BISMILLAAHHIRRAHMANNIRRAHIMM

ALLAHUMMA INNI 
AS’ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI.

WA A’UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI 

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya”.

Walaupun bacaan doa ini sunnah, dan memang ramai pengantin lelaki tidak mengamalkannya, namun jika anda mahu membacakan doa ini, haraplah beritahu kepada jurugambar dan Mak Andam agar mereka bersedia untuk berikan peluang untuk anda.

Mungkin jika anda susah untuk mengingati doa ini, atau terlupa anda boleh screenshot di telefon bimbit anda dan baca dari situ.

SEBAIK-BAIKNYA DILAKUKAN BUKAN DI DEPAN KHALAYAK RAMAI, BUKAN UNTUK TONTONAN ORANG RAMAI. 

Doa Lepas Akad Nikah, Bakal Suami Jangan Terlupa Baca

Walaupun nanti ada makcik / pakcik yang sibuk “Eh, cepat-cepat batalkan air sembahyang! Sarungkan cincin! Pasangkan rantai, gelang…”

IKLAN

– sebenarnya, makcik nak tengok buat apa eh?


Oleh itu, kedua pengantin harus bersedia dan tahu apa yang mereka hendak lakukan selepas majlis akad nikah.

Secara ringkas, selepas bacaan doa oleh Tok Kadi, (dan berikan bayarannya) segeralah bersalaman dengan ayah dan wali atau ayah mertua, serta kedua orang saksi yang ada di situ. Ucapkanlah terima kasih kerana sudi hadir untuk menjadi saksi kepada pernikahan kamu.

*Sementara menantikan barang-barang hantaran diangkat / bertukar ganti, pakai capal / kasut, lap peluh jika ada, minta segelas air minuman jika haus dan sebagainya.

Beri salam sambil menghampiri isteri di pelamin, lalu hulurkan tangan untuk bersalaman. Letakkan tangan kanan di ubun-ubunnya, lalu bacakan doa untuknya. Tak perlulah gunakan mikrofon!

IKLAN

Doa Lepas Akad Nikah, Bakal Suami Jangan Terlupa Baca

Pernah ada kes yang pengantin lelaki yang cium tangan isterinya! Jangan keliru, ya!

Penyerahan mas kahwin, “Saya serahkan mas kahwin ini kepada isteriku, (nama).”
Isteri pun menjawab, “Saya terima.”

*Diikuti dengan sarungkan cincin (jika ada) untuk kedua-duanya. Jika ada rantai, cukup sekadar meyerahkan sahaja, tak perlulah memasangkan depan kita semua.

*Pastikan ada seorang yang bertanggungjawab untuk mengambil dulang mas kahwin / hantaran dan apa-apa barang kemas yang ada untuk disimpan kemudian.

IKLAN

 

*Sila semak sijil pernikahan agar nama masing-masing dieja dengan tepat. Sijil ini boleh dikembalikan sekiranya terdapat kesalahan cetakan nama atau butiran.

Doa Lepas Akad Nikah, Bakal Suami Jangan Terlupa Baca


Jika kamu sudah bersedia, barulah kami akan memanggil kedua ibu bapa untuk bergambar bersama.

Tetamu yang lain, termasuk pengiring pengantin (bridesmaids / groomsmen), sila tunggu giliran. Tugas-tugas kamu membantu pengantin adalah seperti yang ditandakan *

  • sediakan air untuk pengantin
  • sediakan tisu, jika perlu
  • sediakan kipas, jika perlu
  • sediakan tuala muka, untuk lap peluh
  • bertukar barangan hantaran
  • memegang dulang mas kahwin + cincin
  • menyerahkan sijil nikah
  • membuat pengumuman untuk bergambar
  • mengawal tetamu / crowd control di pelamin

sumber : hundredprints.wordpress.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI