Hubungan

Farah Lee Jadi Pengantin Lagi, Kasut Yang Dipakai Jadi Tumpuan

Share

Masih tak jemu melihat air wajah pempengaruh terkenal, Farah Lee jadi pengantin lagi. Berita bahagia itu tular selepas dia berkongsi sekeping gambar perkahwinan menerusi akaun media sosial miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.

Farah Lee Jadi Pengantin Lagi

Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.

Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.

“Okay done kahwin lagi sekali,” demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.

Dalam Diam Kahwin

Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.

Untuk rekod, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012. Walau bagiamanapun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

IKLAN