Isteri adalah cerminan suami . Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya. Wanita ini kongsi, didikan suami itu sebenarnya yang membentuk seorang isteri.

Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri. Hebatnya!

IKLAN

Kes ini saya dapat dari empunya tuan badan. Sungguh terinspirasi. Dan sungguh membuatkan rasa lebih syukur dan syukur.
.
.
Perkahwinan pertama gagal, perkahwinan kedua memberi sejuta kebahagiaan.
.
.
Bukan bekas isteri menceritakan keaiban tetapi lebih kepada berkongsi hebatnya didikan seorang suami yang “MENYERAHKAN” isterinya bulat2 kepada MAHA PENCIPTA.
.
.
Antara kata2nya pada saya “ustazah, perkahwinan saya dan suami saya sekarang, pada awalnya saya hanya nak nasib anak saya terbela sebab saya tak kerja, rupanya jauh betul pemikiran saya.. Bukan sahaja anak2 saya, saya pun rasa terasa kehidupan dunia ni paling Indah dikurniakan suami yang selalu ajak ke masjid, walaupun suami saya bukan orang belajar agama, tapi dia sentiasa suruh saya dan anak2 belajar dan faham agama. Dia anta saya Kelas2 agama, anak2 saya dibelai seperti anak sendiri. Paling saya rasa pelik, setiap kali dia balik kerja, pasti dia akan duduk dulu dilaman, ajak saya berbual. Kalau sampai lewat, sebelum tidur, mesti dia akan peluk saya dan tanya ape saya buat hari ni, ade ape2 tak cukup ke… Kalau solat kat rumah mesti kene jemaah walaupun saya kata saya nak buat benda lain dulu. Susah saya nak tengok dia marah. Mak saya pun cakap yang saya banyak berubah bila bersama suami saya sekarang. Alhamdulillah, dah 23tahun rumahtangga kami. Kami nak tunaikan haji sama2 tahun ni, doakan kami di sana ustazah.,,, ”
.
.
Sungguh berat peranan suami sebenarnya. Sebagai isteri kita doa banyak2 untuk suami agar Allah bantu urusan dunia dan akhiratnya?
.
#resepiperkahwinan #dakwah #arrijaluqowwamunaalannisa#serahsegalanyapadaallah #pasanganadalahpinjaman

IKLAN

 

IKLAN

Kredit : FB Nur Aqidah Mawardi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI