
Sebenarnya fasa bertunang ni ialah fasa berkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan , pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu. Amir Syahir kongsi dugaan bertunang ni sebenarnya terletak pada diri kau sendiri.
Ujian dalam pertunangan ni boleh tahan hebatnya. Sebab tu la orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. Kalau boleh lepas tunang, kahwin cepat-cepat. Sebab nak elakkan perkara yang tak elok berlaku. Aku dengan isteri dulu bertunang dalam 5 bulan. Lepastu kami kahwin.
Kadang-kadang masa bertunang ni tetiba ja ada orang lain yang lebih baik dan bagus daripada tunang kau datang dalam hidup kau. Masa tu memang Allah nak uji kau. Nak tengok sejauh mana keteguhan dan kesetiaan kau.

Dalam keadaan macam tu semuanya terletak pada diri kau. Kalau kau memilih untuk melayan, maka akan terbinalah hubungan yang lain lalu akan ada yang terluka. Kalau kau menepis, Alhamdulillah kau memang hebat.
Jangan permainkan hati orang. Kalau ada orang lain mempermainkan hati adik kau, apa kau rasa? Sebelum nak bertunang, nak melangkah ke satu hubungan yang lebih serius, fikirlah sebaik-baiknya. Mohon petunjuk daripada Allah.
Buat yang tengah bertunang, semoga hubungan pertunangan kalian baik-baik saja. Kalau boleh cepatkanlah pernikahan. Buat yang baru merancang untuk bertunang, semoga perancangan kalian berjalan dalam keadaan yang baik dan lancar.
Moga manfaat. Kah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahlah Anda, Ini 7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Idaman Kebanyakan Lelaki!

Tugasnya menjadi kakak sulung bukanlah tugas yang mudah. Walaupun terpaksa mengalah dalam banyak hal dan perkara, namun anda tetap mempunyai banyak kelebihan.
Sikapnya yang matang dan berdikari itu banyak membuatnya terlihat sempurna di mata seorang lelaki. Ini 7 sebab kenapa anak sulung perempuan menjadi idaman setiap lelaki.
1. Anda seorang yang jujur
Hal ini kerana anda selalu berlaku jujur terhadap kedua ibu bapa, jadi jujur adalah sifat neutral yang anda miliki. Inilah sebabnya anda menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?
2. Anda bersifat optimis dan berdikari
Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, anda mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Anda bukan sahaja dapat membela nasib anda sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik anda serta keluarga anda. Sebab itulah anda menjadi idaman lelaki.
3. Anda seorang perempuan yang selalu melindungi adik-beradik
Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikan secara fizikal sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana anda anak sulung, anda memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekali gus mengurus hal ehwal adik-beradik.
4. Anak perempuan sulung biasanya pandai memasak
Sudah pasti anda biasa memasak dan membuat kuih-muih untuk adik-beradik atau orang tua. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh anda. Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkan anda menjadi isteri idaman pada amnya.
5. Anda pendengar yang baik
Oleh sebab anda sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh daripada adik-beradik, maka jelas sekali bahawa anda adalah pendengar yang baik. Anda juga mendengar keluhan kisah adik-beradik dan tidak jarang memberikan adik anda untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, anda juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan anda untuk mengendalikan segala situasi masalah.
6. Anak sulung perempuan merupakan calon ibu yang baik
Macam mana tidak menjadi isteri idaman? Anda kan sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adik-beradik. Anda selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah di saat ibu menguruskan adik-beradik yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas anda mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.
7. Anak sulung perempuan terkenal dengan kerajinannya
Anda selalu membantu ibu bapa membersihkan rumah di saat ibu bapa keluar atau pergi berkebun di belakang rumah. Anda melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan anda seorang anak yang rajin yang tidak harus diperlekehkan.
Kepada anak perempuan yang sulung, anda sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana!
Sumber: life.idntimes.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Berhiaslah Untuk Suami, Tapi Janganlah Selekeh Untuk Khalayak

Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam itu?
1. Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya
Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.
Ini kerana sekiranya cintanya pada Allah dan Islam telah kuat dan kukuh pasti wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam agama.
Pendek kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
2. Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya
Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya, pergaulannya serta pertuturannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Wanita yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.
3. Wanita Yang Sentiasa Berzikir
Wanita yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal atau berjenama.
4.Wanita Yang Bersederhana
Wanita yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah dalam aspek berhias.
Ini bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah, ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
Az- Zumar : 53
5.Wanita Yang Sentiasa Dalam Wudhuk
Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhuk.
Selain membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.
6. Wanita Yang Menjaga Kesihatan
Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun, seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari aspek fizikal dan mental. Sebenarnya, sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?
Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.
Jadi, golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari dari batas ajaran Islam.
Kecantikan akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber: Tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Yang Kerap Berdoa Mampu Melembutkan Hati Suami Dan Anak-Anak

Benar seperti dikata, kehebatan air tangan ibu mahupun isteri untuk insan yang dicintai yang didorong dengan perasaan kasih sayang mampu melembutkan hati suami dan anak-anak.
Ketika memasak banyak doa yang boleh isteri ataupun si ibu bacakan untuk kesejahteraan ahli keluarganya selain memperbaiki hubungan agar lebih akrab.
Malah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, tulus ikhlas dan penuh ceria bakal menghasilkan kerja yang berkualiti.
Semoga hidangan makanan yang anda masak akan sentiasa diberkati Allah SWT di samping anda miliki suami dan anak-anak yang mempunyai akhlak yang terpuji.
1. Ambil wuduk & solat sunat
Ambil wuduk dan lakukan solat sunat sebanyak dua rakaat sebelum anda memulakan urusan untuk memasak.
2. Doa masuk ke dapur
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)
3. Doa mengambil beras
“Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
4. Doa menyimpan beras
“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” (Surah Ali Imran, ayat 27)
5. Doa memotong sayur-sayuran atau daging
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: ‘Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Surah Al-Baqarah, ayat 71)
6. Doa memotong sayur-sayuran
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” (Surat Al-Kautsar, ayat 1-3)
7. Doa meletakkan peralatan memasak di atas dapur
“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 137)
8. Mulakan dengan bacaan Bismillah
Setiap kali hendak memasukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Bismillah untuk mendapatkan keberkatan.
9. Cara mengacau lauk
Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam iaitu dari arah kanan ke kiri mengikut sunnah Rasulullah SAW.
10. Basahkan lidah dengan berdoa
Ketika memasak, sentiasalah membasahkan lidah dengan membaca doa.
“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.” (Surah Al-Imran, ayat 200)
11. Sentiasa berzikir
Untuk melazatkan masakan, sentiasa basah lidah anda dengan berzikir, berselawat dan beristighfar sepanjang melakukan proses memasak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

