Kita sebagai seorang lelaki yang normal pasti menginginkan supaya banyak dicintai atau di sukai oleh para wanita. Perlu diingatkan disini bahawa perbezaan Doa Agar Dicintai Wanita dan Doa Supaya Disukai Wanita itu tidak ada perbezaanya.
Menyenangkan memang jika kita sebagai seorang lelaki di sukai banyak wanita cantik, seakan – akan wajah kita sangat tampan bagai Arjuna. Tetapi hal tersebut berlaku jika lelaki tersebut memang benar – benar tampan dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
.
Namun jika anda pada kenyataanya susah untuk mendapatkan seorang wanita maka anda boleh mengamalkan beberapa Bacaan Doa Supaya Dicintai Banyak Wanita yg sudah kami tulis dan buat hanya untuk anda.
IKLAN
Didalam Al-Qur’an sendiri sudah banyak surat yang boleh digunakan untuk memikat hati wanita, contohnya Surah Yusuf dan Surah At Taubah Ayat 128-129.
Kedua Surah yang ada di Al-Qur’an tersebut boleh anda amalkan dengan rutin setiap mengerjakan Solat Maghrib dan Solat Subuh. InsyaAllah banyak wanita yang menjadi idaman anda akan menaruh simpati kepada anda, asal dengan niat positif.
Bacaan doa agar disukai banyak wanita yang boleh anda amalkan dirumah setiap harinya adalah Surah Yusuf dan Surah Taubah Ayat 128-129 dan diamalkan setiap anda mengerjakan atau menunaikan Solat Maghrib dan Solat Subuh disertai dengan zikir, Selawat dan membaca Surah Al-Fatihah.
IKLAN
Kemudian jika sangat diperlukan maka anda boleh meminta kepada Allah dengan mengerjakan Solat Sunat Hajat.
Inilah Bacaan Doa Surah Yusuf
IKLAN
.
Doa Disukai Orang Surah At–Taubah
.
Itulah beberapa bacaan doa untuk disukai wanita yang boleh kami sampikan dan berikan kepada anda. Semoga bacaan doa ini dapat berguna dan bermanfaat bagi anda semua. Tapi perlu diingatkan sekali lagi kepada anda, bahawa doa–doa ini hanya di amalkan untuk keperluan yg positif. Jadi jika anda mengamalkan doa–doa ini tetapi dengan niat yg negatif maka insyaAllah ianya tidak akan terkabul.
Biarpun berbeza negara, budaya serta agama namun pasangan ini tidak menjadikan faktor tersebut sebagai satu halangan. Selain keserasian, hubungan cinta yang direstui oleh keluarga turut menjadi paksi utama buat Nina dan Hayden untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Bagi mereka, restu keluarga bukan hanya menjadikan sesebuah perkahwinan itu lebih bahagia bahkan diberkati.
“Kami berkenalan sewaktu masing-masing sedang melanjutkan pengajian di University of Winchester, United Kingdom iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Hubungan kami bermula sekadar kawan biasa sahaja dan ianya berjalan lancar selama setahun lebih. Akhirnya kami menjadi kawan baik. Disebabkan masing-masing merasa selesa dengan hubungan yang terjalin maka kami sentiasa bersama. Lantas tercetus satu perasaan yang sukar diungkapkan. Akhirnya bibit-bibit cinta mula terbit dalam diri masing-masing.
Tiada lamaran secara rasmi dilakukan oleh suami kerana kami berdua telah bersepakat untuk bersama selepas berjauhan selama dua tahun. Bagi kami itu juga merupakan salah satu fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Kami bersyukur kerana masing-masing berjaya menjaga hubungan dengan kejujuran dan kesetiaan. Itu juga menunjukkan jodoh kami kuat, alhamdulillah.”
Hayden seorang yang penyabar dan berbakat namun sering merendah diri dengan merasakan dirinya banyak kekurangan. Selain itu, dia seorang yang rajin berusaha untuk mendalami agama Islam seterusnya terbuka hati untuk memeluk Islam. Setelah masing-masing yakin dengan hubungan yang dibina akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
“Kami tidak bertunang sebaliknya bersetuju untuk mengikat hubungan selama lapan bulan,” kongsi Nina atau nama sebenarnya Amanina Shazwan Zaidi yang kini berusia 26 tahun. Manakala suaminya, Hayden Yau berusia 25 tahun.
“Kami bernikah di Greenhouse Hotel, Bournemouth kerana kami sangat menyukai konsep kehijauan yang terdapat di situ. Walaupun suami menyarungkan baju Melayu ketika majlis pernikahan namun majlis tersebut mengambil konsep English tradisional wedding. Untuk majlis sebelah suami, kami sendiri yang merancang majlis perkahwinan kami di sana. Saya dan suami ke kedai hiasan untuk membeli barangan bertemakan rustik seperti lilin, lampu fairy lights, bunga, candle jar dan sebagainya.”
Hampir keseluruhan dekorasi dilakukan sendiri oleh pengantin. Tema perkahwinan mereka sangat unik. Ia bukan sahaja bertemakan English wedding bahkan terdapat gabungan elemen tradisi Melayu dan Cina.
Pengalaman paling sukar dilupakan pengantin ialah proses untuk berkahwin. Betapa banyaknya proses legal lebih-lebih lagi berkahwin dengan dua negara yang berbeza. Terlalu banyak kertas kerja melibatkan undang-undang Malaysia dan UK dan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun masih banyak cabaran di masa hadapan namun mereka tetap percaya bahawa ia mampu diharunginya.
Pasangan ini merancang untuk berbulan madu ke Jepun kerana mereka sangat sukakan keindahan negara tersebut. Mereka juga berhasrat untuk bertemu rakan-rakan di sana yang pernah belajar bersama mereka dahulu. Nina dan Hayden kini memiliki kedai di Cyberjaya
Jalan terbaik untuk bahagia, berkawan dengan suami. Ada masalah atau rasa tekanan hidup, luah pada pasangan. Kerana dia boleh jadi pendengar yang baik dan penyimpan rahsia paling dipercayai.
Begitulah kehidupan selepas sah jadi suam isteri, ada masalah sebaiknya berkongsi tentang rasa. Jangan disimpan dalam hati. Inilah yang dipesan oleh pemilik produk Rohina, Puan Nia Syaqiera buat pasangan suami isteri.
Berkawan Dengan Suami
Buat masa sekarang, berkawanlah dengan cuma suami kita. Nak bercerita apa apa , ceritalah cuma pada suami kita.
Percayalah anda tidak boleh percaya pada semua orang lebih lebih lagi orang yang paling rapat dengan anda.
Ramai manusia bermuka dua sekarang. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain . Dulu burukkan orang lain depan kita, sekarang burukkan kita depan orang lain.
Kadang kita fikir orang nak tengok kita berjaya , tapi trust me , tak semua. Yang confirm nak tengok kita berjaya tentulah pasangan dan keluarga kita atau leader kita sahaja.
Kita mungkin tak nampak perangai sebenar orang sekeliling kita. Walau awak kawan 10 tahun pun, belum tentu dia betul betul sayang you, percayalah.
Sebab itu pilihlah untuk bersama orang yang memang sekatil dengan kita. Kita tidur di lantai, dia pun ikut tidur di lantai. Yang susah senang dengan kita selain keluarga kita, tentulah pasangan kita.
Fokuslah pada mereka, itu sahaja jalan paling mudah untuk bahagia dalam rumah tangga.
Bila sahabat minta tolong doakan minta dipercepatkan jodoh, minta tolong doakan biar cepat hamil, saya selalu bisik dalam hati, insyaAllah Allah akan Beri, apabila sampai waktunya nanti. Kalian hambaNya yang baik, pasti Allah bungkus cantik-cantik sebelum ‘hadiah’ itu diberikan kepada kalian nanti.
Boleh jadi Allah tidak beri sekarang kerana Allah ingin mempersiapkan kita dari segi emosi, fizikal, ilmu & amalan agar apabila direzekikan jodoh & zuriat kelak, kita mampu menggalas amanah sebagai pasangan & ibubapa yang berilmu & beriman.
Ramai orang kahwin, tapi tak semua dapat meningkatkan keimanan dengan perkahwinannya.
Ramai orang beranak, tapi tak semua mampu mendidik anak dengan ilmu, akhlak & kefahaman agama.
Ramai orang kaya, tapi tak semua mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat, bangsa, agama & negara.
Ramai orang berilmu, tapi tidak bermanfaat untuk sesiapapun termasuklah dirinya.
Maka, mintalah kepada Allah apabila Dia Beri, berilah kepada kita dengan keadaan Dia redha & kita juga diberikan kefahaman agama.
Waktu itu kita akhirnya faham, bahawa pasangan & zuriat itu adalah amanah yang sangat besar. Waktu itu kita akan faham mengapa Allah Beri sekarang, kenapa tidak semalam. Kita akan faham, kenapa Allah tidak berikan setahun yang lepas.
Kadang kita rasa lelah, memberontak, dah hilang sabar apabila segala perancangan kita tak mengikut kehendak kita.
Dicari-cari, tak jumpa juga apakah hikmahnya. Susahnya untuk memujuk diri.
1) Mungkin sekiranya kita tak diuji dengan rasa penatnya hidup di dunia, kita akan terus mencintai dunia & bertambah tamak untuk mengejarnya.
Mungkin kerana itu Allah uji ketahanan kita, uji kesabaran kita. Sampai satu tahap, kita rasa seperti dah tak mampu, namun Allah tetap izinkan untuk kita melepasi detik sukar itu.
Rupanya, Allah mahu kita capai redha dulu barulah Dia beri. Dengan cara yang paling baik, pada masa yang terbaik. Subhanallah.
2) Sedangkan hendak minta daun kari dengan jiran sebelah rumah pun kita perlu usaha untuk keluar rumah, ketuk pintu jiran & minta keizinan. Inikan pula hendak meminta pertolongan dari Tuhan yang Menciptakan kita.
Tentu Allah nak lihat bagaimana santun akhlak & kerasnya usaha kita kembali kepada Dia. Mohon pertolonganNya. Merasakan kita ini hambaNya yang lemah & sentiasa memerlukanNya.
Bersangka baiklah pada Allah. Walau payah, walau beratnya Allah sahaja yang Tahu. Allah takkan pernah menzalimi hambaNya.
3) When Allah says ‘Yes’, no matter how we feel, even we think that it is impossible, everything will still be & if Allah says ‘No’, or ‘Not Yet”, no matter what we do, no one could help us.
Everything happens by the will of Allah. Whatever He wills happens, and whatever he does not will does not happen.
Jika Dia Beri, itulah yang terbaik.
Jika Dia belum Beri, itulah juga yang terbaik.
Kita kena yakin bahawa pemberian Allah itu sentiasa tepat pada masanya.
Kita kena yakin bahawa Allah Lebih Mengetahui segala-galanya kerana pengetahuan kita tersangatlah terhad.
All things belongs to Allah, forever & ever. We ourselves are too powerless over things that are beyond our control.
4) Ask Allah to grant us to be patient with a beautiful patient.
Tidak kira apa ujian yang sedang kita lalui, apa keadaan yang sedang kita depani, kadang rasa dah tak boleh move on, kadang rasa dah tiada siapa yang menyokong & faham. Percayalah… this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed.
Pada saat kita dah tak mampu nak bersuara apa, hanya air mata sahaja yang jatuh membasahi tempat sujud, waktu itulah Allah paling dekat.
Allah Heard the most in our weakest condition.
Call on Allah. He will surely answer you.
.
“They plan, and Allah plans. Surely, Allah is the Best of planners.” (Quran 8:30)
After all, just trust in the beautiful plannings of Allah. Indeed, He knows best for us. InsyaAllah.