
Bukan main seronok dapat ahli keluarga baru. Minggu pertama masuk dalam keluarga, nampak awkward dan kita mulalah nak menghakimi dia. Itu tak kena, ini tak kena. Tak bolehlah macam tu. Ahli baru tu masih cuba nak kenal ipar-duai. Layanlah elok-elok.
Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA.
Bila adik bradik kita kawin dengan sesorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza-bezakan ipar ini dengan ipar itu.
Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.
Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumahtangga adik beradik kita.
Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kahwin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.
Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.
Sebolehnya.. Jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikkan agar rumahtangga adik beradik kita berkekalan.
Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumahtangga keluarga hancur dan bercerai berai.
Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah
Kredit :@Nur Habibi Qalbi
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Doa Untuk Suami Panas Baran, Isteri Boleh Baca Senyap-Senyap

Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu “Sedang lidah lagi tergigit”. Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg. Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini “pijak semut tak mati” tiba-tiba berubah sikap. Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada ” affair” dengan wanita lain.
Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri. Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang. Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil. Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama. Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.
DOA YANG PERTAMA
Maksudnya:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.”(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).
DOA YANG KEDUA.
Maksudnya:
22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)
Sumber: Dakwah Tv
Masa Bercinta Memanglah Indah, Bab Kahwin, Sejauh Mana Si Dia Serius?

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.
Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
Hubungan dengan mentua.
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.
“Hati Abang Tak Tenteram Bila Abang Pergi Kerja Tanpa Salam & Doa Ayang”, Inilah Pentingnya Pasangan Dalam Hidup!

Ada ketikanya hubungan suami isteri akan dilanda ombak dan berlaku perselisihan faham sehingga tanpa sedar mengecilkan hati pasangan. Itulah namanya kehidupan dalam sesebuah rumah tangga. Disebabkan itulah setiap pasangan perlu saling memahami agar hubungan yang dibina kekal bahagia.
Benarlah apa yang dikongsikan Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) tentang kisah suami isteri ini. Di saat rumah tangga dilanda ombak bukanlah bermaksud sesebuah hubungan itu mengalami kemusnahan. Sebaliknya pada ketika ombak tersebut reda, ia menguatkan kembali hubungan suami isteri kerana kedua-duanya fahami bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Semoga renungan daripada kisah ini akan memberi manfaat untuk kita dalam melayari alam rumah tangga.
Alkisah ciuman pagi…
Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.
Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.
Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.
Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.
Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.
Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.
Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.
Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.
Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.
“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Papa patah balik. “Mana mana?”
“Dalam bilik.”
Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.
Air mata mama mengalir lagi.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.
Mama tersenyum semula riang.
“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”
“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.
“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.
“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.
Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.
“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.
Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.
Senyum.