Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya.
Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.
Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.
Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan yang terdapat bukan hanya memihak kepada lelaki, tetapi juga kepada isteri dan kesemua pihak.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini:
1) makan minum isteri.
Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
Duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
SAYA SUDAH KAHWIN TAPI KENAPA TERINGIN LAGI USHA WANITA LAIN?
Isteri adalah anugerah Allah kepada sang suami. Dan tentunya paling baik kerana isterilah yang halal buat suami..
Allah bagitahu dalam surah al-baqarah yang mafhumnya: Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah isterimu sesuka hatimu..
Namun, walaupun sudah beristeri, setiap manusia masih punyai nafsu. Dan nafsu ini masih kena dididik walaupun sudah berkahwin kerana nafsu yang tidak dididik ia laparkan perkara haram.
IKLAN
Nabi bagitahu kita, kahwin itu menyempurnakan separuh iman. Hal ini mungkin kerana sewaktu bujang, sememangnya nafsu tetap perlu dididik, namun agak susah kerana tidak pernah merasa kenikmatan berkahwin. Adapun orang sudah berkahwin, lebih mudah mendidik nafsunya..
IKLAN
Jadi bagaimana penyelesaiannya?
IKLAN
Didiklah nafsumu dengan memberinya yang halal sahaja, sehinggakan anda akan merasa jijik membuat perkara haram, kerana ianya kotor lagi dimurkai Allah..
Akhir kalam, jagalah oganisasi kecil yang Allah bagi kepada anda iaitu KELUARGA ANDA, supaya dengan itu, organisasi besar seperti negara boleh terjaga dan maju seiring dengan keredhaan Allah..
Sebaik saja mengikat diri dengan perkahwinan, golongan lelaki bergelar suami perlulah beringat bahawa ada wanita yang bernama isteri sedang menunggu kepulangan kita di rumah. Jadi, adalah tanggungjawab anda sebagai suami memaklumkan ke mana saja anda pergi agar si isteri tidak gelisah dan bimbang dengan keadaan suaminya.
Namun, berapa ramai yang mengamalkan konsep memaklumkan kepada isteri masing-masing? Mungkin boleh dibilang dengan jari.
Menurut Tuan Azlan Noor, isteri akan rasa dihormati apabila suami memaklumkan pergerakan mereka. Malah, amalan seperti itu akan menambahkan lagi tahap kepercayaan mereka terhadap suami, sekali gus mengurangkan rasa kebimbangan dalam diri mereka. Hey, manfaatkan perkongsian yang bagus ini ya!
PAGI-pagi lagi kawan tiba-tiba muncul sambil tangan di kepala. “Pokle. aku kantoi dengan bini semalam. Kantoi kita gi makan kat Paramount Coffee House tu. Adui!”
Dengar macam itu, saya gelakkan saja sambil sound direct lagi pada dia. “Haa, itulah kau. Padan muka. Aku dah cakap banyak kali, kalau nak pergi mana-mana bagitau bini. Jangan sorok.” Petang itu, memang kami dah rancang nak keluar makan selepas waktu kerja.
“Jom kita makan kat Paramount Coffee House,” kawan bagi cadangan. Bincang punya bincang, setuju nak try kafe itu. Kafe itu memang tip top. Ada feel macam hipster campur restoran mewah. Makanan okey, rasa ada, portion pun boleh tahan, harga je so-so. Nasib baik dah gaji, boleh tutup sebelah mata.
Kawan saya kata dia memang ada plan nak bawa keluarga datang makan sini. Tetapi belum ada kesempatan lagi. “Aku tak cakap kat bini aku kita makan sini. Aku cakap nak keluar dengan Pokle je. Takut dia fikir apa pulak,” dia buat pendedahan. “Apa susah sangat nak info. Cakap je lah. Itu pun susah ke? Bukan orang lain.”
Dalam banyak-banyak yang kami pesan itu, ada satu dia nak order ‘take away’. nak bagi isteri Ambil hatilah konon. Set churros menjadi pilihan, “Favourite bini aku.” katanya.
Selesai makan, bayar dan kami gerak balik. Dia dengan churros untuk isteri kesayangannya. Masa di rumah, dialah jadi benda lawak itu. Isteri dia buka kotak churros, nampak ada satu kertas berlipat. Dibuka lipatan satu persatu.
Member saya itu terus menoleh, rasa lain macam. Ibarat seketul peluh keluar di dahi. Rupanya resit selepas bayaran tadi dia lipat dan letak di dalam kotak itu. Dia terus mengelabah fikir ayat cover apa nak cakap
“Biasa je makanan kat sini. Harga pun mahal,” punyalah dia nak sorok. Last-last kantoi. Hahaha! Saya berani sound sebab dulu saya pun macam itu juga. Bila ada kerja di office kena stayback, saya tak info surihati. Bila keluar minum dengan kawan selepas kerja pun, saya diam juga. Kita rasa macam kalau tak info isteri pun tak apa. Sampailah satu masa surihati bersuara.
Bila fikir-fikir, betul juga cakap surihati saya. Isterilah yang patut kena tahu apa yang suami nak buat. Ke mana kita nak pergi, lagipun tak salah kalau kita cerita benda yang betul. Teringat masa surihati keguguran dulu. Nasib baik masa itu di office. Buatnya saya merendek di tempat lain, mengagaulah dia seorang diri. Allah, minta jauhlah.
Sebenarnya, bila suami info isteri:
1. RASA BIMBANG MEREKA BERKURANGAN
Kalau jadi apa-apa, mereka tahu mana nak cari. Kalau tak info, selagi suami tak jejak rumah, selagi itulah isteri ini risau. Hati tak tenang dan jiwanya gelisah.
2. ISTERI RASA DIHORMATI
Isteri kita ini ibarat rakan kongsi dalam bisnes (rumah tangga). Bila kita kasi info, ibarat kita bagi penghormatan. Mereka itu bukan tunggul kayu di rumah.
3. BENTUK KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN
Komunikasi ini mesti dua hala. Tak boleh dia saja kena beritahu. Suami pun sama. Bila begitu, mereka tahu kita berlaku jujur dan kepercayaan akan bertambah. Maka terbitlah rasa kasih, sayang dan cinta.
4. SUAMI YANG JUJUR ADALAH GENTLEMAN
Isteri mana yang tak mengimpikan suami yang gentleman. Biar tak handsome, asal tahu cara dan layanan terbaik untuk pasangan. Tak semestinya kena belai setiap masa. Bagi sms sepatah pun dah kira gentle la tu.
5. LATIH DIRI BUANG SIFAT EGO
Lelaki dan ego berpisah tiada. Takut dikatakan suami pengecut setiap aktiviti nak kena beritahu isteri. Dengar sini wahai suami sekalian. Anda tidak akan dilabelkan sebagai pengecut jika tidak info isteri tetapi anda pengecut jika sudah menyusahkan pasangan, tidak jujur, tidak hormat isteri dan ego melampau.
Tidak perlu berahsia dengan isteri. Benda baik dan betul, jangan disorok. Bila kantoi, jenuh nak cover. Itu pun kalau isteri ‘termakan’ dengan cover korang itu. Hahaha!
Jadilah suami yang gentleman. Kita hormat dia, dia hormat kita semula. Basic rule saja, sebagai manusia. Kalau rasa diri itu manusialah. Lainlah kalau rasa diri itu kayu.
1. Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.
Firman Allah SWT maksudnya:
Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.
— Surah ar-Ra’di ayat ke 38
2. Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.
Al-Baihaqi RA meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang maksud:
Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.
— Hadis riwayat ath-Thabarani (7643)
4. Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.
Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW maksudnya:
Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku
— Hadis riwayat al-Iraqi (2/29)
5. Sebaik-sebaik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.
Rasulullah SAW bersabda:
Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu bersetubuh/berumahtangga, hendaklah dia berkahwin, kerana ia paling menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah pemelihara (dapat mengekang keinginan nafsu syahwat) baginya
— Hadis riwayat al-Bukhari
6. Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...