Kita sering mendengar perkataan nusyuz yang sering dikaitkan dengan perangai isteri. Wanita terutamanya isteri sangat takut kepada perkataan nusyuz kerana memperlihatkan perangai buruk yang menyebabkan dia diceraikan.
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku’, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi menjawab: ‘Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Ads
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Ikatan suci yang terbina seharusnya dipelihara dengan sebaik yang mungkin supaya dilimpahi rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut.
Apabila terbitnya ikatan perkahwinan ini, maka akan terbitlah juga satu bentuk hubungan yang perlu dijaga oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi isteri. Jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan suami, dia akan keluar daripada mentaati suaminya atau nusyuz.
Ads
Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri nusyuz:
1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suami
Apabila isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja, hendaklah meminta izin daripada suami. Namun, beberapa hal yang boleh dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya. Selain itu, jika isteri meminta keizinan suaminya untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik jika suami mengizinkannya.
Ads
2. Enggan mengikut suami berpindah
Jika suami telah ditugaskan ke tempat lain dan memaksanya untuk berpindah, maka isteri juga wajib mengikutinya. Jika isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Namun, isteri boleh untuk tidak mengikut suami jika isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.
3. Tidak membuka pintu untuk suami
Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau dalam bilik dengan tujuan untuk melarang suami masuk.
4. Tidak menyerahkan diri pada suami
Walaupun maksudnya remeh, namun ia berdosa besar. Jika seorang isteri tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa isteri tersebut kerana telah menolak keinginan suaminya. Seperti hadis riwayat al-bukhari yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”
5. Tidak mengendahkan panggilan suami
Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.
Wahai bakal isteri… Tahukah anda?
Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.
Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada sebahagian wanita yang tidak menyedari bahawa mereka sering melakukan beberapa kesilapan selepas melakukan hubungan intim dengan pasangan. Awas! Jika dibiarkan kesilapan-kesilapan ini, kelak boleh membuatkan alat kelamin anda bermasalah dan menjejaskan hubungan intim.
Oleh itu, jangan ambil mudah dengan lima perkara penting yang anda perlu titikberatkan ini.
1. TIDAK BUANG AIR KECIL
Tentu sahaja selepas kepenatan melakukan hubungan intim, anda rasa malas untuk bangun walaupun untuk ke tandas. Sedarkah anda bahawa kemalasan anda itu merupakan satu kesilapan? Seharusnya selepas hubungan intim, segeralah membuang air kecil. Pakar Obstetrikian bernama Robert Wool mencadangkan agar wanita segera membuang air kecil dalam masa kurang daripada satu jam selepas hubungan intim. Apabila hubungan intim, bakteria boleh menempel pada alat kelamin dan pangkal paha, malah berkemungkinan besar boleh mencetuskan jangkitan genital. Malah dengan membuang air kecil selepas hubungan intim juga akan ‘membersihkan’ uretra dan mengurangkan risiko kepedihan semasa kencing.
2. GUNA CECAIR PEMBERSIH
Sesetengah wanita mungkin berfikir bahawa dia harus segera membersihkan alat kelamin dengan cecair pembersih padahal cara itu sebenarnya tidak baik. Kulit di kawasan alat kelamin wanita sangat sensitif. Jika anda segera membersihkan alat kelamin dengan cecair pembersih bahan kimia, mungkin anda akan mengalami alahan seperti kulit gatal, merah atau kering. Alat kelamin sebenarnya mempunyai sistem perlindungannya yang tersendiri. Cukup hanya menyiram dengan air bersih di kawasan alat kelamin anda.
3. SAPU MINYAK DALAM VAGINA ATAU MELAKUKAN DOUCHING
Ingat! Jangan sesuka hati meletakkan sebarang kandungan minyak ke dalam vagina anda. Menggunakan minyak atau douching boleh mengubah persekitaran dan pH semula jadi pada vagina anda, sekali gus boleh meningkatkan risiko jangkitan yis.
4. LAP DARI BELAKANG KE DEPAN
Ini merupakan perkara penting yang anda harus tahu. Jika anda ingin membersihkan alat kelamin, pastikan jangan lap dari arah belakang ke depan. Sebaliknya laplah dari arah depan ke belakang. Ini bagi mengelakkan bakteria dari dubur masuk ke saluran kencing dan meningkatkan risiko jangkitan termasuk cystitis.
5. TIDUR DALAM SELUAR DALAM SEKSI
Aktiviti hubungan intim yang memenatkan pasti membuatkan anda cepat keletihan dan ingin terus tidur. Jika anda masih memakai seluar dalam daripada bahan nilon dan renda yang seksi, pastikan anda tukar dahulu dengan seluar dalam yang lain. Perlu anda ketahui bahawa selepas hubungan intim kulit anda menjadi lebih lembap dan suhu tinggi. Jadi apabila kulit dibaluti dengan seluar dalam daripada bahan yang tidak baik, peluh dan bakteria akan terkepung lantas membuatkan alat kelamin anda mudah dijangkiti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu malam merupakan waktu untuk kita beristirahat dengan tidur. Sebelum melelapkan mata kita haruslah berdoa dan berzikir agar ketika tidur kita dilindungi daripada pelbagai perkara buruk.
Sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah ra, ini merupakan empat amalan yang sebaiknya kita buat sebelum nak tidur.
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah, “Janganlah engkau tidur sebelum mengerjakan empat hal ini.”
1. Mengkhatam Al-Quran
2. Menjadikan para nabi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat
3. Meminta reda daripada semua kaum Muslimin
4. Melaksanakan haji dan umrah
Aisyah lantas bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana aku boleh melakukan keempat-empat hal tersebut?”
Seraya tersenyum, Rasulullah menjawab:
1. Jika engkau tidur dan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
قل هو الله أحد … (x3) (Qul huwallau ahad … hingga selesai di baca sebanyak 3x)
2. Apabila engkau bershalawat kepadaku dan kepada semua Nabi-Nabi maka engkau sama dengan menjadikan kami sebagai pemberi syafaatmu.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى جميع الأنبياء والمرسلين (x3) (Allahumma shalli ala sayyidina Muhammadin wa ala jami’il anbiya’ wal mursalin, 3x)
3. Apabila engkau beristighfar untuk kaum Muslimin, maka engkau telah menjadikan mereka reda kepadamu.
اللهم اغفرلى ولولدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات (x1) (Allahummaghfirli wa liwalidayya wa li jami’il muslimin wal muslimat wal mu’minin wal mu’minat, 1x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” seolah-olah engkau telah melaksanakan haji dan umrah.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم (x7) (Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil adhim, 7x)
Itulah antara empat amalan yang diajarkan Rasulullah SAW menjelang tidur kepada Sayyidah Aisyah yang sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam mengamalkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalah dah kahwin, banyak ‘undang-undang’ yang anda kena hafal untuk bina kebahagiaan pada isteri. Terutama tentang kewangan dalam rumah tangga.
Ada lebih, hulur lah lebih. Jangan bagi cukup-cukup sahaja padanya. Susah dia nak pusing duit buat beli keperluannya. Nak lagi jelas, jemput baca perkongsian saurdara Firdaus Shakirin ini.
Kalau Dah Kahwin
Lumrah wanita nak ada duit sendiri.
Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluannya.
Buat Beli Kelengkapan Diri dan Rumah
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti. Perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada itu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik dimata, tapi pakai mana yang ada, maka dimana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak, isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri. Dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Percayalah, orang rumah anda tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami. Begitulah kisah untuk bina sebuah kebahagiaan dalam rumah tangga. Moga kalian dapat sesuatu dalam perkongsian ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!