Pada kebiasaannya, pihak lelaki yang akan melakukan peminangan terhadap perempuan. Tetapi di dalam Islam, pihak perempuan juga boleh melakukan lamaran terhadap pihak lelaki. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis berikut:

 

Bahawa Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya : ”telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda)”; berkatalah wanita itu ”Adakah dikau punyai hajat kepadaku ?”, maka anak perempuan Anas r.a. menyampuk, ”Alangkah kurangnya malu siwanita itu dan amat malunya perbuatannya” maka Anas menjawab ”Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi saw lalu menawarkan dirinya kepada Baginda saw.

Imam Ibnu Hajar menegaskan bahawa tiada cacatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki.

Khawlah binti Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi saw

Dalam masyarakat Islam di Malaysia, kebiasaannya urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki yang akan menghantar rombongan ke rumah calon isteri yang telah di sepakati. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.

IKLAN

Menurut syarak disunatkan orang yang meminang supaya berkhutbah sebelum meminang dan sebelum akad nikah. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah saw dan bersalawat kepada Nabi saw kerana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Semua perkara yang ada nilai tetapi tidak dimulakan dengan memuji Allah adalah cacat”.

 

 

Kemudian dia hendaklah berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dan barulah melahirkan tujuannya saperti umpamanya ”Kami datang untuk meminang anak perempuan kamu”.

IKLAN

Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah yang dimulai dengan memuji Allah swt dan bersalawat serta berpesan supaya bertaqwa dan kemudiannya baru menjawab pertanyaan pihak lelaki dengan umpamanya ”Saya terima pinangan kamu”.

Dan diantara perkara-perkara yang dibincangkan dalam majlis pertunangan ini adalah saperti jumlah mas kahwin, hantaran dan tarikh akad nikah.

LARANGAN DALAM PERTUNANGAN

Bertunang adalah janji untuk perkahwinan dan boleh membawa fitnah dengan mudah. Kedua-dua mereka tetap dalam kongkongan ajnabi dan dilarang serta diharamkan berdua-duan atau bertemu tanpa ditemani oleh anggota keluarga mahram saperti bapa, abang atau bapa saudara gadis tersebut.

IKLAN

Bergaul mesra dan berdua-duan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adalah haram serta tidak diredhai oleh Allah swt. Dalam satu hadis, Rasullah saw bersabda yang bermaksud ”Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka”.[28]

Daripada Jabir r.a., katanya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud ”Barangsiapa beriman kepada Allah swt dan hari kemudian maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seoarng perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang yang ketiganya adalah syaitan”

Daripada ’Amir bin Rabiah, katanya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud ”Jangan sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya”[29].

Perempuan yang berakal dan cerdik ialah perempuan yang tidak memperlihatkan dirinya di hadapan tunangnya sehinggalah selesai akad nikah. Ini kerana dia mesti memikirkan masa depannya dan mengambil kira kemungkinan yang mungkin berlaku yang mesti dihadapi. Dia juga perlu memikirkan jika pertunangannya terputus, lelaki lain tidak akan meminangnya lagi setelah mereka mengetahui perhubungannya dengan bekas tunangnya.

 

Gambar Hiasan: Tangkap Pictures