Foto: Google

Kahwin itu indah tapi besar tanggungjawabnya untuk dipikul. Salah sedikit, kita berdosa. Ikut amalannya kita dapat pahala. Realiti hidup suami isteri bukan semudah di kaca tv. Banyak yang kita harus pelajari.

Di awal perkahwinan, banyak perkara yang perlu kita pelajari tentang pasangan. Kehidupan selepas berkahwin tidak sama dengan keadaan sewaktu bercinta. Selepas tinggal sebumbung dan tidur sebantal, barulah anda kenal perangai dia yang sebenar.

Bagi seorang wanita yang sarat dengan emosi, mereka kadangkala terlupa untuk bersabar dengan kerenah pasangan. Mereka lebih mudah untuk meluahkan perasaan sehingga berkasar dan menyakiti hati suami. Walhal berdosa jika meninggikan suami padanya. Jadi, ini ringkasan buat isteri yang sering alpa.

Dugaan Paling Besar Buat Seorang Isteri Adalah Untuk Bersabar Dengan Kerenah Suami
Foto: Google

UNTUK ISTERI YANG SERING ALPA.

Dari: Fauziah Hashim
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

IKLAN

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Dugaan Paling Besar Buat Seorang Isteri Adalah Untuk Bersabar Dengan Kerenah Suami
Foto: Google

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

IKLAN

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah tangga kita.

Dugaan Paling Besar Buat Seorang Isteri Adalah Untuk Bersabar Dengan Kerenah Suami
Foto: Google

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

IKLAN

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

#YaAllahberiakupeluangjadiisteriygsolehah

Sumber : Nurul Hidayatul Akma Salihan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI