Khas buat bakal pengantin yang ada masalah kulit jerawat, badan penuh toksin, ini adalah resepi mudah untuk anda mulakan hari baru, semangat baru untuk menuju ke arah lebih sihat dan cantik.
DETOX KULIT – Jerawat HILANG, lemak TERHAKIS dan body maintain KERENGGA tak perlu telan PIL!
Jum kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakissss!
Ads
Bahan :
1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Ads
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari.
*tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais
Ads
Sumber: Resepi orang kampung
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengendaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cahaya mata merupakan kurniaan terindah yang diberi oleh Allah S.W.T kepada pasangan suami isteri. Siapa sahaja mesti mahukan zuriat dalam sesebuah hubungan perkahwinan kerana zuriat ini yang akan menjaga dan mendoakan kita kelak.
Bagi yang sedang hamil dan menunggu masa untuk mekahirkan anak, tahniah diucapkan. Namun, bagi mereka yang masih belum mempunyai rezeki mendapatkan anak jangan berputus asa dan teruskan berdoa supaya dipermudahkan olehnya.
Oleh itu, ini adalah sedikit panduan tentang apa yang suami isteri perlu lakukan sesaatnya zuriat anda dilahirkan. Semoga mendapat manfaat!
Suami perlu lakukan :
1. Dakap anak Azan & Iqamat – Bertujuan untuk mengelakkan syaitan yang dah standby tunggu nak sesatkan anak (Ummu Sibyan).
2. Kucup dahi isteri dan ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan zuriat buat anda. Baru dia rasa pengorbanan dia dihargai.
3. Suapkan kurma & air zam zam buat isteri kerana mereka telah banyak habis tenaga melahirkan ini. Pasti gembira isteri anda kalau suami suapkan makanan sunnah ni.
4. Pastikan segala kelengkapan sudah tersedia. Kalau isteri anda melahirkan anak di Hospital swasta anda maybe boleh tinggal dan bermalam bersama.
5. Suami juga boleh rakam gambar kenangan sebagai memori yang indah ini buat anda berdua. Nanti boleh tunjuk pada anak, mesti dia suka tengok mak ayahnya gembira dengan kehadirannya.
6. Katakan di Hospital kerajaan anda mungkin dapat melawatnya pada masa tertentu saja. Apapun, pastikan kelengkapan seperti air masak, biskut, makanan ringan, susu & ubatnya diletakkan di tempat yang isteri anda tahu.
7. Surprise . Ini ramai yang tak pernah buat. Isteri tahu bila lahirkan anak keadaan normal adalah proses memulihkan kesihatan ibu dan anak. Namun, ramai yang lupa masa inilah suami kena romantik dengan isteri. Cuba hadiahkan bunga atau apa saja buat wife anda tanda anda hargai dia.
8. Bila dah masuk wad ketika isteri sudah berada dalam keadaan rehat suami perlu urut isteri di bahagian bahu, tapak kaki, kepala dan ikatkan rambut isteri setinggi yang boleh bertujuan menenangkan perasaan isteri selepas bersalin.
Isteri perlu lakukan :
1. Dakap anak kedada anda, peluk dia dengan erat. Berikannya susu sesudah itu. Ia penting untuk melawan penyakit pada bayi.
2. Percaya ada susu. Pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga 2 tahun.
3. Kawal rasa sakit. Mungkin Maybe anda akan menerima pethidine, entonox atau epidural. ketahui kesan ubat ubat ni. Jadi anda akan lebih bersedia.
4. Letakkan surah disebelah anda dan bayi. Ini adalah amalan baik untuk semua. Mainkan bacaan yaasin dari telefon. Pastikan zikir & alunan Al Quran ini sentiasa menjadi pendinding buat anda dan anak.
5. Ambil tahu :
– Pastikan anda ambil tahu perkembangan bayi selepas lahir.
– Selepas menyusu pastikan ibu-ibu sendawakan bayi.
– Jangan biasakan mendukung takut dia terbiasa dengan cara tu.
– Jangan beri apa apa makanan & minuman selain susu ibu sehingga usianya 6 bulan.
– Bagi sebanyak mungkin susu ibu untuk elakkan jaundice.
– Bayi menghabiskan 60% masanya dengan tidur.
– Dalam bulan pertama kelahiran normal, bayi akan menyusu sekerap 5-10 kali bagi tempoh 2 hingga 3 jam.
6. Ingat! selepas ni anda kena berpantang. Berpantang elok kalau nak nampak muda dari usia. Semoga berjaya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meminta maaf dan memaafkan merupakan salah satu kunci yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik. Malah energi maaf ini juga mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan sesebuah rumah tangga.
Namun saat berlakunya konflik antara suami isteri, ucapan maaf ini terasa begitu sukar untuk diterima ataupun diucapkan. Masing-masing dengan ego yang tersendiri, tidak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.
Mengucapkan kalimat maaf kepada pasangan sebenarnya dapat meredakan kemarahan pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu, fahami enam alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.
Jika merasakan apabila anda meminta maaf anda berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya silap. Sebenarnya ketika anda meminta maaf kepada pasangan disebabkan oleh kesalahan anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih baik jika anda berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasan ini boleh mencetusnya perang yang besar.
Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan masalah. Buktikan ketulusan anda dengan meminta maaf seikhlas hati dan segeralah memperbaiki diri agar rajuk pasangan anda tidak berpanjangan. Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan sukar untuk memohon maaf secara berdepan. Apa kata anda ambil hati pasangan dengan melakukan tindakan yang disukainya misalnya memasak makanan kegemarannya ataupun menyediakan keperluan yang diinginkannya. Apabila hati pasangan sudah sejuk, minta maaf kepada pasangan dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati pasangan untuk memaafkan kesalahan anda.
Mungkin saat anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata maaf itu merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan.
Mempunyai sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Kehidupan suami isteri pastinya tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam rumah tangga kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak.
Meminta maaf kepada pasangan atas kesalahan anda membolehkan anda belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin sebelum itu anda tidak terfikir untuk melakukannya ataupun sama sekali anda tidak terfikir tentang baik dan buruk yang bakal terjadi. Dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.
TAHUKAH ANDA?
Menurut pakar psikologi dari Universiti Indonesia, Rosdiana Setyaningrum, keengganan untuk meminta maaf selalunya terjadi ketika salah satu pihak merasakan posisinya lebih tinggi daripada pihak yang satu lagi, sekali gus mengheret berlakunya konflik yang lebih berat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...