Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal rumahtangga, dapatlah minum kopi di ruang kecil ini. Eh, anak pun boleh join duduk sini bila dah cantik dan kemas.
Deko Balkoni Jadi Ruang Lepak
Sambil lepak minum kopi bersama keluarga mengambil angin petang atau menikmati pemandangan waktu malam. Best kan.
Dia berkongsi cara penggunaan dan deco ruang balconi yang kecil.
Balconi ini diguna untuk 3 tujuan.
1. Ruang keamanan permaisuri rumah aka saya.
Ads
2. Ruang jemur baju.
3. Ruang bersantai gossip petang.
Macam mana cara saya utilise area rumah yang kecil ini untuk macam-macam perkara?
1.Mini Garden/ Ruang ketenangan
Bila masa saya nak berkebun bermanja-manja dengan pokok, saya alas rumput tiruan tu dengan canvas besar. Senang cuci. Pokok hidup memberikan ketenangan dan kesegaran. Gunakan rak bertingkat yang tinggi untuk maksimumkan penggunakan ruang, tanpa menghalang laluan di lantai.
Atau pun boleh pasang wall shelf, saya tak buat sebab tak yakin kekuatan dia untuk tampung berat pokok-pokok.
Gunakan suami sebagai penanda amaran apabila jumlah pokok melebihi kapasiti, suami akan berbunyi “nonononononomoree” bila isteri hilang pertimbangan membeli pokok tanpa mengira ruang kapasiti yang ada.
Ads
2. Ruang jemur baju
Saya gunakan ampaian baju yang ringan dan boleh dilipat dalam RM80 di aeon dan lebih murah di Mrdiy. Ada kepak kiri kanan bila kita naikkan. Cukup lah ruang jemur baju-baju untuk keluarga 4 orang, dengan syarat tiap-tiap hari kena basuh.
Cara saya, malam sebelum tidur basuh 1 load, jemur dulu di dalam rumah bawah kipas angin. Jadi esok pagi saya terus jemur di balconi kena direct matahari.
Kalau jemur pagi, tengah hari dah kering sebab malam tu kita anginkan siap-siap bawah kipas. Kalau tak memang 1 hari jemuran di balconi. Sakit mata memandang.
Ads
3. Ruang santai
Saya menggunakan meja jenis boleh lipat atas sebab saya tak boleh ada meja yang permanent, jadi bila bukan time lepak, meja boleh dilipat dan disimpan tepi untuk penggunaan ruang untuk jemur baju dan berkebun.
Meja lipat tu boleh digunakan sebagai meja tambahan jika ada tetamu datang. Kerusi pula kami guna stool dan step stool ikea.
Step stool ikea tu Multi purpose. Guna didapur untuk panjat ambil barang di cabinet atau duduk sambil-sambil memasak.
Jadi tak perlu ada bermacam-macam jenis kerusi. Stool bulat tu bila tak duduk saya letak tepi untuk jadikan tempat letak pokok atau meja ambil gambar kek (saya homebaker). Jimat ruang bila guna perabot multipurpose.
INVISIBLE GRILL
Oleh kerana saya mahu ruang yang luas dan pemandangan tanpa halangan, saya tak memasang grill besi pada sliding door balcony.
Saya memilih invisible grill. Grill wire besi tahan karat yang flexible disalut dengan nylon/teflon untuk tahan panas.
Sekian sahaja perkongsian deko balkoni untuk anda, semoga dapat memberi inspirasi semua!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Influencer terkenal, Nisha Ezzati yang suka berkongsi tentang solekan dan kecantikan sudahpun selamat bergelar isteri. Melalui perkongsiannya di akaun Instagram miliknya, perkenalan di antara Nisha dan suami, Amirul Zaman bermula di aplikasi Tinder.
Istimewanya, perkahwinan Nisha lebih bermakna apabila bridesmaid yang dipilih adalah saudara-mara rapat dan beberapa kenalan yang dikenali ketika menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Tulis Nisha, dia memilih rona ungu sebagai tema warna untuk bridesmaidnya untuk menyamakan warna baju pesakit di wad psikiatri.
Kredir foto: Instagram Nishxnish
“Sebagai ambassador psych ward hukm, I requested baju bridesmaid pun purple sebab nak sama dengan baju psych ward hukm. No shame in seeking psychiatric help ye my darlings.”
And big thanks to my bridesmaids for helping me out throughout the day, sayang sangat muahh. I kenal @cathatiawuck@uhleenuhsenpai@effahsyafiqah dekat psych ward la. They’ve made my stay at the ward sooo much fun rasa macam sleepover taknak balik.
And thank you @jiahabshee@yasminzonkifle for being my bridesmaids and being there for me on my big day. Being able to be friends with your cousins is a blessing because we could get away with a lot of things.”
Kredit foto: Instagram NishxnishKredit foto: Instagram Nishxnish
Nisha yang kelihatan sungguh anggun dengan persalinan rona putih dari Teruntum Putih disolek cantik jurusolek terkenal, Syed Dewa. Manakala dia memilih Yaya Ibrahem sebagai hijab stylist untuk majlis akad nikah.
Kredit foto: Instagram Nishxnish
Kami mengucapkan Selamat pengantin Baru kepada Nisha dan pasangan. Semoga rumahtangga yang dibina ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan wabak Covid 19 yang semakin mengganas ni, kerajaan pun mengambil langkah bijak dengan mengeluarkan arahan untuk Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Kebanyakkan pasangan suami isteri yang bekerja diarahkan untuk untuk hanya bekerja dari rumah.
Ada yang mengambil kesempatan bekerja dari rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan tak kurang yang memilih untuk mengubahsuai rumah secara DIY. Seperti pasangan suami isteri ini, mereka berkongsi idea dan hasil yang sungguh ‘wow’ apabila ruangan dapur mendapat sentuhan peribadi dari tuan rumah sendiri. Beberapa barangan dibeli hanya secara online!
Bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan masuk ke rumah sendiri, mungkin bajet yang ada untuk dekorasi rumah adalah terhad. Tapi jangan risau kerana bila kita rajin buat projek DIY, kos untuk menghasilkan dekorasi impian akan jadi lebih murah.
Menurut pasangan suami isteri ini, projek DIY sempena PKP 3.0 merupakan percubaan pertama mereka. Setiap hasil kayu, pemotongan dan gam semuanya dilakukan sendiri pleh suami. Manakala isteri bantu pegangkan kayu dan mengecat.
Hasil kerjanya sangat kemas dan cantik. Dengan bajet rendah, pintu biasa menjadi luar biasa dan beri nafas baharu untuk tuan rumahnya.
“Kayu wainscoting kami beli di shopee , kayu ukuran 4cm, kami beli 16 batang dan dapat buat 5 pintu (Depan sahaja kecuali main door kami buat depan belakang).
Cat pula kami gunakan high gloss cat from jotun code iconic. Alhamdullilah hasilnya kami puas hati. Pintu biasa2 bertukar seperti pintu mahal walaupun dgn budget yg rendah.
InsyaAllah, next plan kami bercadang nak buat batten wall pula di entry way bilik. Diharap perkongsian ini dpt membantu semua yg mencari idea.”
Cat yang digunakan untuk daun pintu.
Seronoknya bila rumah dah cantik. Tambah-tambah lagi keindahan dalam kediaman itu dilakukan sendiri bersama suami isteri. Terasa penat lelah diganti dengan kebahagiaan. Buat yang berkelapangan, bolehlah jadikan ini sebagai inspirasi dan pencetus idea untuk anda. Nak beli kayu wainscoting yang digunakan tuan rumah? KLIK SINI!
Kek perkahwinan memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat sahaja tetapi memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian tercapai.
Kek dan majlis perkahwinan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu aturcara majlis yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu jemputan.
Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat. Tidak kira di mana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.
Pada masa kini kebanyakan kek perkahwinan dihasilkan sebagai sebuah karya agung untuk dipersembahkan di hari bahagia pasangan mempelai. Ia juga memberikan nilai sentimental dan kemanisan kepada pasangan pengantin.
Apabila berbicara tentang pemilihan warna kek perkahwinan ia mungkin menjadi satu perkara yang remeh. Pemilihan warna kek perkahwinan yang tepat dan ideal mampu memberi satu nilai tambah yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan.
Semak beberapa tip sebelum anda dan pasangan mengambil keputusan untuk memilih warna kek yang disukai agar menjadi penyeri majlis resepsi yang bakal berlangsung.
Putih
Warna putih selalunya menggambarkan kesucian apatahalagi ia cukup sinonim dengan sebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah jika ramai pasangan mempelai memilih kek perkahwinan dengan tema warna putih.
Merah Jambu & Coklat
Rona coklat memberi satu aura yang begitu lembut tatkala digabungkan dengan warna merah jambu. Kedua-dua warna ini apabila bersatu akan mencetuskan mood yang tersendiri. Seakan bersatu, rona coklat dan merah jambu seakan-akan menterjemahkan rasa bahagia yang terpancar pada wajah pasangan mempelai.
Monokrom
Jika anda sukakan warna-warna monokrom, tidak ada salahnya untuk anda memilih warna ini untuk warna kek perkahwinan anda. Tentu sekali ia kelihatan moden dan pastinya unik. Sesuai buat pasangan mempelai yang inginkan sesuatu yang moden dan terkini.
Emas & Putih
Aura mewah dengan biasan rona emas ini pasti memukau setiap mata yang memandang. Lengkapi hiasan dekorasi kek dengan sekuntum bunga yang mekar di tepi kek.
Kuning & Merah Jambu
Kek berwarna kuning pastel apabila diberikan terapan bunga-bungaan hiasan rona merah jambu melengkapi aura feminin. Kombinasi rona kuning dan merah jambu juga sangat sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan yang memilih konsep ringkas tetapi moden.
Ombre
Injeks rina ombre merupakan penggunaan garapan warna berkala. Campuran warna emas pada bahagian atas kek menaikkan seri persembahan sesebuah kek perkahwinan. Kebanyakan pasangan pengantin yang memilih warna ombre untuk kek perkahwinan biasanya gemarkan sesuatu yang elegan.
Perak & Putih
Dua rona ini menampilkan sesuatu yang berbeza untuk sebuah seni hiasan dekorasi kek perkahwinan. Penggunaan rona perak bakal menaikkan aura keanggunan sesebuah kek perkahwinan.
Kuning & Coklat
Gabungan rona kuning dan coklat menyaksikan Penyatuan warna yang serasi. Berada dalam kelompok rona-rona senada, apabila diserasikan bersama bakal mencetuskan dimensi dekorasi kek yang sempurna.
Lavender & Lilac
Segar mata memandang. Kek dengan penggunaan rona lavender dan lilac ini mungkin agak jarang menjadi pilihan pasangan mempelai namun jika diaplikasikan dalam seni dekorasi hiasan kek perkahwinan ianya bakal menyaksikan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain.
Merah & Putih
Warna yang pastinya mencetuskan mood romantis. Mainan rona merah dan putih pastinya mampu melontarkan suasana meriah sesebuah majlis resepsi lantas menjadikan majlis tampak lebih meriah.