Siapa sangka daripada kecil berperwatakan ‘pengkid’, seorang gadis akhirnya terbuka pintu hati untuk berubah menjadi wanita cantik selepas bertemu lelaki yang kini sah menjadi suaminya.

Bagi Ain Nurhasmiza Hizamuddin, 21, persahabatan sehingga ke jinjang pelamin bersama Kamal Shahizad Sayran, 22, yang dikahwininya pada 25 Januari lalu ternyata menjadi penghijrahan terbesar dalam hidupnya.

Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat! Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat!

Kisah ini dikongsikan sendiri Ain menerusi ciapan foto di Twitter miliknya, @aszhole_ yang mendapat lebih 11,000 perkongsian dan 16,000 tanda suka daripada warga net sejak dikongsikan, Rabu lalu.

Ain ketika dihubungi Harian Metro, berkata dia suka berpakaian seperti lelaki sejak dari zaman kanak-kanak.

“Tapi saya bukanlah lesbian dan masih lagi ’lurus’! Saya memang nampak ‘boyish’ sejak kecil, malah keluarga dan rakan memang sudah tidak boleh buat apa-apa.

“Cakaplah apa pun, saya tetap dengan pendirian dan selesa berpakaian seperti lelaki,” katanya.

Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat!

IKLAN

Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat!

 

Bagaimanapun, selepas bertemu dan mulai rapat dengan Kamal sekitar enam tahun lalu, gadis berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini mula melakukan perubahan terhadap dirinya.

Ain berkata, setiap hari lelaki terbabit yang kini suaminya akan memuji dirinya akan lebih cantik kalau bertudung.

“Setiap hari dia akan cakap ‘lawa kalau kau pakai tudung, buanglah ‘cap’ (topi) kau sebab kau pakai tudung lagi okey’.

IKLAN

“Dia juga tidak pernah sekali menghakimi pemakaian saya walaupun ketika itu saya baru berjinak-jinak berpakaian seperti wanita tulen,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu berbeza jika melakukan perubahan di depan rakan kerana pasti akan menjadi bahan ketawa mereka.

Sejak daripada itu, Ain mengakui mula terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk berubah, tambahan pula dia kasihankan suami yang sentiasa menjadi bahan jelingan pelik masyarakat setiap kali mereka berdua keluar bersama.

Malah, rakan suami juga sering menyindir seolah-olah seorang ‘pengkid’ tidak sesuai bercinta dengan lelaki.

IKLAN

Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat!

“Saya tahu dia mahu saya berubah tapi (dia) tidak pernah memaksa. Alhamdulillah, saya dikelilingi insan yang sangat menyokong.

“Walaupun mereka masih menjadikan kami sebagai ‘bahan’, tapi saya tahu sikit sebanyak mereka gembira dengan perubahan ini,” katanya.

Ain mengakui sejak berubah, suaminya tidak pernah memuat naik kata-kata penghargaan di media sosial tapi jauh dalam sudut hati, pasti berbangga kerana berjaya mengubah isteri menjadi wanita sejati.

Dari Watak ‘Boyish’, Lelaki Ini Berjaya Membuat Gadis Ini Berubah. Cantik Sangat!

“Walaupun sekarang ini hari-hari dia ‘menghadap’ saya tetapi pujian dan teguran dia mencipta magis istimewa buat saya,” katanya.

Sumber : My Metro & Twitter aszhole

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI