Tempoh sembilan bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga. Penting bagi puan dan para pembaca semua mengisinya dengan amalan yang baik. Contoh sebaik baik amalan doa & zikir semasa mengandung semestinya dari Al quran.

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

Ada terdapat banyak doa, zikir dan amalan yang bersesuaian boleh dilakukan oleh ibu mengandung yang jika diamalkan secara istiqamah dan yakin, insyaa Allah akan melahirkan anak yang soleh dan solehah. Hari ini kita berkongsi tentang doa dan surah untuk amalan ibu mengandung sebagai zikir untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Ibu dan bapa yang menjaga tuntutan luar dan dalam dengan melazimi amalan rohani dapat membantu anak yang lahir baik akhlaknya.

Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran

Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :

1) Doa mendapatkan anak yang baik (QS. Ali Imran 38)

“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”

Ertinya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 juga merupakan potongan doa ibu hamil yang dapat dilafazkan semasa kehamilan.

2) Doa Nabi Yunus A.S Semasa Dalam Perut Ikan

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

IKLAN

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”

Doa ini sangat bagus di amalkan terutama selepas tanda tanda dekat nak bersalin semakin hampir. Semoga Allah swt membantu dan melancarkan urusan kelahiran. Insyaallah…

3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah (QS. As Saffat 100)

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

Ertinya:

IKLAN

“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”

4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)

Memiliki anak soleh mahupun solehah tentu menjadi impian hampir setiap ibu bapa muslim. Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi/ dalam rahim

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim”

Ertinya:

IKLAN

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya, doa doa ini menjadi makanan rohani untuk ibu & anak.

Betapa pentingnya menjaga kedua dua santapan jiwa dan makanan untuk ibu hamil yang sihat untuk mengelak atau menghilangkan kencing manis semasa mengandung untuk kekal sihat & cergas.

5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)

Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:

Doa Dan Zikir Buat Ibu Lancarkan Kelahiran
.

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiina imaaman”

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami

Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74).Anak anak yang baik akan memberikan ketenangan dalam hidup ibu dan ayahnya. Rezeki tidak hanya dihitung dengan wang ringgit. Ketenangan hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kita dapat lihat, berapa ramai diluar sana yang kaya wang ringgit tetapi tertekan. Malam sukar tidur & terpaksa memakan ubat untuk meredakan tekanan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI