
Timun memang banyak ditemui dalam produk kecantikkan kerana khasiatnya yang bagus untuk kulit. Timun memang sesuai dalam penjagaan wajah, lebih-lebih lagi untuk bakal pengantin kerana anda perlu menjaga wajah menjelang hari bahagia.
Selain digunakan sebagai penyegar wajah, timun juga boleh digunakan sebagai ‘face mist’. Tapi bagaimana? lihat sahaja langkah mudah ini. Anda pun boleh lakukan!
1. Rebuskan timun
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Kalau rebus lama nanti vitamin akan hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2. Blend timun
Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak-agak sahaja. Jangan banyak sangat.
3. Perah lemon
Siapa yang ada jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4. Masukkan dalam botol spray
Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab dah masak tadi.
Bila nak pakai keluarkan dan sembur sahaja dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar kering macam tu.
5. Siap !
Selamat mencuba!
Kredit : Tengku Wdec
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI