Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.
Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih ‘memilih’. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.
Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.
Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.
IKLAN
Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ceraikan. Sekalipun agama membenarkannya.
Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?
IKLAN
Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunggang agama itu yang salah.
IKLAN
Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.
Wanita bergelar isteri dan ibu adalah insan hebat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap lelaki di muka bumi ini. Bayangkan kalau hidup tanpa mereka, pasti kehidupan kita tidak akan terurus seperti sekarang. Menguruskan rumah tangga dan anak-anak, ditambah dengan tuntutan kerja, semua itu dilakukan tanpa keluh demi tanggungjawab.
Kadangkala, isteri ini letih. Tak terungkap oleh kata, hanya diam memendam. Kadang juga mereka meluahkan dengan leteran. Suami yang tidak memahami, akan menganggap isteri hanya merimaskan dan hanya tahu marah. Hakikatnya, pandanglah sebentar wajah isteri itu, mereka hanya mahukan pengertian.
Oleh itu, sebagai suami anda patut tahu apa yang boleh membuatkan isteri bahagia. Perkara paling penting, elakkan dari menyakiti hati mereka. Perkongsian dari seorang suami Abu Hurairah Asifa wajar dijadikan panduan oleh semua lelaki di luar sana. Tak perlu hadiah yang mahal, cukuplah suami bantu menguruskan rumah tangga.
Mari kita ikutan coretan beliau seperti di bawah ini. Masih terlambat untuk anda bahagiakan hati isteri !
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.
Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni. Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi, betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya.
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari. Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia. Panggillah Allah membela rumahtangga kita. Panggillah Rasulullah memberkati rumahtangga kita.
Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Bernikah memang satu amalan yang mulia. Tetapi ramai melihat kes nikah sempadan sebagai isu remeh dan terpencil. Namun jika diabaikan tanpa tindakan sewajarnya atau tanpa pengawalan, ia bakal menjadi gejala yang boleh merosakkan institusi keluarga. Ianya tidak dinafikan juga bahawa perkahwinan di luar sempadan sangat popular dalam kalangan masyarakat pada zaman ini.
Nikah sempadan merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan di luar negara. Antara yang paling popular adalah di Thailand. Khususnya di Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani. Namun hakikatnya, mereka yang memilih untuk berkahwin di luar sempadan sebenarnya mencari masalah yang lebih besar terutama apabila mereka pulang ke Malaysia.
1) Hukum bernikah di luar negara
Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah jika semua rukun dan syarat nikah dipenuhi. Pernikahan di luar negara juga perlu dipastikan beberapa aspek dan kriteria, antaranya tempat akad nikah yang diiktiraf oleh negara berkenaan.
Seperti yang dapat dilihat sekarang adalah yang sedang rancak berlaku di negara jiran atau lebih dikenali sebagai ‘Nikah Thailand’. Selain hukum-hakam agama, pasangan yang memilih untuk bernikah di luar negara sebenarnya perlu juga melihat pelbagai implikasi lain yang berkait dengan undang-undang.
Selain itu, hukum nikah di luar negara mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Misalnya, jarak tempat berlaku akad nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin hendaklah melebihi dua marhalah (92 kilometer) untuk melayakkan mereka menggunakan perkhidmatan wali hakim. Perkahwinan itu juga perlu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan oleh mereka yang telah ditauliahkan sebagai wali hakim.
2) Kenapa berlakunya ‘Nikah Thailand’?
i) Tidak mendapat restu ibu bapa adalah antara faktor utama kenapa berlakunya ‘Nikah Thailand’.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
Hadis di atas menjelaskan bahawa sekiranya seorang anak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka reda kepadanya, maka Allah juga reda kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibu bapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
Justeru, sebelum membuat apa-apa keputusan, pastikan setiap perbuatan terutama dalam soal pernikahan mestilah diiringi dengan keredaan daripada ibu bapa.
ii) Berpoligami – Ianya sama ada pihak lelaki tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun kerana pihak keluarga wanita tidak bersetuju. Ada juga lelaki yang “belum bersedia” memberitahu isteri pertamanya dan terdapat banyak lagi sebab musabab di dalam kategori ini.
iii) Hantaran – ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu tinggi. RM20,000 misalnya, walhal pendapatan si lelaki cuma RM2,000 sebulan. Permintaan hantaran yang terlalu tinggi menyebabkan si lelaki tidak mampu untuk menunaikannya. Lantas mereka memilih untuk bernikah di luar negara sahaja kerana tidak mendapat persetujuan dari pihak keluarga wanita.
iv) Undang-undang pernikahan yang rumit juga menjadi faktor pasangan Islam di Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand
3) Implikasi undang-undang
Pasangan yang bernikah di luar negara bakal berdepan dengan masalah seperti kesahihan status pernikahan mereka. Ramai yang telah bernikah di selatan Thailand tidak mendaftarkan pernikahan mereka di mana-mana pejabat agama Islam di Malaysia. Setiap pasangan perlu mendaftarkan pernikahan mereka bagi mendapatkan sijil nikah agar pernikahan mereka dilindungi di bawah undang-undang Malaysia.
Misalnya, ada pasangan yang pulang ke Malaysia selepas menikah tidak mendapatkan surat pengesahan. Mereka beranggapan ianya tidak penting walhal langkah ini dapat memudahkan apa jua urusan mereka sebagai suami isteri seperti menunaikan haji, umrah atau mendaftar anak di Jabatan Pendaftaran Negara serta pendaftaran persekolahan anak.
Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Tak pelik bila ada suri rumah burnout akibat membuat rutin yang sama dalam rumahtangga. Bukan kerana tidak pandai bergaul, tetapi lebih kepada tiada kawan untuk dibuat sembang.