Di sini akan dikongsikan antara berbagai ragam ibu mertua yang agak mencabar untuk para menantu. Bukan niat untuk umpat keji tetapi sekadar untuk beri peringatan supaya para menantu menjadi lebih bersedia tertutama dari segi mental. Selalunya ragam ibu mertua ini berbeza mengikut usia dan tugas menantu adalah untuk faham dan cuba berbaik-baik.
Bila dapat ibu mertua suka membebel memang letih rasanya, semua benda dia ajar dan kawal. Hal rumah tangga termasuk wang perbelanjaan semua dia nak sibuk. Rasa macam terkongkong!
Anda patut atasi masalah ini dengan berkata ‘ya’ atau angguk je untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar. Angguk bukan bermakna anda setuju, cuma tdak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jangan terlalu berusaha untuk mengembirakan hatinya, kerana ianya tidak akan berkesudahan dan membuat anda lebih kecewa sahaja.
.
Kebanyakan ibu mertua suka membebel dan mengawal. Sifatnya yang suka mengawal membuatkan anak menantu naik rimas. Dia seperti tidak boleh lepas tangan dalam urusan rumah tangga anda.Terutama dalam masalah kewangan, walaupun ibu mertua berniat baik untuk membantu tapi lebih baik jika anda terus berdikari dengan tidak terlalu bergantung padanya.
Walapun ia boleh mengurangkan beban anda jika dia ingin membantu dalam bayaran duit muka kereta atau rumah, tapi ia mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Mungkin juga boleh berlaku adegan ungkit-mengungkit dan sebagainya.
Begitu juga dalam urusan bab menjaga cucu. Pada permulaannya mungkin dia lakukan dengan rela hati tapi lama-lama mungkin dia akan rasa penat dan menyalahkan anda pula.
Ini pula sikap sesetengah ibu mertua yang suka membebel sebab tak cukup duit. Bila rasa tak cukup tempat untuk selalu meminta wang adalah dari anaknya. Memang menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk tetap menjaga ibu bapanya walau sudah berkahwin, tetapi jangan pula sampai mengabaikan nafkah yang lebih utama untuk isteri dan anak-anak. Bila dapat ibu mertua seperti ini memang rumit sebabnya mereka tidak mahu memahami dan hanya pentingkan dirinya sahaja. Jadi anda perlu banyak bersabar, dan ingatkan suami supaya sentiasa berlaku adil terhadap anda dan ibunya. Dan anda juga perlu tabahkan hati untuk tahan telinga mendengar leterannya setiap kali.
.
Orang tua-tua dan membebel memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang hal kecik pun dia suka membebel dan tidak mengikut situasi. Apa yang perlu anda buat adalah bertenang dan cuba untuk mengelak atau cuba tukar topik lain. Cuba beri alasan untuk keluar atau buat kerja. Kadang-kadang mereka suka membebel sebab mereka stress.
Ada pula ibu mertua yang suka membebel soal cucu-cucunya. Malah ada juga yang suka membandingkan anak anda dari segi pelajaran, rupa paras atau sebagainya dengan cucu-cucunya yang lain. Tentunya selaku seorang ibu anda akan terasa hati apabila ada orang bercakap yang tidak baik pada anak sendiri meskipun itu adalah ibu mertua anda sendiri.
Tak mengapalah, jangan cepat salah paham kerana kadang-kadang marah itu tandanya sayang. Mungkin ibu mertua anda membebel itu sebab risaukan cucu-cucunya. Mungkin juga kerana dia agak prihatin hingga nampak benda yang anda sendiri kadang-kadang tak perasan. Anda perlu pandai kawal situasi ini agar tidak terlalu emosi.
KREDIT : BIDADARI.MY