Setiap pasangan pengantin tentu sahaja mengharapkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna. Namun dalam memastikan kesempurnaan itu pastinya setiap bakal pengantin memerlukan kerjasama dan sikap bertolak-ansur dalam semua perkara terutamanya soal kewangan.

Lelaki ini kongsi, daripada korang tolong habiskan dia minta belanja itu ini, baik tolong dia simpan duit untuk majlis korang nanti.

Bantu Calon Suami
********************

Lelaki ni kalau dah sayang dia sanggup buat apa saja untuk makwe dia. Beli itu ini. Nak tunjukkan yang dia sayang sangat.

Apa kata mulai sekarang kau tolong pakwe kau. Bukan tolong habiskan duit dia tapi tolong dia menyimpan. Selalu bagi semangat dan ingatkan dia supaya menyimpan untuk duit belanja kahwin nanti.

Masa bercinta sama-sama nak bahagia. Bila nak kahwin semua beban kau hempuk atas bahu pakwe kau. Dah la gaji kecil, kena bayar PTPTN pula tu. Kena kumpul duit untuk belanja kahwin sorang-sorang.

Masa bercinta kemain kau mintak itu ini. Pastu bising pakwe kau takde simpanan untuk kahwin. Terus nak cari lain. Cian pakwe kau.

Jadi, apa kata korang tolong pakwe korang supaya lebih banyak simpananya. Antaranya;

IKLAN

.
.

1. Daripada minta belikan hadiah mahal-mahal baik suruh dia simpan duit gaji dia dalam ASB ataupun Tabung Haji.

2. Daripada minta dia belikan patung beruang besar atau minyak wangi, baik ingatkan dia menyimpan daripada berbelanja dengan boros.

3. Daripada minta dia belikan baju sedondon, kasut jenama sama, baik suruh dia buat tabung berwarna hijau (RM5) ataupun oren (RM20).

IKLAN

4. Daripada ajak dia pergi travel, baik kau suruh dia melabur dalam ASB, unit amanah ataupun instrumen pelaburan yang diyakini.

5. Daripada paksa dia suruh beli kereta import mewah, baik kau kata bahagia guna pengangkutan awam bersama-sama.

6. Daripada kau selalu merajuk pastu suruh pakwe belikan hadiah bunga atau coklat baik kau minta dia simpan RM100 ke dalam tabung kahwin korang.

7. Daripada kau selalu ajak dia lepak dekat kedai kopi mahal lepastu tengok wayang, baik kau ajak dia lepak dekat perpustakaan ke, pantai ke, taman bunga ke. Yang masuk percuma. Jimat duit dia.

IKLAN

***

Pasangan begini sukar dicari. Yang selalu ingatkan satu sama lain. Sama-sama menyimpan demi masa depan bersama.

Takde lah duit pakwe kau lesap je tiap kali gaji. Nak kahwin nanti ada dah simpanan. Tak perlu buat pembiayaan peribadi. Kau juga senang nanti. Keluarga korang tidak terbeban dengan hutang jahat.

Janganlah tiap minggu duk lepak kedai hipster sambil up gambar dekat Insta. Tiap minggu habis beratus-ratus masa dating. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI