
Doa Putus Cinta Atau Mohon Hapuskan Kenangan Lama. Putus cinta atau berpisah dengan orang yang kita sayang, pasti akan meninggalkan luka. Luka tu pulak bukan boleh hilang dalam sekelip mata. Justeru ada amalan zikir sebagai terapi kepada sakit di hati kita.
Selain zikir dan melakukan aktiviti positif dengan rakan yang baik, kita juga cuba amalkan doa yang akan saya share kat bawah nanti sebagai salah satu cara merawat sakit putus cinta. Doa putus cinta ni mohon agar Allah hilangkan kesakitan dan kenangan dengan si polan sewaktu ketika dulu.
Doa Putus Cinta Atau Mohon Hapuskan Kenangan Lama
Inilah doa yang saya maksudkan, doa putus cinta.

Jika mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri, dan seumpamanya.. maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, ialah letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca ayat berikut:
Yamhullahu maa yashaa’ – [surah ar Ra’ad, ayat 39] ertinya Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya.
Setelah itu, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang. Tanda kita usaha nak buang jauh-jauh segala memori sedih dari fikiran atau hati kita.
Semoga bermanfaat kepada kita semua. Nak bersedih tak salah tapi cukuplah untuk seketika. Moga ada cahaya kebahagiaan di hujung jalan.
Suami Jangan Selfish! Perkongsian Lelaki Ini Buat Kita Lebih Hargai Isteri

Isteri nampak je duduk di rumah dari pagi sampai petang tapi kita tak pernah tahu apa yang dilalui mereka. Yang kita tahu, penat kita di tempat kerja. Membayangkan kerja seorang isteri ni, boleh bermain bersama anak bila letih, boleh memasak bila lapar, hakikat dan realitinya, isteri ini kerjanya tidak pernah putus. Dan hanya satu ubat segala keletihan mereka iaitu seorang suami yang memahami.
Ini perkongsian seorang suami bernama Mizan Dzai :
GILIRAN SUAMI
============
Dari dulu sampai sekarang kita selalu dengar pasal isteri ambil pil perancang untuk mengawal production dia orang dari keluarkan model baru setiap tahun. Macam-macam jenis pil di telannya dan ada yang setiap bulan kena cucuk.
Kau sebagai suami kena ingat, ini adalah antara punca badan isteri naik dengan jayanya sebab hormon dia orang terganggu. Kau yang tak beragak asik nak buang kat dalam, lepas tu salahkan isteri bila badan dia naik sampai kong absorber kereta belah penumpang.
Nak melalui fasa mengandung ni bukan semudah kau urut belakang dia bila dia muntah, itu pun kalau tak jijik dan kalau rajin nak urut lah. Kau sendiri muntah pun tahu penat. Kalau kau pernah kena food poisoning kau tahu lah rasanya macam mana. Penat gila dan lagi teruk dari tu.
Macam yang baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes seorang ibu kelar anak dia yang berusia 2 bulan. Sedih, terkejut, semuanya ada. Allahurabbi. Minta dijauhkan perkara sebegini dari kita semua. Ramai orang komen, binatang pun sayangkan anak. Ramai orang komen, ini kerja orang tak ada iman.
Cubalah untuk tidak menjadi manusia bebal yang suka menghukum tanpa usul periksa. Yes, manusia bebal. Terutamanya lelaki dan wanita bujang yang hebat mengata dan tak rasa apa dia rasakan. Kau tu pernah ke berada kat tempat dia? Ibu mana (yang bernikah) yang tak sayangkan anak?
Kau tahu tak Allah cipta wanita yang mengandung dan bersalin ni setabah dan sekuat-kuat manusia? Sakit melahirkan ni, satu benda yang kau sebagai suami takkan boleh bayangkan. Kau tu baru kena inject ambik darah dah menjerit satu kampung. Berbual lebih.
Kau tak rasa kesakitan, kegembiraan dan kenikmatan dia orang bila diberitahu yang dia mengandung, melayan mual dan morning sickness, melayan apa yang anak tekak dia nak rasa, sakitnya bila kaki bengkak dan pinggang sakit tengah malam lagi-lagi bila sakit di tempat Epidural untuk anak kedua dan seterusnya, debar dan sakitnya contraction juga kesakitan bersalin sampai terkoyak.
Bila terkoyak, lebih lagi yang terkoyak senget, alignment dia dah tak sama macam dulu. Duduk pun senget sikit sebab tak selesa atau ngilu kerana dijahit. Kau yang lelaki ada fikir? Ada jaga perasaan dia orang?
Perempuan mengandung ni emosinya tak menentu, tak stabil dan susah untuk kau jangka. Dia boleh menangis secara tiba-tiba sebab tak tahan badan sakit-sakit. Kau sebagai suami harus bagi perhatian lebih kat isteri tu. Mulut jangan main lepas je cakap perkara yang tak sepatutnya.
Jangan buat benda bodoh, jangan pentingkan diri sampai ajak isteri bersama sebelum habis pantang. Nauzubillah. Dengan luka tak kering lagi, dalaman tak sembuh sepenuhnya kau dah gasak sebab nafsu kuda kau tu. Gila.
Lagi-lagi bila kau si suami yang tak ada rezeki untuk jaga isteri, terpaksa hantar anak isteri ke rumah mertua untuk berpantang disana. Sakitnya, tabahnya wanita yang bergelar isteri tanpa suami disisi. Paling aku tersentuh, bila nak sapu ubat kat luka jahitan tu, Allahhurabbi.
Banyak sebenarnya yang kita sebagai lelaki selalu salahkan isteri. Dia orang ni sentiasa nak yang terbaik untuk kita dan keluarga. Biasalah kekadang dia tak faham, itu tugas kita untuk bagi faham, untuk membentuk dan mendidik. Jangan letakkan soal merancang anak, berpantang, kerja rumah, rumah tangga, pendidikan, dan sebagainya pada bahu isteri semata-mata. Don’t.
Cuma bab merancang, kalau kau rasa ekonomi belum cukup stabil, kalau rasa tak bersedia untuk jaga anak berderet setiap tahun, bawa berbincang dan bantu satu sama lain. Jangan kau reti buat tapi tak reti jaga. Jangan kau serah semuanya pada isteri, jangan kau buat-buat tak tahu.
Suami tolong lah apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil lain. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah, mesti berkomunikasi dengan dia, dan jangan menyebabkan isteri jadi Post Partum Depression (PPD) atau dalam bahasa kita, meroyan.
Mulai sekarang, giliran kita membantu.
Allah dah janji, ada rezeki pada isteri dan setiap anak. Allah dah janji, jangan ragu-ragu, jangan pentingkan diri dan tamak.
Pasangan Elak Nyanyuk Dengan Amal Surah Az Zumar, Surah Al-A’raaf, Surah Al-Hajj

Artikel berkaitan cara merawat nyanyuk dengan al Quran ini amat berguna untuk dibaca dan difahami agar kita semua boleh menghindari gejala nyanyuk dengan selalu membaca dan melihat al Quran. Kalau setakat melihat al Quran di dalam internet, itu bukan dikira melihat al Quran secara fizikalnya. Jadi mulai sekarang, ingatan buat saya sendiri dan anda semua…sama-samalah kita membaca, memegang dan melihat al Quran.

.
Penulis menceritakan keajaiban mukjizat al-Quran dan manfaatnya yang berlaku kepada arwah ibunya. Semasa hidupnya dia rajin membaca al-Quran dan pada usia mencecah 100 tahun semasa meninggal, ingatannya masih kuat. Memorinya menakjubkan kerana boleh bertutur dengan baik, tidak nyanyuk dan kenal dengan siapa dia bercakap.Walaupun fizikalnya lemah kerana usia lanjut namun pemikirannya tajam dan menjadi tempat rujukan bila ditimpa masalah
Apa itu nyanyuk?
Perubahan tidak dapat dielakkan akibat proses penuaan yang boleh dilihat pada kedutan kulit, rambut beruban, sejuk badan dan sakit otot. Ramai beransur hilang ingatan selepas umur 40 tahun, kehilangan ingatan teruk dan drastik pasti bukan sebahagian penuaan normal.
Nyanyuk atau Demensia bukan penyakit. Sebaliknya, menggambarkan gejala yang mempengaruhi kebolehan pemikiran dan sosial yang cukup teruk sehingga mengganggu kerja harian. Gejala ini boleh menyebabkan perubahan personaliti, mood dan tingkah laku. Dalam beberapa kes, demensia boleh dirawat dan diubati. Contohnya demensia yang disebabkan oleh penyalahgunaan bahan (dadah dan alkohol), gabungan ubatan, hormon atau ketidakseimbangan vitamin.
Banyak sebab gejala demensia wujud. Alzheimer adalah punca paling biasa bagi demensia yang progresif. Demensia menunjukkan terdapatnya masalah dengan sekurang-kurangnya dua fungsi otak seperti kehilangan ingatan dan proses logik fikiran terjejas atau bahasa dan tidak upaya melaksanakan beberapa aktiviti harian.
Demensia membuat anda keliru dan tidak dapat mengingat orang dan nama. Anda mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku. Bagaimanapun, beberapa punca demensia boleh dirawat malah boleh pulih sepenuhnya. Dalam satu riwayat, Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa orang yang sentiasa membaca al-Quran tidak akan ditimpa penyakit nyanyuk.

.
Tanda-tanda nyanyuk
Demensia adalah progresif. Ini bermakna otak seseorang itu menjadi lebih rosak dan kurang bekerja dari semasa ke semasa dan tanda itu cenderung berubah dan menjadi lebih teruk. Atas sebab ini, adalah penting berbincang dengan doktor secepat mungkin jika anda mempunyai masalah dengan ingatan anda.
Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti.
Rawatan moden
Kebanyakan demensia tidak boleh diubati. Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk demensia disebabkan vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan. Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan sebagai contoh, ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.
Bagi jenis neurodegeneratif demensia, penting mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubah suai faktor risiko seperti merawat darah tinggi, kolesterol, diabetes dan berhenti merokok.
Demensia yang tidak dapat diubat seperti Alzheimer, ubatan boleh ditetapkan bagi menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mempunyai kemurungan. Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi boleh mengurangkan gejala demensia. Yang paling penting dalam rawatan adalah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau orang tersayang disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan pada masa depan.

.
Rawatan nyanyuk guna al-Quran
Daripada penerangan di atas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah normal dan merupakan kitaran hidup manusia.
Di dalam Islam banyak diterangkan tentang proses penuaan seperti ayat di bawah:
“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40: 67]
Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fizikal lemah dan tidak berdaya sebagaimana firman Allah dalam ayat di bawah:
“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.” (Ar-Rum 30:54):
Sains menunjukkan proses penuaan dipengaruhi enzim di dalam sel badan yang setiap kali membahagi, semakin memendek. Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.

.
Dengan membaca ayat suci al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang menggetarkan sel rosak untuk mengembalikan keseimbangan. Perubahan pada getaran ini dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya radangan dalam badan, menseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan. Hasilnya, pengamal al-Quran kelihatan lebih muda dan bertenaga, lebih baik tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit lain berkaitan penuaan.
“Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?” (Al-Qamar:17)
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit demensia akan diberi ayat berikut untuk diamal disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37.
Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56.
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78.
Surah An-Naml ayat 71 hingga 93.
Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47.
Surah Yassin ayat 72 hingga 83.

.
Cara mengamalkannya:
1) Cara amalan pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang.
2) Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
3) Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
4) Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.
Lepas Kahwin, Nafkah Isteri Adalah Utama, Barulah Ibu Bapa?

Antara nafkah isteri dan nafkah ibu bapa, yang mana lebih perlu diberi keutamaan?
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Jabir r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Riwayat al-Bukhari – 6763) dan Muslim – 997)
Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak mampu.
Ulama sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibu bapa.
Mahfum hadis itu menunjukkan, perkataan faliahlika adalah lebih kepada isteri dan anak.

Maka, tanggungjawab kepada isteri perlu diutamakan kecuali dalam keadaan darurat dan ibu bapa memerlukan bantuan, maka ketika itu hendaklah diberikan kepadanya.
Dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.” (Riwayat Ahmad – 2335, Abu Daud – 1691 dan al-Nasa’ie – 2353)
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi menukilkan, al-Khattabi berkata: Susunan itu jika engkau memperhatikannya, maka engkau akan mengetahui bahawa Baginda SAW mendahulukan yang utama dan kerabat yang dekat.
Hadis itu jelas menunjukkan tanggungjawab kepada isteri adalah yang utama selepas diri sendiri.
Imam Nawawi menyebut: Apabila berhimpun pada seseorang, orang-orang yang berhajat daripada mereka yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka, maka sekiranya hartanya cukup untuk menafkahkan semuanya, maka dia wajib menafkahkan semuanya.
Namun, sekiranya hartanya tidak lebih kecuali untuk seorang, maka hendaklah mengutamakan nafkah untuk isteri berbanding nafkah untuk keluarga lain. (Lihat Raudhah al-Talibin, 9/93)
Imam al-Syaukani berkata: Telah sampai pada tahap ijmak kewajipan memberi nafkah kepada isteri.
Kemudian jika masih ada lebihan harta daripada itu, barulah ada kewajipan nafkah terhadap keluarga lain.

Ulama menyebut, memberi nafkah kepada ibu bapa tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan iaitu ibu bapanya miskin dan memerlukan bantuan.
Anak juga perlu mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat itu disepakati ulama.
Berdasarkan nas dan hujah ulama, kami berpendapat, nafkah kepada isteri perlu didahulukan kecuali dalam keadaan ibu bapa tidak berkemampuan untuk menyara diri.
Bantuan kepada ibu bapa jangan kita anggap beban, tetapi ihsan yang wajib ditunaikan sebagai hak mereka.
Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Gambar hiasan : Tangkap Picture