Setiap kali lelaki melangkau usia, pasti ada sesuatu bermain di benak mindanya. Entah apa yang difikirkan, terselit nakal yang sukar diramalkan. Semakin jauh usia ditinggalkan semakin tinggi keinginan yang dihajatkan. Jadi, kenali perilaku lelaki mengikut peredaran usia mereka.

Berikut 9 perubahan perwatakan lelaki disebabkan faktor peredaran usia :

Faham Lelaki Dulu, Baru Boleh Mintak Lebih-Lebih Sesuai Dengan Usia Mereka

1. Kerap memikirkan tentang Wanita dan seksual

USIA 20-AN

Usia 20-an adalah fasa permulaan seseorang lelaki itu mengenali dunia secara rawak. Inilah saat baru berjinak-jinak dan bertindak liar mengikut keinginan. Berseronok adalah segalanya. Terdapat satu fakta mengatakan remaja lelaki akan memikirkan perihal seksual setiap empat saat dalam mindanya, disebabkan itulah bimbingan keluarga sangat penting sekitar usia ini.

2. Memberontak adalah perkara biasa di usia remaja

Pelbagai perkara ingin dicuba, jika ia tidak terlaksana maka jiwa mula memberontak demi mendapatkan apa yang dimahukan. Semakin ia ditegah semakin itu mereka cuba lakukan, di dalam lingkungan umur ini mereka ingin melakukan sesuatu yang tidak terjangkau dan segala-galanya dibuat mengikut emosi tanpa memikirkan natijahnya.

Ads

3. Sukar lekat di rumah

Lihat sahaja rakan-rakan lelaki kamu, adakah mereka kerap berada di rumah ataupun lebih memilih untuk keluar melepak bersama teman-teman. Di usia ini, remaja lelaki tidak suka dipaksa untuk lekat tinggal di rumah kerana baginya inilah ruang buat mereka mengenali dunia dan mengecap erti kebebasan.

4. Matang memilih pasangan

USIA 30-AN

Jika di usia 20-an lelaki asyik mencari sesuatu yang berbentuk hiburan, tiba di fasa 30-an lelaki mula berubah menjadi seorang yang sangat matang terutama dalam perihal hubungan. Inilah peringkat awal mereka mencari arah membentuk peribadi diri serta menetapkan pasangan sebagai peneman hidup abadi selamanya.

Ads

5. Mantapkan kestabilan ekonomi

Peringkat usia ini juga digunakan jejaka untuk bekerja lebih keras bagi menjamin kestabilan ekonomi dirinya. Impian dan cita-cita untuk memiliki sesuatu yang diimpikan sejak usia muda diluahkan sebaiknya, bagi mereka inilah masa untuknya mengukuhkan kedudukan kewangan serta mengumpul aset sebanyak yang mungkin agar masa mendatang hanya senyuman bakal diukir.

6. Arif perihal politik dan dunia

Lingkungan uia ini juga melihat lelaki lebih bijak dalam menyusun masa hadapan dengan cemerlang. Oleh itu perihal dunia dan politik mula menjadi topik perbualan harian, tiada lagi kisah dingeng kosong untuk diperbincangkan. Segala-galanya perlu fakta agar agar tidak ketinggalan dek masa dan angan-angan.

Ads

7. Ingin dihormati

USIA 40-AN

Apabila seseorang lelaki itu mencecah usia 40-an, kebiasaannya kehidupan mereka lebih stabil dan ingin dirinya dihormati setimpal dengan kedudukan ketika itu. Selain mahu dikagumi, mereka sedaya upaya membentuk diri agar menjadi ikon untuk keluarga mahupun masyarakat.

8. Semakin hebat dalam bergaya

Orang cakap, semakin tua semakin tinggi saham mereka. Memang benar, apabila seseorang lelaki itu berada di lingkungan usia ini, mereka ibarat muda terkena simptom ‘gatal’. Ada juga yang mula perasan muda dengan bergaya sakan kerana enggan dilabel tua dan sebagai teknik mencuri perhatian sang pasangan.

9. Tidak suka perkara remeh

Di usia begini, tahukah kamu lelaki lebih bersifat sensitif dan tidak gemar diperlakukan seperti budak-budak serta dambakan privasi. Jauhkan diri kamu dengan perihal remeh yang mungkin boleh menimbulkan kemarahannya, usah timbulkan persoalan pelik dan berbicara perkara tidak rasional sewaktu mula berbicara.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI