Berkahwin dan bekerluarga suatu yang amat dinantikan semua,tapi sejauh mana anda bersedia menjaga  dan mendidik zuriat yang diamanahkan Allah ini. Sebagai pasangan baru berkahwina perlulah ada ilmu keibubapaan supaya anak anda nanti lengkap ilmu agama dan dunia. Ikuti perkongsian ilmu dari Intan Dzulkefli ini.

Fasa Paling Mental Sebagai Ibu Bapa Adalah Mendisiplinkan Anak Seawal Dua Tahun

Banyak-banyak fasa sebagai ibu, saya rasa fasa yang agak ‘mental’ untuk saya ialah fasa mendisiplinkan anak-anak seawal 2 tahun.

Mengaturkan waktu mandi, waktu mengaji, bila waktu boleh tonton Peppa Pig, bila waktu kena buat homework. Ada masa anak menurut tanpa banyak bunyi. Ada masanya pandai pula mereka bertangguh dan berlengah-lengah hingga menaikkan ‘temperature’ ummi. Allahuakbar.

Ya, memang penat. Apatah lagi buat ibu atau bapa tunggal.

Tetapi antara perkara yang memotivasikan saya, iaitu ada satu berita kematian seorang isteri dan ibu dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya. Setelah kematiannya, si suami mendedahkan betapa almarhumah sangat disiplin mengajarkan anak-anak, terutamanya tentang pengajian al-Quran dan akhlak. Hingga anak-anak mampu khatam al-Quran seawal umur 9 tahun. MasyaAllah.

IKLAN

Kenangkan setiap ilmu didikan yang kita ajar kepada anak yang akan digunakan sepanjang hidup, waktu solat, waktu lapangnya semua atas didikan kita sebagai ibubapa. Mudah-mudahan menjadi amal jariah berpanjangan.

Selepas itu, maklumlah saya, dunia ini memang untuk berpenat lelah agar kematian kita kelak menjadi sesi berehat untuk diri. InsyaAllah. Impian kita semua kan.

Teman-teman, hidup ini memang untuk bersusah payah kerana mahar untuk ke syurga pun bukannya murah. Apatah lagi bagi pemimpin yang bukan sahaja perlu memimpin dirinya sendiri. Dalam konteks ibubapa, anak-anak adalah amanah kita.

Fasa Paling Mental Sebagai Ibu Bapa Adalah Mendisiplinkan Anak Seawal Dua Tahun

IKLAN

Kalau kita bermudah-mudah dengan amanah ini, biarkan sahaja apa anak nak buat, biarkan sahaja dengan siapapun dia mahu bergaulan, tak kisah bila waktu mandi dan solat, tempat tidur tak pandai kemas, tidak mahu membantu urusan kerja rumahtangga, serta dibiarkan ‘kosong’ tanpa asas agama, bimbanglah tentang waktu besar anak-anak kelak, takut menjadi beban masyarakat, beban persoalan kita dengan Tuhan di akhirat. Nauzubillah min zaliq.

Sekali lagi saya katakan, tugas ini memang berat. Memang sangat penat. Namun, itulah tugas kita. Selalu berdoa minta kekuatan dari Allah serta berbincang dan merancanglah dengan pasangan tentang pendidikan anak-anak sejak awal lagi. Sama-sama mainkan peranan, insyaAllah.

Fasa Paling Mental Sebagai Ibu Bapa Adalah Mendisiplinkan Anak Seawal Dua Tahun

Sentiasa lazimi setiap hari kita dengan doa-doa ini. Terutama sekali pada saat rasa malas, marah dan putus asa dengan diri sendiri dan anak-anak.

IKLAN

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)” (Al-A’raf : 126)

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim : 40)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan : 74)

Minta suami hafalkan dan bacakan doa setiap kali selepas solat. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa memayungi keluarga kita insyaAllah.

KREDIT : Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI