Hubungan

Diamnya Seorang Perempuan, Jangan Sampai Jadi Dendam

Share

Sampai tahap diamnya seorang perempuan, itu bahaya. Risau jika emosinya mula terganggu dan memendam rasa. Jadi suami kena ambil peduli, tak boleh anggap keadaan ini normal. Siapa tahu hatinya ada terusik?

Bak kata Puan Farizal Radzali, salah satu sifat makhluk Allah yang bernama perempuan ialah banyak cakap. Sebab bercakap itu adalah terapi buat dirinya. Walau kadang bercakap pun ada banyak salahnya. Nak mengenali lebih dekat makhluk Tuhan ini, jemput baca.

Diamnya Seorang Perempuan

Tapi bila seorang wanita itu diam, itu adalah kerana dia sedang menjaga dirinya dan orang-orang disekelilingnya.

Diamnya seorang anak, kerana dia takut kata-katanya akan membuatkan dia menyinggung hati ibu ayahnya lalu dia berdosa kepada ibu ayahnya.

Diamnya seorang ibu, kerana dia takut andai anak-anak melawan lalu membuatnya tersinggung, maka berdosalah anaknya.

Diamnya seorang isteri, kerana bimbang kedua-duanya mendapat dosa. Dia takut dirinya mendapat dosa melalui kata-katanya. Dia bimbang suaminya ikut berdosa kerana gagal membimbing dirinya untuk menjadi isteri yang mampu menjaga kata-katanya.

Diamnya seorang kakak/adik, kerana dia tak nak timbulkan perbalahan dengan saudara yang berkongsi rahim dengannya.

Diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Namun andai diamnya kerana memendam rasa sakit, mudaratlah akhirnya.

Andai diamnya kerana emosi yang gagal, bermakna diri dan hatinya sedang musnah perlahan-lahan.

Andai diamnya menjadi dendam, musnahlah segalanya.

Jadi, buat golongan lelaki yang baru bergelar suami, fahami lah hati seorang perempuan. Biar sampai lumat untuk menjaga hubungan rumah tangga. Moga sampai tua.

IKLAN