Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri Untuk Kejutan Bakal Isteri
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya, malah dia menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.
“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Ada Asas Dalam Bidang Hiasan
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Ads
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Nak Buat Sendiri Untuk Beli Jiwa Si Dia
Mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabulkan.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
Ads
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
Ads
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Begitulah usaha seorang lelaki untuk bakal isteri tercinta, jadi sesiapa yang dapat calon minat deko rumah dikira bertuah, ya. Boleh jadi dapat rumah siap dideko macam ini. Rezeki sangat!
Jika ada ruang dalam rumah yang silingnya direka terlalu tinggi, anda boleh bua loteng untuk dijadikan tempat belajar atau simpan barang.
Ada sesetengah orang, buat loteng untuk anak bermain di ruang itu, tidaklah mainan selerak di bawah.
Namun Puan Atam Ayu memilih buat loteng di dalam bilik anaknya untuk ada ruang belajar dan tidur.
Apa yang menarik, nampak kemas serta cukup luas. Praktikal untuk keselesaan anak-anak belajar dan tidur.
bilik sebelumbilik selepas.
Alhamdullilah diberi sedikit rezki untuk buat loteng di bilik kedua Seperti semua perumahan zaman sekarang.. rumah teres tengah kebanyakan bilik tinggi² silingnya Rumah maktam 2 buah bilik patern sama..jadi 2-2 bilik maktam buat loteng Maktam share bilik pertama dulu
Walau belum siap sepenuhnya lagi… Tapak tangga belum di pasang Nak juga mengemas sebab dah 2 minggu duduk dalam rumah tak terurus 😂 So bilik ni bahagian atas buat tempat tido+ mainan
Bawah buat bilik belajar Kos bilik ni : RM2800
Jadi, kalau rumah anda ada ruang sesuai untuk buat loteng macam ini, boleh lah buat ya. Sekurang-kurangya anda menggunakan ruang yang ada dengan bijak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain orang, lain cara nak cari calon suami. Untuk seorang influencer bernama Nurin Afiqah, dia tertarik pada suaminya Fairuz kerana Nurin merasakan bahawa lelaki yang suka mengembara adalah lelaki yang mempunyai misi. Wow!
Instagram: nurinafiqaaahInstagram: nurinafiqaaah
Pejam celik dah setahun lebih Nurin Afiqah dan Suami, Fairuz berkahwin. Mereka pun baharu sahaja selesai dengan majlis resepsi. Pernikahan mereka yang sudah tujuh kali bertangguh selesai dilangsungkan sehari sebelum tarikh PKP kedua berjalan dengan sangat sempurna walaupun persiapannya dalam masa yang singkat.
Influencer yang mula dikenali kerana video tariannya tular juga merupakan seorang pelakon dan penari ini begitu anggun dalam persalinan busana rekaan Fuzana Mokhtaza di hari pernikahannya.
“Ketika kami dapat tahu tarikh PKP tu, terus kami plan untuk jalankan juga majlis pernikahan. Ketika tu memang reda je kalau-kalau ramai yang tidak dapat hadir. Namun, sangat mengejutkan bila yang hadir lebih dari jangkaan kami. Syukur sangat!
Persiapan kami pun tidaklah kelam-kabut kerana saya dah tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika itu makeup artist pun tak boleh buat job, sebab itu saya boleh dapatkan Yna Sakinah sebagai jurusolek.
Nak buat majlis kahwin ni, kita tak boleh ada ramai orang yang buat keputusan. Orang kata, bila banyak ‘kepala’, banyaklah halnya nanti. Jadi semuanya berjalan dengan sangat lancar.” kata Nurin.
Ha, Pesona Pengantin gali juga kenapa Fairuz jadi pilihan Nurin. Ini jawabnya…
“Saya kenal Fairuz melalui seorang kawan. Kami pun berkomunikasi menerusi Instagram. Bila tengok di Instagram, Fairuz kongsi gambar-gambar dia travel. Itu yang membuatkan saya tertarik pada awalnya.
Dia juga seorang lelaki yang belajar di luar negara kerana Nurin sendiri tidak berpeluang untuk belajar di luar negara. Jadi, bila dapat tahu macam tu, terus Nurin setuju!”katanya.
Walaupun kedua-duanya skeptikal tentang menjalin hubungan menerusi media sosial, namun dengan perwatakan positif yang dibawa, mereka berdua ada chemistry.
Sempoi tapi sangat manis! Itulah yang penulis mampu gambarkan mengenai perkahwinan pembaca berita TV3, Azaria Tagaya Norio Tagaya dengan suami pilihan, Reza Syafiq Zainal Rashid. Pernikahan yang diadakan pada 15 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak menyatukan mereka dalam suasana yang sangat sederhana.
Jarang-jarang sekali apabila seorang selebriti memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan simple. Namun bagi Azaria Tagaya dan Reza, mereka mengutamakan apa yang wajib terlebih dahulu.
“Masa kita buat perancangan untuk berkahwin, Reza memang tahu yang saya tak mahu majlis yang besar-besar. Saya memang selalu beritahu kawan-kawan dan orang lain yang saya tak mahu majlis. Dan kawan-kawan saya tahu.
Andai ada yang buka cerita pasal perkahwinan impian ke apa ke, memang saya tak akan join conversation. Kalau majlis pun saya taknak, pelamin lagilah!” tawa Azaria.
Tambah Azaria lagi, “Hantaran dan sebagainya bukan wajib. Cukuplah ada mas kahwin, cincin, ada wali.Kemudian didaftarkan pernikahan itu. Tu pun dah cukup. Pendapat saya, biasanya orang mengadakan majlis ni untuk memberitahu kepada orang tentang perkahwinan mereka.
Tapi bagi saya, pengumuman di media sosial pun dah ok. Itu pendapat masing-masing. Untuk majlis perkahwinan kami, memang saya buat secara ringkas sahaja.” katanya.
Reza yang merupakan seorang jurumekap kesan khas untuk filem juga bersependapat dengan isteri tersayang.
“Duit hantaran tu tak penting pun. Apa yang Azaria nak nanti, saya boleh beli selepas kami kahwin, jadi tak perlu tunjuk pada orang. Lagipun kami berkahwin sewaktu PKP. Banyak kedai yang masih tidak beroperasi. Malah pernikahan kami pun di pejabat agama jadi bila dah semuanya ringkas, baik diringkaskan sahaja.
Baju perkahwinan kami juga dijahit sendiri. Kedai jahit banyak tutup. Kasut kahwin pun kami beli secara online. Yang seronoknya, kami berjimat sangat banyak! Total perbelanjaan kami hanya RM3,000 sahaja.” Ringkas Reza.
Banyak sebenarnya tip yang boleh diambil dari kisah perkahwinan Azaria dan Reza. Mereka banyak berjimat dari pelbagai segi tambah-tambah lagi sewaktu ekonomi tidak stabil sekarang ni. Yang pasti, perlu ada persetujuan dari kedua-dua belah pihak.
Nak tahu apa lagi kisah mereka? Jom tonton video ni.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!