Setiap hubungan pasti mempunyai masalah tersendiri. Salah faham adalah perkara yang biasa terjadi antara pasangan suami isteri. Ia boleh menjadi parah sekiranya ia tidak dibendung dan tidak diselesaikan dengan cara yang betul.

Elak Salah Faham Dalam Perhubungan 4 Langkah Mudah Ini Boleh Jadi Amalan.Gambar Sekadar Hiasan.

Dalam hal ini, pasangan suami isteri perlu memainkan peranan bagi mengelakkan salah faham menjadi punca kepada keretakan rumah tangga. Jangan biarkan ego menguasai diri sekaligus membawa mudarat kepada hubungan yang dibina selama ini.
Jom Pesona Pengantin kongsikan 4 langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dalam mengelakkan salah faham!

Elak Salah Faham Dalam Perhubungan 4 Langkah Mudah Ini Boleh Jadi Amalan.

1. JANGAN ROSAKKAN PUJIAN DENGAN PERKARA NEGATIF

Menyatakan rasa tidak puas hati ketika sedang memberikan pujian bukanlah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Sekiranya anda ingin memberikan pujian kepada pasangan anda, pastikan anda tidak menggabungkannya dengan kritikan kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan pasangan anda.

Ayat yang tidak sesuai digunakan: “Makan malam ini sungguh enak, bukan macam semalam.”

Ayat yang sesuai: “Makan malam ini sungguh enak, terima kasih!”

IKLAN

Elak Salah Faham Dalam Perhubungan 4 Langkah Mudah Ini Boleh Jadi Amalan.

2. APABILA BERCAKAP TENTANG KEHENDAK ANDA, JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “TIDAK” DAN “TIDAK AKAN”

Perkataan “tidak” dan “tidak akan” mempunyai keupayaan untuk memberikan kenyataan negatif. Oleh itu, ia tidak akan berkesan sekiranya anda menggunakan perkataan ini sekiranya anda ingin berbincang tentang kehendak anda. Selain, itu pasangan anda mungkin sukar untuk memahami bagaimana mereka perlu bertindak apabila mereka mendengar frasa ini, kerana kekeliruan akan meninggalkan mereka dengan pilihan yang berbeza.

Ayat yang kurang sesuai: “Saya tidak mahu awak mengawal saya.”

IKLAN

Ayat yang sesuai: ” Saya nak awak percayakan saya.”

Elak Salah Faham Dalam Perhubungan 4 Langkah Mudah Ini Boleh Jadi Amalan.

3. CUBA GUNAKAN PERKATAAN “DAN” DARIPADA

Peraturan ini mungkin tampak mudah namun anda harus pastikan yang anda akan sentiasa mengaplikasikan peraturan ini dalam kehidupan anda. Dan ia pasti berbaloi kerana peraturan ini akan membantu komunikasi anda bersama pasangan anda. Cubalah!

IKLAN

Ayat yang kurang sesuai: “Saya boleh memahami awak, tetapi saya juga mahu awak memahami saya.”

Ayat yang sesuai: “Saya boleh memahami awak, dan saya juga mahu awak memahami saya.”

Elak Salah Faham Dalam Perhubungan 4 Langkah Mudah Ini Boleh Jadi Amalan.

4. JANGAN SESEKALI BANDINGKAN PASANGAN ANDA

Setiap pasangan pastinya tidak suka dengan perbandingan. Lebih-lebih perbandingan yang menunjukkan kelemahan pasangan anda. Mungkin ia kelihatan remeh, namun perkara ini boleh membuatkan pasangan anda tersinggung dan berasa hati.

Jika anda ingin membandingkan pasangan anda dengan seseorang, pastikan perbandingan itu ke arah positif seperti memuji.
Ayat yang kurang sesuai: “Pandai awak memasak, tapi tidak boleh kalahan masakan emak saya.”

Ayat yang sesuai: “Sedapnya awak masak, rasa tak ubah seperti masakan emak saya.”

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI