Dengan Sekali Lafaz, Fazura Sah Bergelar Isteri Kepada Fattah Amin!

Share

Desas-desus kontroversi dan spekulasi mengenai hubungan cinta antara pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura dengan Fattah Amin terjawab apabila pasangan sensasi ini dengan rasminya mengumumkan majlis pertunangan yang dilangsungkan baru-baru ini.

HANYA SEKALI LAFAZ

Sekali lagi, pasangan ini mengejutkan netizen serta peminat-peminat setianya dengan perkhabaran mengenai majis pernikahan yang berlangsung malam tadi. Majlis penikahan yang berlangsung malam tadi sekitar jam 9.15 malam disaksikan oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua pasangan selebriti ini.

Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Juara Hero REMAJA 2011/2012 yang juga Bintang Paling popular, Anugerah Bintang Polular BH 3.0, Fattah Amin. Perkara ini turut disahkan oleh syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pasangan itu sah diijabkabulkan pada majlis pernikahan yang berlangsung pada malam tadi.

Pada majlis tersebut, kelihatan Fazura tampil cukup anggun dalam persalinan memukau rekaan pereka fesyen kegemaran beliau iaitu Rizman Ruzaini yang juga sahabat baik beliau. Busana serba putih dengan potongan kurung moden menjadi pilihan artis jelita ini di hari paling bahagia dengan suntukan perincian manik yang ringkas dan minimalis.

Solekan malar segar sentuhan jurusolek selebriti terkenal, Sheila Mohamad nyata membuatkan aura jelita Fazura cukup menyerlah dan berseri di hari pernikahnnya. Fattah Amin pula tampil segar dengan mengenakan pakaian Baju melayu berona sedondon dengan suri hatinya.

KRONOLOGI KISAH CINTA FATTAH AMIN & FAZURA

Pada sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

IKLAN