Dalam rumah tangga mesti akan ada perselisihan faham. Itu perkara biasa, ia terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita mengawal dan menyelsaikan masalah antara pasangan. Adakah tindakan yang kita lakukan betul?

Disini kami akan kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar. Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

Ikuti Tips Rumahtangga Bahagia

Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia Supaya Aman Dan Damai, Jom Amalkan!

Doa pengikat kasih sayang

Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

IKLAN

Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi. Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu. Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia Supaya Aman Dan Damai, Jom Amalkan!

IKLAN

Doa kebahagiaan suami isteri

Banyak amalan doa yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, amin.

 

 

IKLAN

 

 

 

Sumber : ajumohit

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI