
Keganasan rumah tangga adalah satu-satunya masalah yang jarang dilaporkan.
Mangsa selalunya akan menyembunyikan kecederaan fizikal ataupun mental yang dihadapi untuk masa yang lama sebelum meminta pertolongan.
Malangnya, orang lain tidak boleh membantu jika mangsa selalu mendiamkan diri. Mangsa itu mesti sedar dan mahu menyelamatkan diri sendiri.
Doktor ini kongsi di Twitternya, sifat mangsa keganasan rumah tangga yang mungkin ada pada keluarga, orang terdekat atau rakan-rakan kita.
Sanggup berkorban & terkorban
so, macamana nak bantu?
Bukan Hadith, Syurga Di Bawah Tapak Kaki Suami…

Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suamiWalaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga, adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak tercatit dalam ayat Al-Quran dan hadis Baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.Jika seorang isteri yang mentaati suaminya dijanjikan syurga, bagaimana pula isteri yang berbuat dosa.
.
Adakah dosanya ditanggung oleh suaminya?
Dalam kalam Al-Quran terdapat-ayat yang memerintahkan agar setiap manusia perlu menjaga diri mereka dan juga orang-orang disekeliling mereka daripada melakukan perkara maksiat atau dosa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.” (al-Tahrim: 6).
Imam Besar Masjid Al-Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya berkata ayat ini ditujukan kepada setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar menjauhkan diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan dan menjauhi daripada perkara maksiat. Setiap orang juga perlu menasihati ahli keluarga mereka dengan menunjukkan jalan yang benar dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar.
Berdasarkan penjelasan tersebut, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain hanya dosa mereka sendiri
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.” (al-An’am:164).
Lagi satu firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Fatir:18). Mengikut Imam al-Hafiz Ibn Kathir, kedua-dua ayat tersebut jelas mengatakan bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya.
.
Namun begitu, seorang suami atau seorang penjaga akan berdosa sekiranya dia tidak menasihati isteri atau wanita dibawah jagaannya dalam perkara yang ma’ruf dan tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar
Di dalam kalam Al-Quran terdapat firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (an-Nisaa’: 34).
Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita dan mereka wajib menyuruh wanita iaitu isteri mereka untuk menunaikan hak-hak Allah SWT seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang wanita-wanita daripada melakukan perkara maksiat. Sebagai kesimpulan, suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya sekiranya dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin iaitu dengan menasihati dan membimbing isteri mereka.
Adapun, jika isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur, atau isteri melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya maka isteri itu tetap berdosa dan bukan dibawah tanggungan suaminya
Setiap insan yang mukallaf akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
INI PULA APA YANG DIKATAKAN OLEH PU AZMAN DI INSTAGRAM MILIKNYA.
.
Para suami tidak boleh menggunakan kenyataan di atas untuk memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Kenyataan di atas bukan hadis sebagaimana dinyatakan oleh seorang alim besar Syria Syeikh Doktor Ahmad Al Hajji Al Kurdiy.
Benar, salah satu kunci syurga isteri ialah taat pada suami. Hadis sohih riwayat Ibnu Hibban.
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ.
Maksud :”Jika seorang wanita solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), jaga maruah dan taat suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu”.
Satu lagi hadis sohih menunjukkan besarnya hak suami ke atas isteri.
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا.
Maksudnya :“Jika aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang, maka aku perintahkan isteri untuk sujud pada suaminya”. Hadis ini disohihkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim dan dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.
Tapi taat isteri pada suami, bersyarat. Isteri bukan hamba suami. Mereka ialah rakan kongsi pejalanan hidup. Suami bukan raja yang pegang kuasa veto. Bahkan suami bertanggungjawab melorongkan syurga isteri. Ketaatan seorang isteri, mesti dibayar dengan tanggungjawab yang sangat besar daripada seorang suami. Suami memang tak wajib taat kepada isteri. Tapi suami wajib taat kepada Allah dalam urusan isteri. Bukan perkara memain beb.
Lembut Dalam Pertuturan Juga Penyayang, Buat Mahira Jatuh Hati

Jika sudah jodoh tidak ke mana. Begitu juga dengan pasangan Syed Muhamad Hafiz Bin Syed Munshi Afdzaruddin dan Wan Mahira Binti Prof Dato Dr Wan Mahadzir. Perkenalan yang terjalin sejak pertengahan tahun 2015 menyatukan keduanya dengan satu ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri. Dua tahun perkenalan sudah cukup membuktikan kesetiaan dan keluhuran cinta keduanya. “ Hafiz seorang yang matang disusuli dengan leadership skills yang sangat tinggi. Tambah pula dia soft spoken and caring , itu yang membuat saya tertarik dengannya,”akui Mahira.
Manis mengikut adat Melayu, keduanya mengikat tali pertunangan pada 16 September 2017. Majlis pernikahan berlangsung pada tarikh 3.3.2018 sebanyak lima dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas tujuh dulang berhias indah dari pihak perempuan.
Tema majlis
Rona keemasan menjadi teras utama kerana Mahira menggemari rona tersebut diganding dengan rona neutral. “ Saya suka set up yang kelihatan glamor namun tidak keterlaluan,” ujarnya.
Perancang perkahwinan Kayangan Gallery telah berjaya menarik minatnya sebaik melihat sentuhan pelamin pada majlis perkahwinan Shalma Aina. Ternyata mereka mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam merealisasikan pelamin itu. “ Kak Noor sering bertanya pada saya tentang foto yang saya suka untuk membolehkannya melakar keseluruhan set up sebagaimana yang saya suka. Saya sungguh teruja dengan idea yang dihasilkan olehnya” terang Mahira.
Busana dan rias wajah
Memilih Nurita Harith sebagai pereka busana untuk baju nikah dan majlis resepsi adalah pilihan yang tepat. Rekaan baju kahwin yang dihasilkan olehnya tidak pernah menghampanya. Rekaannya mempunyai ciri-ciri kelembutan. Apa yang dihasilkan adalah impian Mahira. Ternyata kala menyarung gaun rekaannya membuat diri kelihatan sungguh glamor. Pereka ini membuat dirinya bukan lagi bermimpi semuanya diinterpretasi menjadi realiti.
Untuk majlis nikah, Erin Leola bertanggungjawab merias wajah dan menyukai cara mekapnya yang versatile. “ Erin tidak takut bereksperimen dengan warna pada pengantin yang disoleknya. Jadi saya yakin Erin boleh ‘naikkan seri wajah’ sebaik menyarungkan baju nikah nanti,” jelas Mahira.
Pada majlis resepsi Leen Zakaria jadi pilihan kerana Mahira salah seorang peminatnya. Mahira yakin Leen mampu menjadikan dirinya nampak glamor saat menyarung gaun dengan perincian mewah. Keduanya memilih untuk berbulan madu di Itali memandangkan keduanya mahu menghabiskan masa berdua di kota penuh romantis seperti di Venice.
AKAD NIKAH
Tarikh: 3.3.18
Lokasi: Setia City Convention Centre
Dekorasi pelamin: Kayangan Gallery
Busana: Nurita Harith
Solekan & rambut: Erin Leola & Darshidayuartistry
Bunga tangan: Kayangan Gallery
Fotografi: dw.co , ayulrahman, qahharphotography
Videografi: dw.co
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 4.3.18
Lokasi: Setia City Convention Centre
Dekorasi pelamin: Kayangan Gallery
Busana: Nurita Harith
Solekan & rambut: Leen Zakaria & Ckayliow
Bunga tangan: Kayangan Gallery
Fotografi: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Videografi: dw.co
Kita Selalu Ukur Nilai Wanita itu Letak Pada Hantaran, Tapi Pernah Tak Kita Sebagai Lelaki Tahu Nilai Diri Kita?

Berapakah nilai kita sebagai seorang lelaki yg bakal atau dah menjadi suami…?
Kita selalu mengukur nilai seorang wanita itu terletak pada hantaran dan mas kawinnya…semakin tinggi nilai tersebut, semakin besar jugak expectations yg kita harapkan drpdnya…
“Dah bayar 20k, mesti la kena pandai masak, kena lahirkan anak, kena uruskan hal2 rumah dan sebagainya…”
Bayar mahal kot…kena la tau serba serbi dan buat mcm2…
Tapi pernah tak kita sebagai lelaki yg bakal menjadi suami atau dah menjadi suami tahu nilai diri kita berapa…?
“Nilai seorang lelaki itu terletak pada cara dia menghormati dan melayani wanita…”
Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah? Cukup solat kita? Ontime? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Berapa dalam ilmu kita, kefahaman kita tentang soal agama?
Sejauh mana kita mempraktikkan agama itu dlm kehidupan seharian kita…?
Semua ni kita kena NILAI dlu diri sendiri sebelum kita MENILAI pasangan kita…
Jangan terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yg bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela…Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargai dan melayaninya…