Kemahiran untuk berbincang, mengalah dan lapang dada ialah antara kemahiran penting dalam berumahtangga.

Rumahtangga akan ada terlalu banyak perkara yang memerlukan perbincangan, dan kadangkala kita tidak akan dapat sebijik macam yang kita mahu dek kerana pasangan tak berapa berkenan dengan kehendak dan kemahuan kita.

Dalam Rumahtangga Bukan Semuanya Perlu Kuasa Veto

Hal-hal berkait pengurusan wang, percutian, pembahagian tanggungjawab, bahkan kadang fasal nak bersalin kat mana, nak balik kampung siapa dulu masa raya, nak makan kat mana bila makan di luar, nak beli rumah kat mana, semua ini akan menjadi perbincangan antara pasangan, dan bila kemahiran berbincang, mengalah dan lapang dada itu tidak ada, boleh jadi perang besar kadang.

Kadang, kemahiran berbincang ni akan teruji sebelum perkahwinan lagi. Contoh macam gambar yang terpapar, contoh dalam situasi nak tetapkan wang hantaran, setup majlis kahwin, dan macam-macam.

Dalam Rumahtangga Bukan Semuanya Perlu Kuasa Veto

Makanya, semasa kita masih bujang lagi, walaupun belum ada rasa nak menuju ke alam perkahwinan, latihlah diri dengan kemahiran berbincang, beralah dan lapang dada.

Jangan asyik nak veto semua perbincangan mengikut kehendak kita. Tambah kemahiran mendengar pendapat dan ada masa kena raikan pandangan serta kehendak orang lain dengan lapang dada.

Dalam Rumahtangga Bukan Semuanya Perlu Kuasa Veto
Sekadar gambar hiasan

Ini akan banyak membantu apabila kita menuju ke alam perkahwinan insyaAllah.

Saya contohnya, kongsi pengalaman sikit, hajat nak kahwin semasa belajar. Ummi tak benarkan, dan suruh kumpul duit lagi. Tapi yang tersiratnya, Ummi risau sebab bakal isteri dua tahun lebih muda, baru mula masuk universiti. Ummi tak nak dua-dua masih belajar, tambah lagi saya masih di Jordan. Maka kita kompromi, okay, saya pun akhirnya pilih untuk kahwin selepas belajar, semasa isteri saya masih di tahun ke-3.

Hikmahnya, masa tu duit pun sudah lebih stabil dari dua tahun sebelumnya, saya pula sudah di Malaysia dan boleh buat pilihan untuk duduk di Gombak semasa isteri saya sedang belajar di UIA. Setiap pagi boleh hantar isteri ke kelas, dan itu antara kenangan paling manis saya dan dia.

Sumber : Facebook Hilal Asyraf(Official)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI