“Berkumuh dengan cecair pencuci mulut dapat membunuh bakteria pada keseluruhan gigi terutama pada celah gigi dan gusi berbanding sekadar memberus dan menggunakan floss saja.
“Selepas berkumuh, pastikan anda tidak makan sebarang makanan lagi terutama sebelum tidur kecuali anda cukup rajin untuk mengulangi memberus, menyikat dan berkumuh.”
Anggapan menggunakan berus gigi berbulu kasar lebih baik adalah salah kerana ia boleh merosakkan gigi dan gusi.Sebaliknya gunakan berus gigi lembut dan elakkan memberus dengan kasar kerana ia boleh menghakis gigi seterusnya menyebabkan akar gigi terdedah.
Kesan tidak membersihkan gigi
1. Pembuluh darah tersumbat
Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.
2. Strok
Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak berkurangan dan menjadi punca strok.
3. Gusi berdarah
Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.
4. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.
5. Sepsis
Sepsis adalah tindakbalas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.